BERSUNAT: 5 anak bertuah

 

Dari kiri Mohd Iqbal, Mohd. Abid, Ahmad Adib, Mohd. Ikmal & Mohd Raqib. Inilah wajah sebelum bersunat

BERSUNAT DI MUSIM CUTI SEKOLAH

5 anak bertuah

 

7 Disember 2009 

Cuti persekolahan datang lagi. Program berkhitan atau bersunat untuk anak-anak samada secara berseorangan atau beramai-ramai berlangsung di sana sini. Sebagaimana keluarga lain, keluarga ERAKITA juga turut melaksanakan program berkhitan untuk lima ahli keluarganya yang kesemuanya masih bersekolah di sekolah rendah. Acara yang bersejarah itu dijalankan di rumah Hj Adenan Hj Mohd Yussuf di Kg. Pasir Putih Putatan, Kota Kinabalu. 

Acara berkhitan yang bermula pada jam 10.30am, 6 Disember 2009 itu dimulakan dengan sesi penerangan dan motivasi dari Tukang Sunat, diikuti bacaan doa keselamatan dan kesejahteraan oleh ERAKITA. Anak-anak yang dikhitan terdiri dari Ahmad Adib bin Ahadin (9 tahun), Muhd Iqbal bin Shahrul Anuar (11 tahun), Muhd. Ikmal bin Shahrul Anuar (9 tahun), Mohd. Abid bin Hj Juang (9 tahun) dan Mohd. Raqib bin Mohd Redza (8 tahun). 

Acara berkhitan itu dijalankan oleh seorang Tukang Sunat berpengalaman, saudara Jamilih bin Asoi @ Arinen. Sedikit maklumat mengenai Jamilih Asoi @ Arinen ingin dikongsi ERAKITA dalam ruangan ini. Beliau berumur 37 tahun, berasal dari Keningau dan saudara kandung kepada ERAKITA. Beliau kini bertugas sebagai Pembantu Perubatan di Unit Hemodialisis, Hospital Daerah Keningau. Selain berkelulusan  Diploma  dalam bidang Pembantu Perubatan, beliau juga mempunyai Diploma dalam bidang Binaan Bangunan dari Kolej Komuniti Yayasan Sabah. Beliau berpengalaman melakukan penyunatan kanak-kanak dan dewasa lelaki tidak kurang 200 orang sejak tahun 1996 lagi. 

Menariknya, kesemua anak-anak bertuah ini begitu bersemangat sejak awal untuk menghadapi saat-saat mendebarkan. Motivasi dan penerangan ringkas yang diberikan oleh Tukang Sunat, saudara Jamilih sebelum acara bermula tidak sia-sia. Kehadiran ibubapa anak-anak serta kata-kata sokongan mereka  turut memberi perangsang dan semangat kepada anak masing-masing. Acara menyunat berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Ibubapa anak-anak turut menyaksikan sendiri anak-anak mereka disunatkan. 

Alhamdulillah, kini segala-galanya telah berjaya dilaksanakan. Cuma, agak menggusarkan juga pada mulanya apabila anak-anak ini begitu risau dan takut untuk membuang air kecil. Ada di kalangan mereka yang sanggup menahan kencing selama beberapa jam sebelum ditenangkan dan diberi panduan. ERAKITA bersyukur kerana akhirnya mereka dapat membuang air kecil tanpa sebarang masalah ketika waktu solat maghrib menjelang tiba. 

Tahniah diucapkan kepada kelima-lima anak yang bertuah ini atas kejayaan menjalani acara bersunat. Semoga kejayaan melaksanakan tuntutan agama ini menjadi perangsang kepada mereka untuk menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa.

Beberapa gambar menarik dipaparkan untuk tatapan istimewa. 

 

wow! jangan risau wahai adik.. Mohd. Abid kena tenang, rilek, tak payah bimbang..

Ini sudah betul-betul, bukan cubaan.. Kelihatan Jamilih (Tukang Sunat) bersama Shahrul Anuar (kanan) dan Rajis (kiri) di sisi anak

BERSUNAT BANYAK KEISTIMEWAAN

 

 

Advertisements

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 7 Disember 2009, in AGAMA, KELUARGA, KESIHATAN, MAJLIS. Bookmark the permalink. 5 Komen.

  1. Asalamualikum.
    Wah! adik dah bersunat ke? tahniah pada adik Adib ya. InsyaAllah anak saya juga dijangka akan bersunat pada 13.12.2009. kalau tiada aral.
    Rasa sakit sekejap saja tu. Nama anak lelaki saya yang akan bersunat ialah Mohd Irfan baru tahun 5. Tahniah kepada erakita dah urus dengan baik majlis bersunat ini. Rasanya bagus kita adakan doa semua, semoga anak-anak semua keluarga dilimpahkan rahmat Allah.

    Salam ziarah.

  2. cutenya meka c pakci abid pun ada geng sekali
    ……..apapun maklong ucapkan tahniah….

  3. selamat bersunat dan menjadi org dewasa

  4. MASIRIN MARIMIN

    KO MEMANG TUKANG SUNAT BA JAMILI LEN KALI BUAT MAJLIS BKHATAN LAGI AH KLU RAMAI JEMPUT SA JGA

    • Untuk makluman, Saudara MASIRIN MARIMIN merupakan rakan baik setugas Saudara Jamili di Hospital Daerah Keningau Mereka telah lebih 10 tahun berkecimpung dalam kerja sunat menyunat di pelbagai tempat sekitar Pedalaman, termasuk juga di luar kawasan pedalaman. Cuti panjang persekolahan bagi mereka adalah masa paling sibuk untuk melaksanakan tugas menyunat anak2. Tahniah dan teruskan tugas yang murni ini. Andai saudara-saudara nak menyunatkan anak, mereka sentiasa tersedia untuk ‘menyahut’ keperluan anda.

      Terimakasih Saudara Masirin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: