ISLAM DI SABAH: usaha pengumpulan data pendakwah terdahulu

white-calla-lilies

DAKWAH ISLAMIAH DI SABAH: ke arah pengumpulan data pendakwah terdahulu

 

11 Oktober 2009

ERAKITA mengucapkan tahniah kepada blog ABU NUHA CORNER di alamat http://abunuha.wordpress.com yang telah menyiarkan artikel pada 5 Oktober 2009 berkenaan usaha PERSATUAN ULAMA MALAYSIA (PUM) Cawangan Sabah untuk mengumpulkan maklumat dan data mengenai PENDAKWAH-PENDAKWAH ISLAM di Sabah. ERAKITA dalam rangka menyokong usaha murni ini dengan penuh rendah diri ingin berkongsi sedikit maklumat dalam artikel kali ini. Pengumpulan maklumat mengenai para pendakwah Islam yang telah menyumbangkan masa dan tenaga mereka dalam gerakan dakwah di Sabah suatu ketika dahulu amat wajar dilakukan. Jika tidak dilakukan sekarang, bila lagi dan siapa pula yang akan melakukannya.

Melihat kepada kepesatan peningkatan penduduk Islam di Sabah semenjak Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) ditubuhkan pada penghujung 1969, tidak dinafikan lagi bahawa RAMAI sebenarnya individu yang telah terlibat dalam gerakan tersebut. Menariknya individu itu bukan saja dari kalangan para Ustaz, tetapi juga golongan SAUDARA-SAUDARA KITA yakni, orang-orang yang baru sahaja memeluk Islam pada ketika itu. Dalam tahun 1978 umpamanya, terdapat seramai 181 mubaligh atau tenaga pendakwah USIA bagi seluruh Sabah.

Ini belum lagi termasuk tenaga-tenaga pendakwah yang dilantik oleh MUIS selepas kerajaan BERJAYA mengambil alih tampuk pemerintahan Sabah sejak 1976. Lebih menarik, pemimpin-pemimpin kerajaan, para pemimpin parti politik dan pemimpin masyarakat di peringkat daerah juga turut memainkan peranan penting dalam usaha dakwah tersebut. Kegiatan dakwah dan pengislaman besar-besaran di negeri ini begitu terserlah sekitar 1970-an dan 1980-an ketika kerajaan berada di bawah pentadbiran parti dominan  iaitu USNO dan BERJAYA.

Fakta mengenai penglibatan aktif ramai individu dalam gerakan dakwah seawal tahun 1970-an di Sabah dapat diperkukuhkan dengan kejayaan gerakan dakwah yg didokong oleh USIA mengislamkan lebih dari 50,000 orang dari kalangan penduduk yang belum atau sudah beragama lain di Sabah. Bayangkan saja, satu fakta yang amat mengkagumkan dan mungkin juga patut dirakamkan dalam REKOD DUNIA dalam gerakan dakwah Islam di mana setakat 1973, lebih 50,000 telah berjaya diIslamkan dalam tempoh yg begitu singkat. Dalam satu kertas kerja bertajuk PERANAN USIA DALAM MEMBINA AGAMA ISLAM DI SABAH yang ditulis oleh Allahyarham Datuk Hj. Ag. Sahari bin Abdul Latif, beliau menyebutkan:

Alhamdulillah, gerakan dakwah yang telah dilancarkan itu mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga bilangan mereka yang telah memeluk agama Islam lebih dari 50,000 orang dewasa lelaki dan perempuan. Ini tidak termasuk kanak-kanak. Kalau dijumlahkan dengan kanak-kanak, bilangannya hampir 100,000 orang. Maka dengan yang demikian, peratus bilangan penduduk Islam Negeri Sabah telah meningkat kepada 52%.

 Usaha para penggerak dakwah yang ramai itu tidak sia-sia apabila penduduk Islam yang pada asalnya hanya dalam lingkungan 38 peratus pada tahun 1960-an, tiba-tiba mencapai lebih 50 peratus pada tahun 1973. Tidak cukup dengan itu, hasil yang begitu mengkagumkan dapat dicapai apabila lebih dari 2/3 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah adalah beragama Islam. Ini satu lagi sejarah bagi Negeri Sabah apabila DUN Sabah dilambaki oleh ADUN Islam ketika itu. Ramai ADUN bukan Islam telah memeluk Islam hasil usaha gerakan dakwah secara intensif tersebut. Bilangan ADUN yang beragama Islam pada 1972 telahpun mencapai 2/3 dari keseluruhan bilangan ADUN di Sabah. Keadaan ini jugalah yang telah menjadi satu rahmat buat Sabah apabila usul menubuhkan MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH (MUIS) di DUN Sabah pada 26 April 1972 tidak mendapat sebarang masalah.

Lebih menarik lagi bahawa para penggerak dakwah yang aktif itu termasuklah juga dari kalangan PEMIMPIN parti politik dan ADUN sendiri. SINAR USIA terbitan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dan HIKMAH terbitan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), dua Majalah dakwah tersohor sekitar 1970-an dan 80-an di Sabah menjadi bukti jelas bagaimana ADUN-ADUN sendiri terlibat secara langsung dengan gerakan dakwah tersebut.

Tidak hairanlah mengapa usul memasukkan Artikel 5(A) dalam Perlembagaan Negeri Sabah yang menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi bagi Negeri Sabah berjaya dibawa ke DUN dan diluluskan tanpa bantahan lagi. Ketika itu, bantahan tidak kedengaran lagi kerana majoriti ADUN ketika itu adalah orang Islam. Suasana ini jauh sekali berbeza 10 tahun sebelum itu apabila para pemimpin Sabah yang majoritinya dari kalangan bukan Islam mengemukakan syarat ketat untuk pembentukan Malaysia. Syarat tersebut terkandung dalam 20 PERKARA yang telah telah dibincangkan secara terperinci di peringkat Suruhanjaya Antara Kerajaan (IGC) sebelum pembentukan Malaysia.

Perkara pertama dalam 20 PERKARA itu adalah berkaitan dengan agama Islam. Inilah PERKARA PERTAMA DAN TERATAS sekali dalam 20 perkara itu. Hal ini mungkin tidak disedari oleh sebahagian besar dari umat Islam ketika memperkatakan hak-hak Sabah dalam Perkara 20. Perkara mengenai agama  itu menyatakan bahawa sementara tiada bantahan bahawa Islam adalah agama kebangsaan Malaysia, Borneo Utara pula hendaklah tidak ada agama negeri, dan peruntukan-peruntukan berkenaan Islam dalam Perlembagaan Malaya yang sedia ada hendaklah tidak terpakai kepada Borneo Utara. Sebagai makluman, Borneo Utara adalah nama bagi Negeri Sabah sebelum merdeka pada tahun 1963.

Hakikat bahawa wujudnya SYARAT membentuk Malaysia di mana ISLAM BUKAN AGAMA RASMI DI SABAH dikatakan sebagai antara syarat yang PALING BERAT untuk diterima oleh umat Islam ketika itu. Namun, memandangkan bilangan umat Islam ketika itu hanyalah sekitar 38 peratus, syarat tersebut mahu tidak mahu terpaksa juga diterima. Ini kerana, jika tidak diterima, bermakna Sabah menghadapi halangan besar untuk turut sama dalam pembentukan Malaysia.

Kemuncaknya, Sabah bersama-sama Sarawak, Singapura dan Malaya membentuk Malaysia pada 16 Spetember 1963 di mana akhirnya sejarah mencatatkan bahawa Perlembagaan Negeri Sabah tidak memasukkan peruntukan bahawa Islam adalah agama rasmi negeri ini sebagaimana negeri-negeri lain. Hal ini berlanjutan selama 10 tahun bermula tahun 1963.

Ketiadaan Agama Rasmi bagi Sabah selama 10 tahun sesungguhnya telah memberi ruang seluas-luasnya kepada agama lain untuk menyebar dan mengembangkan agama mereka di kalangan penduduk di negeri ini. Tidak hairanlah mengapa dalam tempoh tersebut banyak sekali rumah-rumah ibadat agama-agama berkenaan berjaya didirikan di sana sini. Peratus pertumbuhan penganut agama lain juga begitu terkehadapan berbanding agama Islam sendiri dalam tempoh tersebut.

Hanya pada tahun 1973, baharulah Islam dapat dijadikan agama rasmi bagi Sabah setelah pindaan dalam perlembagaan Sabah berjaya dilakukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. Sesungguhnya kejayaan menjadikan Islam sebagai agama rasmi Sabah 10 tahun kemudiannya adalah hasil usaha bersungguh-sungguh pada pendakwah Islam ketika itu. Masing-masing merasakan bahawa mereka mempunyai peranan besar untuk membanyakkan bilangan umat Islam di Sabah ketika itu.

Kesan daripada kejayaan menjadikan Islam sebagai AGAMA RASMI SABAH dapat dilihat pada hari ini. Akhirnya Islam hari ini menjadi agama yang dominan di Sabah. Tidak syak lagi bahawa penghormatan dan penghargaan tinggi wajar diberikan kepada Bapa Kemerdekaan Sabah, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun atas sumbangan besar beliau sehingga Islam mencapai kejayaan besar dan gemilang itu di bumi Sabah.

Laporan dari Jabatan Perangkaan Negara bagi tahun 2000 sahaja menunjukkan bahawa penganut Islam di Sabah sudah mencapai 63.7 peratus. Menariknya, dari 14 buah negeri di Malaysia, Sabah kini berada di TANGGA KE-7 sebagai negeri yang paling ramai penduduk Islam. Dari segi fakta, Sabah yang dikurniakan lebih 30 suku atau etnik sudah jauh meninggalkan negeri-negeri di Semenanjung seperti Negeri Sembilan (58.6 %), Selangor (55.7 %), Perak (53.9 %), Johor (58.8 %), Pulau Pinang (44.2 %), Sarawak (31.3 %) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (46.2 %). Itulah bancian Jabatan Perangkaan yang meliputi peratusan penganut Islam bagi semua negeri di Malaysia 10 tahun lepas.

Dengan perkembangan gerakan dakwah yang pesat di alaf 2000, diikuti kemasukan orang bukan Islam ke agama Islam yang berlaku hampir setiap hari di Sabah, di samping siri pengislaman kecil-kecilan mahupun besar-besaran yang masih lagi berlangsung di Sabah ketika ini, tidak mustahil bahawa statistik penduduk Islam dalam laporan bancian kependudukan oleh Jabatan Perangkaan Negara untuk tahun 2010 akan bertambah lagi. Tidak memeranjatkan kalau nanti peratusan penduduk Islam akan meningkat kepada sekitar 65-70 peratus tahun hadapan. Andai jangkaan ini menjadi realiti, tidak mustahil kedudukan Sabah dari tangga ke-7 akan naik ke tangga ke-6 atau ke-5 sebagai negeri paling ramai penduduk di Malaysia. Sama-sama kita nantikan laporan bancian kependudukan oleh Jabatan Perangkaan Negara yang dijangka dikeluarkan pada tahun hadapan.

Berbalik kepada usaha PERSATUAN ULAMA MALAYSIA (PUM) Cawangan Sabah untuk mengumpulkan maklumat mengenai tokoh-tokoh dakwah di Sabah, ia dilihat sebagai satu usaha murni dan memang wajar disokong. Kaedah dan semangat dakwah para pendakwah terdahulu boleh dijadikan kayu ukur dan iktibar untuk generasi pendakwah di Sabah hari ini untuk memikirkan kaedah dan strategi dakwah yang bersesuaian pada zaman. Sementara masih ramai di kalangan para pendawah tersebut yg masih hidup, amat sesuailah kalau usaha ini digerakkan mulai sekarang.

Maklumat yang lebih tepat dan telus akan lebih mudah diperolehi dari individu-individu berkenaan.  Pepatah Orang Putih ada mengatakan “STRIKE THE IRON WHILE IT IS HOT “. Maknannya, nak pakai penggosok baju (Strika), biarlah masa ia masih panas supaya kehalusan baju lebih berkualiti dan cantik. Dengan kata lain, untuk mendapatkan maklumat utama dan tepat, biarlah dari individu-individu tersebut sendiri selagi mereka masih hidup.

Untuk makluman anda semua, selain mendapatkan maklumat secara terus dari individu-individu berkenaan yang masih hidup, beberapa buah buku yang bermaklumat  berkaitan gerakan dakwah dan tokoh-tokoh dakwah di Sabah juga boleh membantu dalam usaha ini. Berikut adalah sebahagian dari beberapa buah buku atau rujukan yang boleh membantu:

  • Abdullah Hussain, Tun Mustapha Bapa Kemerdekaan Sabah: Sebuah Biografi, Kuala Lumpur, M.F.I, 1976.
  • Subky Latif, Sebahagian Dari Memoir Tun Datu Mustapha: Merdeka Melalui Malaysia, Kuala Lumpur, Penerbit Pustaka Antara, 1981.
  • Muhiddin Yusin, Islam di Sabah, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990.
  • Yahaya Ismail. (1986). Politik Islam di Sabah. Kuala Lumpur: Dinamika Kreatif.
  • Ismail Yusoff. (2004). Politik dan agama di Sabah. Bangi Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Ainol Jamal. (1989). Islam di Sabah tertindas. Sabah: Penebitan Tinta.
  • Sahari Abdul Latif, Mana Bendera Saya?, Sabah, Institut Penyelidikan Sastera Sabah (INPES), Cetakan kedua 2006.
  • R.M Jasni, Memoir Anak Sisa Peperangan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Jeffrey G. Kitingan & Maximus J. Ongkili (e.d), Sabah 25 years later: 1963-1988, Institute for Development Studies (Sabah), 1989.
  • Jeffrey G. Kitingan, Justice for Sabah, Shelma Publications and News Agency, Lahad Datu, Sabah, 2006.
  • Patrick bin Sindu & Abdul Malek Unar, Isu 20 pekara: Jaminan dan perlindungan, STUDIO 3, Kota Kinabalu, 1993.
  • Sabihah Osman. (1985). Pentadbiran peribumi Sabah 1881-1941. Bangi Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • Sabihah Osman, Ismail Ali & Baszley Bee B., Tun Datu Hj. Mustapha bin Datu Harun: Jasabaktinya dalam pembangunan sosial Sabah, Universiti Malaysia Sabah, Sabah, 2006.
  • Abdul Hadi Harman Shah, Junaenah Sulehan, Mohamed Yusoff Ismail, Nor Azizan Idris & Zahra Yaacob, Tun Mustapha dan pembangunan Sabah, Yayasan Sabah,  1st Edition, Sabah, 2003.
  • Buku Cenderahati Kecemerlangan SUIS Tambunan Dalam 25 Tahun, Sempena Sambutan Jubli Perak ke 25 Tahun SUIS Tambunan, Julai 2001.
  • Jenar Lamdah, Datuk Harris Mohd. Salleh dengan politik Sabah, Affa Sendirian Berhad, Kuala Lumpur, 1981.
  • Johari Alias, How Islam spread to Sabah in Cenderamata  Sabah State Mosque, in conjunction with the official opening of the Sabah State Mosque by His Majesty the Yang Di Pertuan Agong on 28th. June 1977.
  • Herman J. Luping, Sabah dilemma: The political history of Sabah (1960-1994), Magnus Books, Kuala Lumpur, 1994.
  • Cesar Adib majul, Islam di Filipina, (Terjemahan dari Bahasa Inggeris oleh Shamsuddin Jaafar), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1988.
  • L.W. Jones, The Population of Borneo,: A Study of the Peoples of Sarawak, Sabah and Brunei, Opus Publications, Sabah, 2007.
  • Hamdan bin Aziz, Parti politik USNO & BERJAYA di Sabah, 1961-1996, Unpublished Thesis Master of School of Science Social, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, 2005.
  • Ismail Mat, “Haji Muhammad Suhaili Haji Yaakub” in Ismail Mat, (ed), Ulama silam dalam kenangan, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1993.
  • Maidis Pongot, Gerakan Dakwah Islamiyah Di Daerah tambunan Sabah Selepas Merdeka Sehingga 1989: Penumpuan Kepada Zaman USNO-SCA, Berjaya Dan PBS (Kertas Projek) Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1989.
  • Suraya Sintang. (2007). Kehidupan beragama masyarakat Kadazandusun. Sabah: Universiti Malaysia Sabah.
  • Saif @ Shaifuddin Hj. Daud, Transformasi Sosial Menerusi Islamisasi; Satu Kajian Kes Di Kalangan Orang Dusun/Kadazan Di Ranau Sabah (Tesis Master Sains Pembangunan), Fakulti Sains Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Kampus Sabah, 1993.
  • Shaifuddin Hj. Daud, MUIS: Penubuhan Dan Kegiatannya Sehingga Tahun 1981, (Latihan Ilmiah), Jabatan Dakwah Dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 1983/1984.
  • Buku Cenderahati, Sambutan 30 Tahun 1978-2008 JAKIM Cawangan Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah, 2008.
  • Jamil Hj. Hamali (ed), Islam di Borneo: Sejarah, Perkembangan Dan Isu-Isu Kontemporari, Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, 2009.

Sesungguhnya perbincangan mengenai perkembangan gerakan dakwah Islam di Sabah sebelum merdeka dan selepas merdeka tidak memadai untuk dimuatkan dalam artikel yang  seringkas ini. Setakat yang diketahui, ERAKITA mendapati bahawa kajian-kajian ilmiah di universiti tempatan yang dilakukan berkenaan perkembangan Islam di Sabah hanyalah setakat tahun 1993. Belum ada kajian ilmiah di peringkat Master atau Ph.D yang mengkhususkan perkembangan Islam di Sabah selepas 1994, zaman selepas kejatuhan pemerintahan PBS di Sabah. Dalam hal ini, ERAKITA berpendapat bahawa kajian secara terperinci mengenai perkembangan Islam di Sabah selepas 1994 wajar dilakukan oleh para sarjana di Malaysia dan khususnya bagi sarjana-sarjana dari Sabah sendiri.

Sesungguhnya, semenjak 1994 sehingga kini, banyak sekali perkembangan yang berlaku di negeri Sabah. Kemunculan pelbagai persatuan, organisasi dan pertubuhan Islam di Sabah sejak akhir-akhir ini nyata sekali merancakkan lagi perkembangan dakwah Islam di Sabah. Pegawai-pegawai dakwah agama dan tenaga sukarelawan dari badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang tidak putus-putus menyalurkan tenaga dan masa mereka untuk bergerak ke seluruh pelusuk negeri untuk berdakwah tidak dapat dinafikan lagi banyak membantu merancakkan perkembangan Islam di negeri ini. Kewujudan saluran informasi terkini seperti laman web dan blog-blog berunsur dakwah di negeri ini dilihat begitu berkesan menyalurkan maklumat dan perkembangan-perkembangan terkini dakwah Islamiah di Sabah.

Akhir sekali, ERAKITA mengucapkan tahniah sekali lagi kepada blog ABU NUHA CORNER atas artikel yang amat bernilai itu dan usaha PUM Cawangan Sabah kerana menggerakkan usaha yang amat murni ini. Semoga usaha tersebut dipermudah lagi diberkati Allah AWT.

DAKWAH SEPANJANG ZAMAN

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 11 Oktober 2009, in AGAMA, BUKU, RENUNGAN, TOKOH and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. 25 Komen.

  1. Bismillah…

    Alhamdulillah… moga usaha ini Allah SWT permudahkan untuk manfaat bersama.

    Hari ini kita mencari mereka, insyaAllah mudah – mudahan esok – esok hari mereka juga akan mencari mereka atas tujuan dan hadaf yang sama.

    Moga bertaninya kita di dunia ini ada hasilnya untuk kita tuai di akhirat kelak. ameenn…

    p/s : ba ust saja – saja singgah bai ni..

    • Salam,

      Terimakasih ERAKITA ucapkan atas komen albelurani yang penuh bermakna di atas. Tak tergambar rasa bahagia apabila menuai segala hasil mahsul di akhirat.

      Semoga usaha baik yang berterusan dalam kehidupan sementara ini menjadikan kita kaya dengan hasil tuaian di akhirat kelak, ameen

      TQ & wassalam

  2. salam…

    saya amat tertarik dgn artikel Erakita.. ada beberapa perkara yg saya tertarik..antaranya adalah perkataan “dilambaki”saya teruja dgn perkataan ini..seolah2 ADUN ketika itu adalah benda yang berlambak2.. mgkin Erakita ada maksud yang tersendiri dgn perkataan “dilambaki”itu..
    saya tidak juga berani untuk memastikan bahawa pengkajian selepas tahun 1994 adalah tidak ada..tapi sepanjang pencarian saya pengkajian Islam di Sabah sekitar tahun 1994 dan ke atas belum ada dibuat secara ilmiah..saranan dari Erakita amat bernas..harapan saya agar pihak2 yang terlibat dalam penyimpanan bahan2 rujukan dalam penghasilan pengkajian Islam di Sabah dapat memberikan kerjasama dan respon yang sewajarnya…setiap pengkajian yang di buat mempunyai nilai estetika yang tersendiri..terima kasih…saja singgah untuk berkongsi beberapa ayat..

    • Wa’alaykum salam wbt.

      Terimakasih atas respon dan ulasan yang diberikan oleh Sdr. Marianaz di atas. ERAKITA tidak pula menjangkakan bahawa perkataan “DILAMBAKI” dalam artikel di atas boleh menarik perhatian. Secara jujur, ERAKITA sengaja menggunakan perkataan tersebut untuk menggambarkan bahawa betapa ramainya ADUN beragama Islam di Sabah ketika itu. Suasana seperti itu JARANG dan mungkin sukar berlaku dalam mana-mana sejarah Dewan Undangan Negeri di mana-mana negeri di Malaysia. Jika adapun yang berpotensi untuk mengikuti jejak yang sama berkemungkinan Negeri Kelantan dan Trengganu sahaja memandangkan peratusan penduduk Islam di negeri berkenaan tinggi.

      Perkataan “DILAMBAKI” ADUN jauh sekali untuk memberi gambaran seolah-oleh seperti benda. Hanya saja, keadaan ketika itu benar-benar istimewa dan agak luar biasa. Luar biasa kerana ramainya ADUN beragama Islam ketika itu boleh dilihat sebagai suatu suasana di luar kebiasaan. Tambahan lagi, pertambahan ADUN dan para pemimpin masyarakat di Sabah yang memeluk Islam ketika itu begitu rancak dan “LAJU”.

      Soal bagaimana mereka memilih untuk memeluk Islam zaman itu, hanya Allah saja yang lebih mengetahuinya. Kajian mendalam dan teliti tentunya dapat membantu untuk menemukan sebab mengapa mereka begitu mudah memeluk Islam ketika itu. Buku-buku yang ERAKITA senaraikan di atas sedikit sebanyak dapat membantu mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong mereka memeluk Islam secara beramai-ramai atau BESAR-BESARAN.

      Tokoh-tokoh pendakwah yang terlibat dalam gerakan pengislaman besar-besaran sejak 1970-an dan 1980-an ramai yang masih hidup. Maklumat yang ada pada mereka amat bernilai dalam rangka menambahkan khazanah Islamiah di Sabah khususnya dan Malaysia amnya. Sebab itu, ERAKITA berpendapat bahawa kajian seterusnya bermula 1994 hingga kini amat wajar dilakukan mulai sekarang.

      Kewujudan Program Ijazah Lanjutan dalam bidang Agama di UMS sejak 2 tahun lepas benar-benar membuka ruang yang luas dan terbuka untuk para pengkaji melakukan kajian berkaitan. Setakat yang ERAKITA tahu setelah meneliti Buku Prospektus terkini UMS dan bersemuka sendiri dengan Pegawai UMS di Bahagian Pascasiswazah, kini (2010), program Sarjana (MASTER) dan Ph.D dalam bidang Pengajian Islam, termasuk KEwangan Islam telahpun dibuka. Difahamkan juga, setakat ini, program tersebut dijalankan secara disertasi.

      Semoga kesempatan ini dapat direbut oleh para pencinta ilmu di Negeri Sabah khususnya dan Malaysia amnya. Kini semuanya telah ada di hadapan. Tidak ada lagi alasan untuk mengatakan bahawa sukar melakukannya atas alasan program berkenaan hanya ditawarkan di universiti di Semenanjung. Alasan tersebut tidak lagi begitu terpakai ketika ini dengan adanya program agama di UMS.

      Semoga makluman ini memberi manfaat untuk kita semua. AKhir kalam, ERAKITA sekali lagi mengucapkan terimakasih kepada Sdr. Marianaz atas respon dan ulasan yang begitu baik di atas. ERAKITA sentiasa mengalu-alukan kunjungan anda semua ke teratak ERAKITA untuk berkongsi maklumat-maklumat penting dan terkini.

      Wassalam.

  3. salam…..
    saya tertarik dgn artikel Erakata ini….saya turut b’minat utk m’getahui sejarah perkembangan agama Islam di Sabah. Saya merupakan student UMS dlm program sains sosial(sejarah) brminat untuk mengetahui perkembangan agama islam ini khususnya di Sabah. Masalahnya sekarang, terlalu sukar untuk mendapatkan tajuk yang sesuai dan menarik sebagai tajuk tesis sejarah.

    thanks dgn senarai buku dan bahan rujukan dalam artikel ini….. ia sangat2 membantu saya. Tq.

    • Walaykumsalam wbt.

      Terimakasih atas kunjungan Aireane di laman ERAKITA. ERAKITA cadangkan agar Aireane menulis mengenai perkembangan Islam di Sabah selepas 1993. Ini kerana setakat yang diketahui, penulisan khusus mengenai perkara ini belum ada (setakat yang diketahui). Walau bagaimanapun, kajian khusus sebelum 1994 juga masih boleh dilakukan. Oleh kerana perbincangan dan kajian yang luas, maka disarankan agar fokuskan kajian itu. Seperti perkembangan Islam di zaman pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS).

      Boleh jadi tajuknya ebih kurang begini: “PERKEMBANGAN ISLAM DI NEGERI SABAH: SATU KAJIAN KHUSUS PADA ERA PEMERINTAHAN PARTI BERSATU SABAH ANTARA TAHUN 1985-1994” atau PERKEMBANGAN ISLAM DI SABAH: SATU KAJIAN KHUSUS BAGI TAHUN 1994-2000 atau mungkin 2010. Atau juga mungkin tajuk seperti KEDUDUKAN ISLAM DI SABAH: SATU KAJIAN KHUSUS KEPADA KESAN PINDAAN PERKARA 5(1A) PERLEMBAGAAN NEGERI SABAH MENJADIKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI SABAH. Atau PERKEMBANGAN DAKWAH ISLAMIAH DI SABAH: SATU KAJIAN KHUSUS KEPADA GERAKAN PENGISLAMAN BESAR-BESAR ANTARA TAHUN 1969-1976 atau 1985. Dan banyak lagi tajuk-tajuk menarik yang boleh difikirkan.

      BOleh jadi Penyelia thesis mempunyai banyak idea yang boleh disarankan kepada Aireane nanti. Ini hanya sebahagian kecil sahaja. Terimakasih. Semoga ada manfaatnya.

  4. assalamualaikum, saya salah seorang pelajar pendidikan di UPSI..saya berminat untuk menjalankan kajian mengenai islam di sabah khasnya di kota kinabalu. mohon kepada pihak yang sudi membantu untuk menghubungi saya di alamat email taurusgulz89@yahoo.com.

    • Wa’alaykumussalam wbt.

      Semoga usaha anda dipermudahkan Allah s.w.t. Kepada sesiapa yang suci dan mempunyai bahan, silalah bantu Fitriani ini.

      Terimakasih dan wassalam.

  5. Dakwah yang berkesan bilamana kita ikut dakwah yang dibuat olaeh baginda nabi S.A.W iaitu jumpa semua umat islam melalui pitu ke pintu .

    • Salam.
      Terimakasih atas pandangan dari Saudara Arman di atas. Memang benar pandangan saudara di atas. Alangkah baiknya lagi jika semua kemudahan canggih dan terkini yang ada pada hari ini dapat digunakan sepenuhnya untuk dakwah Islamiyah. Biar dakwah dan ilmu Islam ini meresep masuk ke rumah-rumah manusia di pelusuk dunia. Ia boleh saja masuk tanpa mengetuk pintu dan minta izin tuan rumahnya dengan menghantar mesej Islam dalam email, facebook, whatsapps, twitter, blog, website dan lain-lain lagi. Allahu Akhbar yang telah membuka ruang dakwah yang begini luas tanpa batasan dan sempadan.

      Terimakasih dan wassalam

  6. Alhamdulillah semoga usaha murni ini dipermudahkan Allah. Cadangan saya, peranan pendakwah dan guru agama dari semenanjung Malaysia (Malaysia Barat) yang berhijrah ke Sabah pd akhir 60an dan awal 70an juga tidak boleh dipandang kecil dalam memartabatkan Islam di Sabah. Antara mereka ada yang terus menetap di Sabah dan ada yang telah kembali ke semenanjung Malaysia. Mereka bukan setakat berperanan sebagai guru agama semata-mata, malah ada yang terlibat dengan usaha dakwah bagi mengislamkan penduduk Sabah sehingga dapat mencapai jumlah penduduk Islam yang melayakkan Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi Sabah pada tahun 1973. Menjadi pendakwah yang serba boleh dengan pakej; mengajar, membuat surat, mencatat minit mesyuarat, mengurus jenazah, pemandu, membimbing saudara baru, menulis, imam, bilal, khatib, jurunikah, penasihat rumahtangga dan sebagainya merupakan aset penting yang amat membantu pada masa itu. Hari ini ramai kalangan mereka telah kembali ke rahmatullah. Kalau yang masih hidup usia mereka telah mencecah akhir 60an. Justeru ushaha menjejaki mereka perlu dibuat segera bagi mempastikan maklumat yang diperolehi merupakan sumber primeir.

    • Salam Saudari Bintu Ahmad.

      Pandangan saudari amat baik dan mahal harganya. Pandangan ini mampu menggerakkan minda kita untuk mencungkil dan mengorek sebanyak mungkin informasi orang-orang yang banyak berjasa kepada perkembangan Islam suatu ketika dulu di Negeri ini. Erakita amat bersetuju dengan pandangan dan saranan itu. Usaha berterusan perlu dilakukan. Saat ini, masanya agak kritikal dan terhad untuk bertemu dengan orang-orang yang masih hidpu. Umur mereka juga telah lanjut usia. Jika sesuatu tidak dilakukan, sumber primeir itu akan bertukar kepada status sekunder. Ini kerana mereka adalah orang yang pernah melihat, merasa, bergerak, memikir serta berjuang berhempas pulas bagi merealisasikan apa yang ada pada hari ini. Justeru, mari sama-sama kita bergerak untuk mengambil peluang mendapatkan sumber asli dari orang-orang terdahulu sebelum mereka menginggalkan dunia yang fana ini.

      Terimakasih dan wassalam.

  7. salam, boleh tolong senaraikan contoh tokoh-tokoh pendakwah atau orang-orang soleh di sekitar pantai timur sabah?

    • Walaykumussalam wbt.
      Terimakasih atas permintaan Saudara Ochak di atas. Inshaa Allah, semoga usaha itu akan berhasil. Erakita masih dalam usaha mendapatkannya. Bagaimanapun, ia memerlukan masa dan tenaga. Justeru, tentunya hasilnya juga mungkin mengambil masa yang akag lama sedikit untuk dipersembahkan. Doakan erakita agar usaha ini tercapai. Terimakasih juga kerana mengingatkan perkara ini. Wassalam

  8. How did you actually pick up the techniques to create ““ISLAM DI
    SABAH: usaha pengumpulan data pendakwah terdahulu BLOG ERAKITA”?

    Regards -Debra

    • Thank you Debra. The key is sincerity and sense of love to share knowledge with everyone. It really needs lot of reading and books of reference. Regards-Erakita

  9. excellent put up, very informative. I ponder why the other specialists of this sector do not understand this.

    You should proceed your writing. I’m confident, you’ve
    a great readers’ base already!

    • Thank you very much. It is a great pleasure for me to receive such a great support. Inshaa Allah, we will continue to put up more and more excellent and informative articles. thanks a lot

  10. Yesterday, while I was at work, my sister stole my iphone and tested to see if it can survive
    a 40 foot drop, just so she can be a youtube sensation.
    My iPad is now destroyed and she has 83 views.
    I know this is entirely off topic but I had
    to share it with someone!

    • Oh My God! How could be like that? Just leave it. Move to a new plan by buying a new one that better than the previous one with affordable cots. Thank you.

  11. I think the admin of this website is in fact working hard for his site, because
    here every material is quality based information.

  12. Pretty section of content. I just stumbled upon your web site
    and in accession capital to assert that I acquire in fact enjoyed account your
    blog posts. Any way I’ll be subscribing to your feeds and even I achievement you
    access consistently rapidly.

  13. Bismillahir Rahmanir Rahim

    Salam dan selawat.

    KEZALIMAN TERHADAP SYIAH MELAYU ISLAM DI MALAYSIA

    Kezaliman terhadap Syiah Melayu Islam mazhab Ja’fari dan Zaidi Malaysia sebagai penjenayah syariah yang telah bermula semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad yang pertama (BN) 1996 dan pemerintahan beliau yang kedua (PH) 2018 adalah “un-Constitutional” dan “un-Islamic”.

    1. Syiah Melayu Islam Mazhab Ja’fari dan Zaidi Malaysia telah dikeluarkan daripada Hak Asasi Manusia Perkara 5, 6, 7, 8, 9, 10,11,12, dan 13 Perlembagaan Persekutuan secara ,”un-Constitutional” (tidak menurut Perlembagaan) oleh Kerajaan Malaysia melalui Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia di bawah Jabatan Perdana Menteri pada 5.5.1996. (Sila lihat, “25 (20) Artikel” di laman: almawaddah.info).

    2. Melalui enakmen kerajaan-kerajaan negeri (BN) bagi tujuan pengharaman Syiah sebagai penjenayah syariah di setiap negeri mulai 5.5.1996.

    3. Kezaliman dan pengharaman terhadap Syiah Melayu Islam dilakukan oleh Kerajaan Malaysia (BN ) pada tahun 1996 di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 4 kemudian diteruskan oleh Kerajaan Malaysia (PH) 2018 di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7.

    4. Di zaman pemerintahan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi sebagai pengerusi OIC di masa itu, Deklarasi Amman 2005 telah diadakan di Amman Jordan yang mana 8 mazhab Islam diakui oleh OIC termasuk 2 mazhab Syiah; Ja’fari dan Zaidi.

    5.Walau bagaimana pun Deklarasi Amman tidak disahkan atau diratifikasikan oleh Kerajaan Malaysia (BN) yang dipimpin oleh Tun Abdullah Badawi dan Dato’ Seri Najib Razak selepasnya. Begitu juga di zaman pemerintahan PH 2018, Tun Dr Mahathir tidak mahu Deklarasi Amman 2005 diratifikasikan. Sebaliknya ICERD 1965 (The International Convention on the Elimination of All forms of Racial Discrimination) pula yang mahu diratifikasikan. Justeru, fatwa dan enakmen pengharaman Syiah yang zalim itu diteruskan sehingga kini!.

    6. Di zaman pemerintahan Datuk Seri Najib Razak, kezaliman dan tekanan terhadap Syiah diteruskan seperti di zaman Tun Dr Mahathir terdahulu. Perbezaannya tidak ada Syiah ditahan dibawah ISA di zaman Datuk Seri Najib Razak kerana ISA telah dimansuhkan. Sementara Tun Dr Mahathir pula tidak bersetuju ISA dimansuhkan yang mana di zaman pemerintahannya sekurang-kurangnya 10 orang Syiah Melayu Islam mazhab Ja’fari ditahan di bawah ISA (sila lihat, SURAT PM di laman: almawaddah.info).

    7. PAS pula ditekan oleh Kerajaan BN di bawah pemerintahan Dato’ Seri Najib Razak yang mana YB Muhammad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS pada masa itu difitnah, dihina dan dituduh sebagai seorang penganut Syiah vs. Datuk Seri Dr Zaid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri di masa itu sebagai Sunni (Wahabi). Akhirnya PAS memecat YB Muhamnad Sabu dengan alasan yang lain pula. Sekarang YB Muhammad Sabu sebagai pengerusi parti AMANAH dilantik sebagai Menteri Pertahanan Malaysia dalam gabungan PH 2018.

    8. Di zaman pemerintahan Tun Mahathir kedua (PH) 2018, fatwa dan enakman pengharaman Syiah diteruskan sebagaimana dijelaskan oleh Menteri Agama Datuk Dr Mujahid Yusof dari parti AMANAH (PH) di Parliman pada 1.11.2018.

    9. Justeru, parti Pakatan Harapan (PH) yang memerintah sekarang seperti BN juga di dalam isu pengharaman Syiah, tidak mahu mengubah fatwa dan enakmen zalim tentang pengharaman Syiah yang menyalahi Perlembagaan Persekutuan Perkara 11 (1) ” Every person has the right to profess and practise his religion”.

    10. Oleh itu, Pengharaman Syiah adalah menyalahi Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang utama di Malaysia Perkara 4(1). Sementara al-Qur’an, Hadis, Majlis Fatwa dan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah di bawah Perlembagaan.

    11. Perkataan “religion” menurut Cambridge Dictionary: The belief in and worship of a god or gods or any such system of belief and worship. Iaitu sistem kepercayaan dan penyembahan kepada satu tuhan atau banyak tuhan, digunakan dalam Perlembagaan. Justeru, Syiah termasuk “religion” dalam Perlembagaan Perkara 3 (1) dan 11(1). ” Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practiced in peace and hormany in any part of the Federation” . Di negara Republik Islam Iran, Syiah adalah “religion” mereka.
    12. Justeru, para mufti den kerajaan-kerajaan negeri menyalahi Perlembagaan dalam pengharaman Syiah. Perkara 11(1) “every person has the right to profess and practise his religion” “setiap orang berhak mengisytihar dan mempraktik religion-nya”

    13. Ia menyalahi al-Qur’an, firman-Nya dalam Surah al-Baqarah (2) : 256 ” tidak ada paksaan dalam (memilih) agama (Islam)”.

    14. Ia menyalahi Hadis; sabda Nabi SAW: “Siapa yang mengucap tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh-Nya, akan memasuki syurga” (Sahih Muslim).

    15. Ia menyalahi Fatwa para Syeikh Azhar dan Deklarasi Amman yang memperakui mazhab Syiah Ja’fari dan Zaidi sebagai mazhab yang sah diamalkan oleh umat Islam.

    16. Dan ia juga menyalahi Deklarasi Hak Asasi Manusia dalam Islam (OIC) Cairo1990 (sila lihat, Fatwa dan Deklarasi, di laman: almawaddah.info).

    17. Jika mereka ditanya oleh orang bukan Islam: Adakah terdapat Hak Asasi Manusia dalam Islam? Maka para penyokong PAS, AMANAH, BERSATU dan UMNO umpamanya, akan menjawab: Ya, terdapat Hak Asasi Manusia dalam Islam kerana Islam adalah agama yang sempurna dan rahmatan lil Alimin.

    18. Jika mereka ditanya lagi: Adakah Hak Asasi Manusia terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan? Mereka akan menjawab: Tidak ada Hak Asasi Manusia dalam Perlembagaan Persekutuan. Atau mereka akan menjawab: Perlembagaan itu ditulis oleh penjajah Inggeris.

    19. Hakikatnya, Hak Asasi Manusia terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, l2 dan 13. Mereka sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan umum rakyat Malaysia kerana ingin menzalimi Syiah Melayu Islam mazhab Ja’fari dan Zaidi sebagai penjenayah syariah di Malaysia.

    20. Jika mereka ditanya lagi: Adakah terdapat Hak Asasi Manusia di dalam al-Qur’an? Mereka akan menjawab: Ya, terdapat Hak Asasi Manusia dalam al-Qur’an, tetapi ia adalah untuk pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafi’i sahaja, bukan untuk Syiah kerana Syiah menyalahi Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    21. Mereka tidak mengetahui bahawa Ahli Sunnah Wal Jamaah pula menyalahi al-Qur’an dari sudut akidah sebanyak 93 ayat dan para Imam mazhab 4 pula menyalahi al-Qur’an dan Hadis sebanyak 357 perkara dari sudut hukum fekah (sila lihat, SURAT PM di laman: almawaddah. Info).

    22. Mereka telah mewartakan pegangan atau mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai asas agama Islam mulai 5.5. 1996 bagi tujuan pengharaman Syiah Melayu mazhab Ja’fari dan Zaidi di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir dulu (BN) pada tahun 1996 dan meneruskan pengharaman Syiah Melayu Islam mazhab Ja’fari dan Zaidi semasa pemerintahan beliau sekarang (PH) 2018.

    23. Justeru, definisi agama Islam dan hukum syarak, menurut fatwa dan enakmen, adalah berasaskan pegangan (mazhab) Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak (e-fatwa) bukan berasakan al-Qur’an. Justeru ia tidak memberi rahmatan lil Alamin.

    24. Oleh itu, Syiah Melayu Islam mazhab Ja’fari Malaysia dihina, diserbu, disisih, dipenjara dan ada yang dihilangkan atau dibunuh seperti kes Amri; pengasas “The Perlis Hope” walau pun, mereka mengakui Malaysia sebagai negara Islam.

    25. Pada hakikatnya, Malaysia adalah sebuah negara sekular (un-Islamic) dari sudut Perlembagaan kerana al-Qur’an adalah di bawah Perlembagaan dan mereka pula mewartakan Syiah sebagai penjenayah syariah. Why being Syiah a crime?

    26 Dari sudut kerajaan negeri pula, al-Qur’an adalah di bawah pegangan atau mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana pegangan atau mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah diwartakan sebagai asas agama Islam dan hukum syarak mulai 5.5. 1996 (e-fatwa), bukan lagi al-Qur’an dan Hadis sebagai asas agama Islam dan hukum syarak di Malaysia. Why being Syiah a crime?

    27. Justeru, mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dikira oleh Sunni lebih tinggi daripada Perlembagaan Persekutuan, al-Qur’an dan Hadis di Malaysia mulai 5.5. 1996 kerana ia diwartakan sebagai asas agama Islam dan hukum syarak dari sudut amali. Walau bagaimana pun, ia adalah “un-Constitutional” dan “un-Islamic” (void).

    28. Lantaran itu, Syiah Melayu Islam mazhab Ja’fari dan Zaidi diwartakan sebagai penjenayah syariah kerana kepercayaan mereka. Justeru, ia menyalahi Perlembagaan dan al-Qu’an.

    29. Bukan penganut agama Hindu, Sikh, Buddha,Yahudi, dan Nasrani yang diwartakan sebagai penjenayah syariah, disesat dan dihina, tetapi Syiah Melayu Islam mazhab Ja’fari dan Zaidi!. Sebaliknya, mereka selain daripada Syiah dihormati di Malaysia menurut Perlembagaan dan al-Qur’an.

    30. Penguasa Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan al-Qur’an dan Hadis sebagai asas agama Islam di Malaysia mulai 5.5. 1996.

    31. Mereka telah menukar asas agama Islam dari al-Qur’an dan Hadis kepada mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam dan hukum syarak.

    32. Justeru, definisi agama Islam telah tersasar dari al-Qur’an dan Hadis bermula pada 5.5.1996 (e-fatwa) di Malaysia.

    33. Walau bagaimana pun, ia telah dipersetujui oleh Kerajaan Malaysia (BN) semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia dan para mufti di Malaysia pada 5.5.1996 (e-fatwa).

    34. Oleh itu, mereka dipertanggungjawabkan di hadapan Allah pada hari Akhirat kelak kerana mewartakan Syiah mazhab Ja’fari dan Zaidi sebagai penjenayah syariah.

    35. Justeru, para penganut Wahabi yang menyamar sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia bekerjasama dengan musuh-musuh Islam yang lain mulai 5.5. 1996 dengan menghasut orang ramai supaya membenci dan menentang pimpinan keluarga Nabi SAW atau Ahlul Bait Nabi SAW dan penyokong mereka; Syiah mazhab Ja’fari dan Zaidi dari sudut akidah, syariah dan akhlak.
    36. Wahabi mengkafirkan semua penganut Islam selain daripada penganut Wahabi. Sementara Imam Abu l-Hasan al-Asy’ari’ ketua Ahli Sunnah Wal Jamaah di kalangan al-Asyairah, lahir di abad 3 Hijrah selepas kewafatan Nabi SAW, tidak mengkafir seorang pun daripada Ahli Qiblat (al-Ibanah, hlm 10). Justeru, fatwa pengharaman Syiah di Malaysia adalah dipengaruhi oleh fahaman Wahabi/ Takfiri.

    37. Oleh itu, peringatan hari Asyura, Arbaeen Imam Husain AS, hari Ghadir Khum perlantikan Imam Ali AS sebagai Khalifah secara langsung selepas Rasulullah SAW dan hari kelahiran Sayyidah Fatimah AS merupakan titik hitam bagi penguasa yang dipengaruhi oleh fahaman Salafi/Wahabi bagi menentang Syiah dengan mengeluarkan fatwa dan enakmen bagi pengharaman Syiah di Malaysia mulai 5.5. 1996 di bawah pemerintahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu (BN) sehingga kini (PH) 2018 di bawah pemerintahannya jua.

    38. Justeru, apabila mereka bercakap tentang “the rule of law”, maka merekalah yang telah mengeluarkan Syiah Melayu Islam mazhab Ja’fari dan Zaidi daripada “the rule of law” di Malaysia mulai 5.5.1996 dengan mewartakan fatwa dan enakmen zalim yang menyalahi Perlembagaan dan al-Qur’an (Sila lihat, SURAT PM di laman: almawaddah.info).

    39. Lantaran itu, kata-kata bahawa “pemerintah kafir yang adil” adalah lebih baik daripada pemerintah muslim yang zalim” itu ada kebenarannya kerana konsep keadilan itu bersifat umum termasuk kepada Syiah Melayu Islam mazhab Ja’fari dan Zaidi Malaysia, umpamanya, secara khusus.

    40. Tidakkah Khalifah Ali AS berkata bahawa orang yang bersyarikat dalam kezaliman itu ada 3? (Al- Syurakaa’ fi al-Zulmi thalathatun):

    1. Orang yang melakukan kezaliman itu sendiri (al-‘Amilu bi-al-Zulmi).

    II. Orang yang membantu orang melakukan kezaliman (al-Mu’inu ‘alai-hi)
    III. Orang yang meredai kezaliman itu (al-Radi bi-hi)? (Yanabi’ al-Mawaddah).

    41. Tidakkah Nabi SAW bersabda maksudnya: Sesiapa yang mencintai suatu kaum, maka dia akan dikumpulkan bersama mereka? Dan sesiapa yang mencintai amalan sesuatu kaum, maka dia bersyarikat dalam amalan mereka? (al-Hakim, al-Mustadrak, al-Tabari, Tarikh dan lain-lain).

    42. Tidakkah unta betina (al-Naqah) kaum Thamud itu hanya dibunuh oleh seorang lelaki di kalangan mereka? Kemudian pembunuhan itu diredai oleh kebanyakan kaum Thamud. Lalu Allah menyeksa kesemua mereka? Firman-Nya dalam Surah al-Syu’ara’ (26): 157 ” Kemudian mereka membunuhnya (unta betina), lalu mereka merasa menyesal” dengan lafaz jamak walau pun pembunuh unta betina itu adalah seorang lelaki sahaja (Nahj al-Balaghah).

    43. Apa pendapat kalian jika kezaliman dan pembunuhan itu dilakukan ke atas seorang lelaki- bukan unta betina- Syiah Melayu Islam mazhab Ja’fari umpamanya?

    44. Justeru, kenapakah Hak Asasi Syiah Melayu Islam mazhab Ja’fari dan Zaidi di dalam Perlembagaan dan al-Qur’an itu disembunyikan daripada pengetahuan umum di Malaysia?

    45. Tidakkah Allah berfirman dalam Surah Hud (11): 113 ” Janganlah kamu cenderung kepada mereka yang telah melakukan kezaliman, nescaya kamu akan disambar oleh api neraka”?

    46. Justeru, mereka yang telah mengeluarkan fatwa dan enakmen pengharaman Syiah mazhab Ja’fari dan Zaidi atau orang yang telah membantu mengeluarkan fatwa tersebut atau mereka yang meredai dengan fatwa dan enakmen pengharaman Syiah mazhab Ja’fari dan Zaidi sebagai penjenayah syariah di Malaysia adalah termasuk di kalangan mereka yang zalim. (sila lihat, SURAT PM di laman: almawaddah.info).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: