PERKESO jual saham dalam syarikat arak: ALHAMDULILLAH

Keselamatan Pekerja harus diutamakan

 

PERKESO jual saham dalam syarikat arak: ALHAMDULILLAH

 

29 Julai 2010

Mula-mula terkejut juga bila terlihat tajuk berita di atas. Sebabnya, tak sangka pula PERKESO (PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL MALAYSIA), sebuah institusi kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang unggul dan berprestej selama ini mempunyai kepentingan dalam syarikat arak. Tambahan pula, pelanggan PERKESO juga turut melibatkan orang-orang Islam. Ia sebuah pertubuhan yang ditubuhkan untuk menjaga kepentingan dan kebajikan dalam aspek keselamatan dan perlindungan para pekerja di Negara ini.

Arak telah jelas hukumnya dalam Islam. Hukumnya haram dan apa-apa hasil dari aktiviti arak adalah haram. Sesuatu yang haram, bila dilakukan juga hukumnya berdosa. Dalam al-Quran pada surah al-Maidah: 90 Allah secara jelas menyebutkan bahawa arak adalah perbuatan yang keji, kotor dan ia tergolong dalam kumpulan perbuatan musuh nombor satu iaitu Syaitan.

Menurut satu kajian yang dicatatkan dalam buku bertajuk Undang-Undang Jenayah Islam: Jenayah Hudud karangan Dr. Mat Saad Abd. Rahman, dalam halaman 111-112, terbitan Penerbit Hizbi, Shah Alam, 1993, Badan Kesihatan Dunia dalam laporannya Bil. 650 tahun 1980 ada menyebutkan penemuan mengenai bahaya arak.

Dalam Laporan Badan Kesihatan Dunia itu ada disebutkan bahawa kajian menyeluruh terhadap pelbagai jenayah PEMBUNUHAN dan KEGANASAN dalam 30 buah Negara mendapati bahawa 86% dari keseluruhan jenayah pembunuhan dan 50% dari jenayah rompakan adalah akibat dari kesan ARAK.

Bagi ERAKITA, walaupun kajian tersebut dibuat pada tahun 1980, lebih kurang 30 tahun lampau, namun ia tetap relevan dengan situasi hari ini. Ini kerana naluri dan keinginan manusia terhadap arak tetap sama dari dulu hingga kini. Berdasarkan kesan dari aktiviti arak yang amat dahsyat, tidak sepatutnya kita turut sama menyertai dalam aktiviti arak. Bagi orang yang beragama Islam, sudah pasti ia tidak dapat diterima sama sekali.

Sebarang hasil aktiviti arak samada dari penjualan atau pemilikan kepentingan termasuk gaji dari bekerja dengan kilang arak adalah tidak berkat. Bila tidak berkat, benda benda yang masuk dalam perut juga tidak berkat. Bila dah masuk perut, benda yang tidak berkat mempengaruhi tubuh badan dan fikiran manusia untuk melakukan perkara-perkara terlarang. Tidak hairanlah mengapa kerajaan membelanjakan jutaan ringgit saban tahun untuk memerangi segala bentuk jenayah dalam Negara. Dan, jangan lupa bahawa kajian Badan Kesihatan Dunia di atas membuktikan bahawa ARAK adalah punca terbesar kepada jenayah PEMBUNUHAN dan ROMPAKAN di kebanyakan tempat di dunia.

Walau apapun yang telah berlaku, ERAKITA mengucapkan kesyukuran dan tahniah kepada PERKESO kerana telah mengambil tindakan yang tepat dan bijak apabila menyingkirkan jauh-jauh sahamnya dalam SYARIKAT ARAK. Pendekatan ini adalah yang terbaik dan selaras dengan ajaran agama Islam. Lebih-lebih lagi pelanggan PERKESO turut meliputi orang-orang Islam. Semoga institusi lain yang berkemungkinan mempunyai kepentingan dalam syarikat arak turut mengikut jejak langkah PERKESO ini.

Untuk lebih jelas, ERAKITA dengan sukacitanya memetik semula kandungan berita mengenai perkara ini untuk tatapan dan renungan bersama. 

 

PERKESO jual saham dalam syarikat arak

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PERKESOjualsahamdalamsyarikatarak/Article/index_html 29 Julai 2010

KUALA LUMPUR: Dewan Negara dimaklumkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sudah menjual semua sahamnya dalam syarikat minuman keras, Carlsberg Brewery Malaysia Berhad (Carlsberg), baru-baru ini. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata saham itu dijual berikutan keputusan PERKESO melupuskan saham sedemikian pada April lalu. Pada masa sekarang, PERKESO tidak mempunyai mana-mana saham di dalam syarikat itu walaupun pada satu ketika memang betul ia membeli saham syarikat ini, katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) peringkat kementeriannya di Dewan Negara, semalam. 

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Senator Mumtaz Md Nawi yang meminta kementerian memberi penjelasan sama ada PERKESO masih lagi mempunyai pegangan saham dalam syarikat itu pada sesi perbahasan sebelum ini.

Subramaniam berkata, PERKESO tidak akan lagi membeli saham dalam syarikat yang menjalankan aktiviti perniagaan yang dianggap haram oleh agama seperti arak dan perjudian. BERNAMA

Semoga langkah murni ini dapat membantu mengurangkan kadar jenayah di Negara kita. Dan paling pentng, semoga segala bentuk urusan dan perjalanan pentadbiran dalam Negara benar-benar mengikut syariat Islam. Maklumat lanjut mengenai PERKESO dapat dilihat di alamat  www.perkeso.gov.my.  Wallahu a’lam.

 

Advertisements

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 29 Julai 2010, in AGAMA, RENUNGAN. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. perkeso JUAL saham arak. ertinya perkeso dapat duit saham arak. Patut juga ditanya dengan pengurusan perkeso tu. jual sekadar ambil modal pelaburan balik atau jual dengan nilai lain? erakita ada pandangan?

  2. Terimakasih atas isu yang Abu Nuha bangkitkan. Isu mengenai pemilikan saham PERKESO dalam Carlsberg Brewery Malaysia Berhad (Carlsberg) sudahpun terlerai. Alhamdulillah. Cuma ada beberapa isu penting dan sangat signifikan yang belum terlerai. Isunya:

    1. Samada harga jualan saham PERKESO sama nilainya dengan harga belian saham ketika pembelian terdahulu?

    2. Jika harga jualan saham melebihi nilainya dari nilai belian saham terdahulu, apakah pihak PERKESO mengambil lebihan (keuntungan) tersebut?

    3. Jika PERKESO tidak mengambil apa-apa keuntungan dari harga jualan saham tersebut, ke manakah keuntungan tadi disalurkan?

    ERAKITA berpendapat bahawa persoalan di atas penting untuk dijawab dan dibentangkan kepada masyarakat. Boleh jadi persoalan di atas telahpun dijawab dan dibentangkan di Dewan Negara tempoh hari. Cuma barangkali, tidak dapat dipaparkan laporan berkenaan di surat khabar untuk tatapan awam. Kalau dah terjawab, wajar sekali dibentangkan kepada umum. Jika belum, sebaiknya ahli dewan yang prihatin tentang hukum halal dan haram dapat membangkitkannya dalam dewan pada masa hadapan.

    Hanya satu harapan kita. Semoga tidak ada lebihan (keuntungan) dari jualan saham arak tersebut dimasukkan semula ke dalam PERKESO. Kalau dah nak bersih, alang-alang bersih semuanya. Pemahaman yang jitu dan penghayatan yang tulus mengenai konsep halal haram dan keberkatan dalam pemilikan harta sesungguhnya dapat menyingkirkan jauh-jauh apa jua unsur haram, walau sekecil mana dalam harta kita.

    Terimakasih ABU NUHA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: