Daily Archives: 21 Julai 2021

YA DATUK MOHD AMRAN BIN MAT ZAIN DAPAT GELARAN DATUK

(Gambar: Kredit JKSM)

PULAU PINANG – Datuk Mohd Amran bin Mat Zain, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia hari ini dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (D.S.P.N) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-72 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Ketua Hakim Syarie / Ketua Pengarah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, YAA Dato’ Setia Dr Hj. Mohd Na’im Hj. Mokhtar dan seluruh warga Pegawai Syariah Malaysia mengucapkan tahniah atas pengurniaan Darjah Kebesaran tersebut.