Perpustakaan Mini di Rumah: sudah ada?

 

DSC07357

 

Mini Library di Rumah Sendiri

 

16 Oktober 2009 

Cubalah kita bayangkan bagaimana susasana sebuah rumah yang di dalamnya ada mini library atau mini perpustakaan. Boleh dikatakan bahawa jarang sekali kita melihat ada mini library di rumah dalam masyarakat kita. Jika ada, ianya diletakkan di tempat yang tidak startegi, dalam keadaan tidak tersusun dan bahan-bahan bacaannya pula bukan menjurus kepada pembelajaran dan peningkatan ilmu. Jika adapun, kadang-kadang koleksi buku-buku kartun yang banyak. Begitu juga, koleksi buku atau majalah berbentuk hiburan semata-mata dan lain-lain seumpamanya. 

Sebenarnya, tanpa disedari, kehadiran sebuah perpustakaan kecil di rumah amat besar makna dan kesannya dalam pembentukan minat membaca dan belajar di kalangan anak-anak. Dengan adanya bahan-bahan bacaan yang menarik, ibu bapa akan turut bersemangat untuk membaca. Tabiat ibubapa yang rajin membaca mudah diikuti oleh anak-anak kita. Bahan bacaan dan susunan meja serta kerusi yang menarik dapat membangkitkan semangat membaca di kalangan anak-anak. 

Rasanya, alasan tidak cukup wang untuk membeli buku bukanlah alasan yang kuat untuk menyediakan sebuah mini library di rumah. Membuat rak buku di rumah tidak memerlukan kos yang tinggi. Beberapa buah papan boleh dilekatkan di dinding rumah di lokasi yang sesuai dengan lampu yang terang untuk menempatkan buku-buku. Mengisi ruang-ruang kosong dalam rak bukan menjadi masalah. Ambil sahaja buku-buku anak-anak yang digunakan di sekolah dan letakkan secara tersusun dalam rak supaya kelihatan cantik dan mudah dicapai. Buku-buku anak yang sudah tidak digunakan lagi seperti buku-buku latihan, buku kerja, buku teks dan buku tulis yang digunakan tahun sebelumnya sebaiknya jangan dibuang. Simpanlah kesemuanya dan letakkanlah secara tersusun di rak buku. 

Semakin banyak buku yang diletakkan di rak, semakin cantiklah sebuah perpustakaan mini itu. Untuk menambah koleksi buku, peruntukkanlah wang sekurang-kurangnya RM5.00 atau RM10.00 dalam sebulan untuk membeli apa sahaja buku atau majalah. Jumlah ini sangat murah berbanding kos yang kita keluarkan untuk minum sarapan bersama kawan-kawan di kedai kopi. Koleksi bacaan juga boleh ditambah dengan mendapatkan pamphlet-pemphlet yang diterbitkan oleh jabatan-jabatan kerajaan tertutamanya di Pejabat Penerangan. Pejabat Penerangan biasanya mempunyai bahan-bahan terbitan yang agak banyak dalam tempoh setahun untuk diedarkan kepada umum. Kesempatan ini harus diambil. Pemphlet dari bank juga amat mudah diperolehi. 

Ketika mengunjungi pameran-pameran yang dianjurkan oleh badan-badan kerajaan atau bukan kerajaan, ambillah peluang untuk mendapatkan pemphlet yang disediakan di gerai-gerai pameran secara percuma. Walaupun bahan-bahan  itu dirasakan tidak diperlukan ketika itu, namun akan ada saat dan ketikanya bahan-bahan tersebut menjadi penting dan bernilai sebagai bahan maklumat. 

Perlu diingatkan bahawa kerajaan menggalakkan rakyat untuk membaca. Sehubungan itu, rebet cukai diberikan kepada para pembayar cukai yang membeli buku. Untuk tujuan itu, resit pembelian buku-buku hendaklah disimpan untuk rujukan dan bukti kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri apabila diperlukan. Ketika ini, kos pembelian yang boleh diberi rebet dalam percukaian ialah RM1,000.00 dalam setahun. Bayangkan! Betapa untungnya kita apabila membeli buku. Bukan saja memperolehi buku, tetapi juga kos pembelian tersebut boleh menjadi rebet dalam percukaian yang dikenakan oleh kerajaan. 

Soalnya sekarang, siapa sebenarnya yang rugi, orang yang membeli buku atau orang yang tidak membeli buku? Nampaknya, orang yang membeli buku dapat keuntungan berganda. Sebaliknya, orang yang tidak membeli buku, dapat rugi berganda kerana tidak dapat buku dan tidak pula dapat rebet atau pengecualiaan cukai andaikata ada cukai. Mempunyai koleksi bahan bacaan tertentu di mini perpustakaan rumah kita mampu memberi kelebihan kepada kita untuk membuat rujukan bagi tajuk tertentu. Bagi sesetengah orang, ia seringkali dijemput untuk menyampaikan kertas kerja dalam seminar atau atau persidangan atau ceramah. Ketiadaan masa untuk ke perpustakaan daerah atau negeri disebabkan masa yang diperuntukkan terlalu singkat boleh diatasi apabila kita mempunyai bahan-bahan bacaan berkaitan di rumah kita. Andai kita melawat pesta jualan buku, ambillah kesempatan untuk membeli buku-buku yang berkaitan dengan bidang kerjaya kita. Insyaa Allah, satu saat buku itu akan menjadi sangat bermanfaat kepada kita. 

ERAKITA mengajak anda untuk merenung perkara ini sejenak. Alangkah indahnya melihat telatah anak-anak kusyuk membaca di mini perpustakaan rumah kita! 

 

DSC07356

 

WUJUDKAN MINI PERPUSTAKAAN DI RUMAH ANDA

 

 

Advertisements

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 16 Oktober 2009, in BUKU, KELUARGA, RENUNGAN. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. Saya dan isteri pun suka kumpul buku, cuma khazanah dahulu banyak yg dimusnahkan oleh anai2. Ustaz ada petua untuk elak makhluk tu?

    P/s : Tiada buku makhluk2 Disney nampaknya?

  2. Salam,

    Terimakasih saudara Ismail N atas minat yang mendalam untuk mengumpul buku. Tidak dinafikan, musuh nombor “WAHID” buku adalah anai-anai. ERAKITA juga pernah mengalami masalah dengan anai-anai ni. Banyak buku yang begitu berharga dan tinggi nilainya bertukar menjadi rumah dan sarang anai-anai. Begitu bijak anai-anai apabila hanya meninggalkan kulit buku dalam keadaan macam tak apa2. sekali lihat dalamnya Mashyaallah!

    Kalau rumah kita dah diserang anai-anai, bukan senang nak menghapuskannya melainkan perlu dihapuskan secara besar-besaran. Panggilah orang tertentu yang pakar dalam hal ini. paling senang, kita boleh mendapatkan khidmat dari syarikat2 yang menyediakan perkhidmatan menghapuskan anai2 di rumah. Kosnya agak berat sedikit dalam RM1,000-RM2,000. Bergantung kepada keadaan rumah kita. Lantai juga tidak perlu dibuka. Ada kaedah yang amat effektif untuk memusnahkan mereka.

    Memindahkan buku-buku ke lokasi yang lain dalam rumah kita boleh menyelamatkan buku kita. Tapi itu hanya bersifat sementara. Ada masanya kita meninggalkan rumah kita barang 2 minggu atau lebih. Saat itulah anai-anai mula bermaharajalela. Lagi satu, elakkan dari menyimpan buku dalam kotak untuk jangkamasa yang lama. Ini REZEKI besar buat anai-anai.

    Jika dapat, selalulah menyentuh dan menggerak2kan buku kita dalam rak atau almari. Sekurang2nya kita dapat mengesan kehadiran makhluk yang tak diundang itu, dapat pula melakukan tindakan lebih awal.

    Jika ada rak yang dibuat daripada besi lagi elok. Jika ada kenalan yang bertugas di mana-mana perpustakaan, dapatkanlah nasihat penjagaan buku dari mereka. Pandangan dan nasihat penjagaan dokumen atau buku dari kawan2 dari Arkib Negeri atau Negara juga amat bernilai untuk dikongsi bersama.

    Insyaalah, kita akan selamat dari makhluk perosak buku nombor satu tu.

    Teruskan usaha untuk mengumpul buku2 dan menjadikan mini perpustakaan dalam rumah kita menjadi taman ilmu kepada keluarga kita.

    Terimakasih dan wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: