Bantuan Kemanusiaan: Mana Janji Manismu?: 3

 

Bantuan Kemanusiaan: Mana Janji Manismu?

 

8 Ogos 2010 

Seringkali terjadi malapetaka yang hebat berlaku di dunia sejak akhir-akhir ini. Kejadian tsunami yang begitu dahsyat di negara jiran kita, Indonesia tahun 2004 telah meragut lebih dari 200 ribu nyawa manusia. Kejadian gempa bumi di Haiti awal tahun 2010 dikatakan jauh lebih hebat dahsyatnya kerana mengorbankan hampir 300 ribu nyawa penduduknya. Dalam kejadian tsunami tahun 2004, negara kita turut menerima tampiasnya apabila kita turut kehilangan ratusan nyawa dalam kejadian ngeri itu. Negara-negara lain di Asia seperti India dan Thailand turut menerima malappetaka yang sama.

Ekoran itu, bukan saja ratusan ribu nyawa melayang, lebih teruk lagi apabila jutaan manusia di muka bumi kehilangan tempat tinggal, kehilangan saudara, kehilangan sumber pendapatan, kehilangan sumber makanan dan air, kehilangan harta dan pelbagai lagi benda-benda penting dan asas dalam kehidupan mereka hilang sekelip mata. Ramai yang mati kerana kebuluran dan terkena wabak penyakit. 

Lantas, bantuan kemanusiaanpun digerakkan di seluruh dunia. Bantuan datang mencurah-curah. Pelbagai cara digunakan untuk menarik sumbangan dari orang ramai. Ada yang buat konsert amal, ada yang menggerakkan pungutan derma dari sekolah, di institusi pengajian tinggi, di kampung-kampung, di masjid dan lain-lain lagi. Ada juga pungutan derma melalui jamuan amal. Ada juga melalui SMS dan macam-macam lagi. Ketika itulah banyak janji yang ditaburkan.

Kekadang dalam majlis jamuan yang dihadiri para VIP, para pemimpin dan orang-orang kenamaan, ada juga indvidu tertentu yang merasa prihatin dengan keadaan yang ada dengan spontan mengiystiharkan bahawa dia akan menyumbangkan derma dengan jumlah yang besar. Kadang-kadang, jumlah yang disebutkan boleh digunakan untuk membeli sebuah kereta secara cash. Terpampanglah namanya di akhbar, di kaca TV dan namapun disebut-sebut orang sebagai senarai penyumbang. 

Tunggu punya tunggu, rupanya tidak ada sumbangan yang diberikan. Rupanya ada juga manusia yang mengambil kesempatan untuk menaikkan namanya agar disebut-sebut, agar menjadi terkenal seketika di saat manusia menghadapi kesusahan. Individu itu menabur janji dengan semudah itu di hadapan khalayak ramai tapi pada akhirnya, beliau gagal menunaikan janjinya.

Inilah yang dikatakan JANJI MANIS. Tidak mengapalah kalau kadar sumbangan yang dijanjikan hanya melibatkan puluhan ringgit atau ratusan ringgit, ini sampai ribuan malahan puluhan ribu jumlahnya. Lebih menyedihkan bila namanya turut tersiar di kaca TV melalui paparan di TV berulang-ulang kali sebagai senarai penyumbang derma kemanusiaan.

Begitulah adat manusia di dunia. Cepat sangat menabur janji tanpa memikirkan kemampuan dan risikonya pada masa hadapan. Orang-orang begini hanya mementingkan glamour semata-mata.

 

Mana Bantuannya?

 

 

 

Advertisements

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 8 Ogos 2010, in AGAMA, RENUNGAN. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. Paparan yang disediakan oleh era kita adalah sebahagian daripada kehidupan orang kita.Mana PPRT dan mana juga rumah mesra rakyat….itu belum kita sentuh soal jalan-jalan ke kampung-kampung..kitakini sudah muak dengan janji-janjis manis..Sedikit masa lagi sekali lagi bajet akan dibentangkan dan dan yang peliknya peruntukan luar bandar akan bertambah…tapi kita kini seiring dengan era kita untuk setia menanti janji manis mu..syabas era kita

    • Terimakasih ERAKITA ucapkan pada KITAKINI kerana berkongsi rasa dan pandangan mengenai topik yang dibincangkan. Ternyata, banyak sekali janji manis dalam hidup ini yang tidak ditunaikan. Kes-kes tuntutan di Mahkamah tidak ada noktahnya. Kebanyakannya disebabkan gagal memenuhi janji. Gagal penuhi janji bayar nafkahlah, bayar hutanglah, gagal laksanakan janji mematuhi perintah mahkamah dan lain-lain. Ini baru di dunia. Akhirat sana pastinya lebih dahsyat perkiraannya. Allah juga dah berpesan bahawa kita kena penuhi janji kerana sesungguhnya janji itu akan dipersoalkan di akhirat kelak.

      Terimakasih KITAKINI dan teruskan perjuangan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: