SELAMAT PENGANTIN BARU (SAPAR & ZAITON)

SELAMAT PENGANTIN BARU (SAPAR & ZAITON)

12HB MEI 2010

Tepat jam 10.00am, 8hb. Mei 2010, bersamaan hari sabtu, bertempat di Dewan Serbaguna Guru Abdul Hamid, LC Surati Papar, pasangan bertuah, Pardi @ Sapar bin Merin, 48, dan Zaiton bte Ahmad, 46, akhirnya sah menjadi suami isteri. Majlis akad nikah yang dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pihak dan para tetamu jemputan itu berjalan lancar sepertimana yang dirancang. Pasangan diakadnikahkan di dalam Dewan Serbaguna di atas pentas sambil disaksikan oleh semua hadirin yang bertali arus datang ke Dewan tersebut.

Majlis yang ringkas tapi meriah itu dihadiri lebih 1000 orang yang datang dari dekat dan jauh. Keluarga terdekat pengantin perempuan dari Kuching Sarawak juga hadir untuk memeriahkan majlis. Majlis tersebut bermula seawal jam 8.30am dan berakhir kira-kira jam 2.00pm. Wajah-wajah kegembiraan dan kesyukuran ahli keluarga pasangan jelas terpancar sebaik lafaz pernikahan disempurnakan.

Menariknya, kedua-dua pasangan yang bertuah ini menjalankan perniagaan jahitan secara persendirian di sekitar Daerah Papar. Tuah dan rezeki menyebelahi mereka apabila kerjaya dan minat yang dikongsi bersama membawa mereka ke jinjang pelamin. Tidak ada harapan melainkan kebahagiaan berkekalan pasangan ini dunia hingga ke akhirat. ERAKITA doakan agar pasangan bertuah ini dianugerahkan zuriat dan keturunan yang soleh dan solehah.

ERAKITA dan seluruh warga ERAKITA mengucapkan SELAMAT MENEMPUH ALAM RUMAHTANGGA. Semoga perkahwinan ini mendapat keberkatan dari Allah SWT. Beberapa gambar menarik majlis berkenaan sempat dirakamkan untuk tatapan bersama.

Aku Terima Nikahnya.. (gengaman erat penuh yakin)

Menyarung cincin..kini sah suami isteri

Ya..begitulah yang diharapkan antara suami dan isteri

Ya Allah.. Berkatilah rumahtangga kami dunia hingga ke akhirat..

Wajah berseri penuh bermakna..

Renungan yang penuh bermakna dari seorang isteri

Jom kita berentap siapa hebat!.. semua tertumpu

Sedih tanda gembira dan terharu

Pengantin bersama Hj Elham (Pak Usu & Isteri)

Sama sepadan dengan pakaian indah

Mantap !

Suasana di luar dewan

Abang Idi (bersongkok) abang kepada pengantin perempuan bersama ahli keluarga

Dalam sedih penuh gembira (kak Inun) berspek di tengah bersama keluarga

Sama-sama berdoa kepada Ilahi

Bersama keluarga di pihak perempuan

Bergambar ramai-ramai untuk kenangan

Gambar kenangan bersama keluarga pihak lelaki

3 serangkai satu indung: Nurjannah (kiri), Khadijah (tengah) & Siti Hafsah (kanan)

2 wajah 1 nama (keluarga pengantin perempuan)

Kak Inun & suami memberi pose menarik

Tua Ngetemih & Mak Usu turut menyerikan majlis

Pose menarik

Tangisan Bahagia dari 2 orang adik beradik (1 hati 1 jiwa) kini keduanya masing-masing punya insan tersayang

Pelamin Indah dan Bersantai

Cantik..

Buah yang ranum...

Lela (kiri) dan Ana (kanan)..bah ..bila lagi

Seolah2 anak comel ini mengerti apa yang sedang berlaku di sekelilingnya

Kemuncaknya... Potong Kek bersama-sama (hati-hati ya..)

TAHNIAH & SELAMAT PENGANTIN BARU


Advertisements

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 12 Mei 2010, in KELUARGA, MAJLIS, UCAPAN. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. tahniah kak iton, rugi juga nada dapat datang…
    apa2 pun tahniah semoga berbahagia sampai ke syurga… amin…

    • Perkahwinan ini menyuntik semangat dan motivasi yang tinggi kepada jejaka atau wanita yang agak lanjut usia yang belum berumahtangga. Jodoh adalah ketentuan Allah samada ia berlaku lambat atau cepat. Bagi yang telah melepas umur 30-an, atau 40-an, tidak perlu berputus asa jika belum menemui jodohnya. Berusaha dan tawakal kepada Allah sewajarnya berjalan seiringan. Perkahwinan Kak Iton dan pasangannya merupakan satu jawapan tersendiri yang tepat untuk menyuntik semangat untuk terus berusaha dan berserah kepada Allah. Jika ada jodoh, pasti takkan ke mana.

      Kita doakan semoga perkahwinan ini diberkati Allah dan berkekalan kebahagiaanya dunia dan akhirat.

      ERAKITA ucapkan terimaka kasih kepada Puan Umu atas ucapan di atas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: