MERIAHNYA PESTA ILMU KE-29 PWTC

MERIAHNYA PESTA BUKU ANTARABANGSA KL 2010

31 MAC 2010

Ledakan ilmu terus berkembang di Malaysia. Di tengah-tengah kesibukan rakyat Malaysia menjalankan aktiviti hariannya, KL terus menggerakkan akiviti sihatnya dengan menganjurkan Pesta Buku Antarabangsa ke 29. Lokasi Pesta tersebut sudah semestinya PWTC sepertimana pesta-pesta buku sebelumnya. Walaupun telah berlalu, namun kemeriahannya masih amat terasa sehingga kini.

Sebagai pencinta ilmu, ERAKITA tidak melepaskan peluang untuk bertandang ke Pesta Buku itu. Di sinilah kita menyaksikan bagaimana gelagat dan sibuknya para pencinta ilmu dan ulat-ulat buku berpusu-pusu untuk memasuki gerai-gerai jualan buku. Di sinilah syarikat-syarikat penerbitan buku berkumpul dan menjual terus buku-buku terbitan mereka. Tambah menarik apabila kelihatan beberapa gerai dipenuhi orang ramai yang mengambil kesempatan mendengar ulasan buku menggunakan pembesar suara dari penulis sendiri. Tidak kurang juga pembeli yang mendapatkan tandatangan dari penulis buku.

Menurut pemerhatian ERAKITA, gerai PTS Publication dan TELAGA BIRU Sdn. Bhd merupakan antara gerai yang paling laris dan terhangat. Penerbit Telaga Biru memang terkenal dengan penerbitan buku-buku agama yang hebat. PTS Publication pula terkenal dengan penerbitan buku-buku dalam pelbagai disiplin. Ketika berkunjung dan membeli beberapa buah buku di gerai PTS Publication, ERAKITA sempat bertemu dan bersembang dengan Pengurus Besar PTS Publication, Tuan Fauzul Naim dan beberapa penulis hebat seperti Zamri Mohamad dan Shamsuddin Kadir. Tahun lepas, ERAKITA pernah mengikuti kursus penulisan buku popular yang dikendalikan oleh Tuan Fauzul Naim dan  Zamri Mohammad  dari PTS Publication di UIA.

ERAKITA sendiri mengunjungi pesta ini tiga hari berturut-turut sehinggalah pada hari terakhir. Apa yang membezakan hari terakhir dengan hari-hari sebelumnya ialah gelagat para petugas gerai dan penjual buku. Pada hari terakhir, ketika gerai-gerai jualan buku hampir melabuhkan tirainya pada jam 9.00 malam, kelihatan berbagai gaya dan rentak para penjual buku untuk menarik perhatian pengunjung.

Menarik sekali untuk dikongsi bersama bahawa harga buku yang ditawarkan cukup luar biasa dari hari-hari sebelumnya. Harga diskaun yang tinggi dan di luar jangkaan diberikan di gerai-gerai tertentu. ERAKITA hampir pasti bahawa, harga sedemikian tidak akan diperolehi pada hari-hari biasa di mana-mana tempat. Lebih kurang sejam sebelum gerai ditutup, HARGA MELETUP dapat dirasakan. Tawar menawar perkara biasa sehingga pada awalnya, hanya sebuah atau dua buah buku yang dibeli, namun penjual begitu MURAH HATI memasukkan beberapa buah buku yang agak rendah harganya ke dalam bakul plastic samada dengan memberikan harga yang begitu rendah atau diberikan secara PERCUMA sahaja. CUKUP mengujakan!

Sukar digambarkan bagaimana seronoknya berada di pesta ini. Pesta ini bukan pesta nyanyian atau hiburan yang melalaikan atau makanan yang mengenyangkan. Ini adalah pesta yang menjana ilmu. Pesta yang mencairkan minda yang beku. Pesta yang mencelikkan mata yang buta. Pesta yang yang membentuk peradaban manusia ke tahap tinggi. Semuanya kerana ilmu. Tidak hairanlah mengapa Allah s.w.t melontarkan satu soalan berhubung ilmu yang tidak memerlukan kita bersusah payah menjawapnya. Soalan Allah berbunyi “adakah sama orang yang mengetahui (berilmu) dengan orang yang tidak mengetahui (tidak berilmu)?”.

Pesta yang berlangsung dari 19hb-28hb Mac 2010 itu bertemakan BUKU: LAKARAN MASA DEPAN. Penganjuran pesta amat bersesuaian dengan waktu cuti sekolah baru-baru ini.

Semoga penganjuran pesta buku seperti ini akan berterusan pada tahun-tahun akan datang. Sama-sama kita hidupkan usaha mencari, mencintai dan mengamalkan ilmu. Kepada anda semua yang punya kelapangan, ERAKITA sukacita mengalu-alukan kedatangan anda ke pesta tersebut pada masa hadapan. Sediakan wang secukupnya sebagai persiapan agar tidak timbul perasaan kesal atau sedih kerana tidak dapat membeli buku yang amat dicari-cari atau minati.

ERAKITA sempat merakamkan beberapa gambar menarik di Pesta Ilmu itu untuk tatapan bersama.

Gerai PTS Publication hangat diserbu pengunjung

Tuan Fauzul Naim (tengah) merupakan Pengurus Besar PTS Publication Sdn Bhd. Di sebelah kanan adalah wakil utama sebuah syarikat penerbitan dari Indonesia Pemandangan dari pintu masuk utama di tingkat 1 pesta ilmu

Tuan Ade Rizal turut menjadi pengunjung di gerai Universiti Malaya

Alangkah indah bergelumbang dengan ombak di lautan ilmu

aksi-aksi pengunjung

BERKUNJUNGLAH KE PESTA ILMU!

Advertisements

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 31 Mac 2010, in BUKU, MAJLIS, SEKOLAH. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. Assalamualaikum wrb dan salam sejahtera tuan..

    Saya yakin bukan sedikit buku yang tuan beli ketika berkunjung ke sana. Sebenarnya, kalau pesta buku seperti ini dilangsungkan di Sabah tentu sambutan luar biasa juga akan diberikan seperti mana yang berlaku di sana. Walau apa pun, saya masih dapat membeli buku keluaran PTS melalui online biarpun harga yang ditawarkan berbeza. Selamat menelaah buku saya ucapkan kepada tuan…

    • Walaykum salam wbt,

      Terimakasih ERAKITA ucapkan pada Saudaraku Tugarang atas lontaran minda di atas. Mengharungi lautan manusia yang berpusu-pusu dan bersesak-sesak dalam pesta ilmu selama tiga hari yang terakhir sesungguhnya sukar dilupakan. Tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa jika hanya membawa RM50 dalam poket di pesta itu, rasanya kekesalan dan ketidakpuasan hati akan timbul sebaik melihat timbunan dan lambakan beribu2 buku. Dalam hati, timbul juga perasaan bahawa alangkah baiknya jika ada duit beribu-ribu dalam poket. Mahu saja dibeli semuanya. Kehadiran pengunjung yang begitu ramai satu petanda bahawa rakyat Malaysia sebenarnya ramai yang minat dan giat membaca. Ini amat positif.

      Di Sabah ada juga sekala sekali pesta buku dianjurkan, umpamanya di Bangunan Centre Point dan Tanjung Aru Plaza Kota Kinabalu sebelum ini. Penerbit dai Brunei Darussalam juga turut serta. Rasanya, jika pesta buku ini dianjurkan terus menerus setiap tahun di Sabah, ERAKITA percaya pengunjungnya akan bertambah dari tahun ke tahun. Budaya ilmu juga turut subur di bumi bertuah ini.

      Terimakasih sekali lagi ERAKITA ucapkan kepada Saudara Tugarang atas respon yang menarik di atas. Jom! teruskan membaca dan membaca.

      Wassalam

  2. bila pegi? saya datang hari sabtu pagi ke situ, tapi tak lama.

    • Assalamualaykum wbt.

      Terimakasih sahabatku Saiful. Time Pesta Buku tu, saya datang hari Jumaat, Sabtu dan Ahad (26-28 Mac 2010). Cuma saya datang waktu petang. Inshaa Allah, tahun depan kita pegi sama-sama andai ada kelapangan. Nak yang lagi murah, datanglah pada hari yang terakhir kira-kira 2-3 jam sebelum tirai berlabuh.

      Thanks & wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: