KEIKHLASAN SEJATI: jom menyumbang!

Mungkinkah inilah Musolla paling tinggi di Sabah... atau di Malaysia dan paling nyaman udaranya..

Keikhlasan  Yang Sejati:

Sumber Kepuasan dan Kebahagiaan


19 MEI 2010

Di sisi Allah, bukan banyak atau besarnya sumbangan yang diberikan menjadi ukuran. Ukurannya adalah keikhlasan. 10 sen yang berikan secara ikhlas lebih tinggi nilainya daripada 1000 ringgit yang diberikan tanpa keikhlasan. Ikhlas yang tulin dan sejati memang sukar dicapai tapi tidak pula mustahil untuk dicapai. Ia samalah seperti seekor semut yang sangat hitam berjalan di atas batu yang sangat hitam dalam sebuah gua hitam yang sangat hitam dalam suasana penuh kegelapan dan sangat sunyi.

Dalam pada itu, tidak ada seorangpun yang dapat melihat, merasa, mendengar dan mengetahui bahawa semut yang sangat hitam itu sedang berjalan di atas batu hitam. Itulah agaknya iklhas yang tinggi nilainya. Hanya Allah diserahkan segala-galanya. jauh sekali dari pujian dan sanjungan. Hanya yang diharapkan adalah keredhaan Allah semata-mata.

Bayangkanlah, sebiji pasir batu yang disumbangkan, yang melekat pada bangunan yang dijadikan rumah ibadat amat besar manfaatnya ketika kita telah meninggalkan dunia ini. Setiap kali bangunan itu digunakan oleh manusia, setiap kali itulah kita dapat manfaatnya. Amalan terus mengalir tanpa henti walau kita telah lama berada di kubur. Ini kerana, sebiji pasir itu telah menjadi sebahagian dari bangunan itu. Nah! Cubalah kita bayangkan andai pasir yang kita sumbangkan itu bukan sahaja beratus-ratus pasir tapi ribuan biji pasir. Berapa agaknya pahala kebaikan yang kita dapat? Oh! Rasanya kita tidak mampu lagi menghitung berapa dan betapa besarnya pahala itu. Yang hanya mengetahui sebenar-benar adalah Allah swt.

Alangkah indahnya waktu itu. Amal kebaikan dan pahala terus  bertambah tanpa henti. Betapa menyesalnya kita yang punya kesempatan terbuka semasa dulu tapi tidak ada apa2 yang dipetik atau dinikmati selepas kematian kita. Waktu itu, kita nak kembali ke dunia sekali lagi untuk beramal sebanyak-banyaknya tapi semuanya tidak dapat dilakukan lagi. Sesuai benarlah bila hari kiamat itu juga merupakan Hari Penyesalan.

Berbahagialah orang-orang yang banyak besedekah dan menyumbang demi ketinggian dan kelangsungan agamanya. Sudahlah mereka dapat 700 pahala kebaikan atas setiap sumbangan, malah Allah lipat gandakan lagi tanpa batas pahala orang-orang yang menyumbang itu menurut kehendak Allah jua. Merekalah sebenarnya yang panjang umurnya kerana walau ribuan tahun meninggalkan dunia, namun pahalanya terus menerus mengalir sampai hari kiamat. Alangkah bahagianya andai kita termasuk dalam kumpulan mereka yang panjang umur itu.

Allahu Akhbar!


Jadilah orang yang suka menyumbang


Advertisements

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 19 Mei 2010, in AGAMA, MOTIVASI, RENUNGAN. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. Salam ,
    Sekadar renungan bersama….

    Sayyidina Ali ra berkata, “rezeki kamu adalah apa yang telah kamu gunakan dan yang apa yang telah kamu belanjakan ke jalan Allah.”
    Apabila kita “memberi” hakikatnya kita memberi kepada kita sendiri kerana semuanya menjadi “saham” di akhirat. Ramai tokoh-tokoh korporat yang berjaya hari ini kerana niat awal mereka berniaga adalah untuk mengeluarkan zakat.( petikan dari Genta- rasa )

  2. Wa’alaykum salam wbt,

    Sesungguhnya catatan saudara Ibnu Arifin di atas walaupun ringkas tetapi signifikan. ERAKITA begitu tertarik dengan kata-kata “Ramai tokoh-tokoh korporat yang berjaya hari ini kerana niat awal mereka berniaga adalah untuk mengeluarkan zakat”.

    Niat suci mereka yang kuat untuk berniaga supaya dapat mengeluarkan zakat merupakan langkah jauh ke hadapan. Mereka punya wawasan yang jelas dan padu. Jika itulah yang hendak dicapai, bermakna kepentingan diri sendiri bukan lagi menjadi keutamaan. Ciri-ciri seperti inilah yang boleh menunjangi semangat keikhlasan untuk beramal.

    Terimakasih saudara Ibnu Arifin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: