BUDI BAHASA BUDAYA KITA: ada kisah untuk dikongsi

 

rose

 

BUDI BAHASA DI LRT: lawak sikit!

 

8 Oktober 2009 

BUDI BAHASA BUDAYA KITA. Itulah lagu yang seringkali kita dengar dalam corong radio atau TV yang didendangkan oleh penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin. Lagu itu mengajak kita untuk mengamalkan budaya berbudi bahasa dalam kehidupan kita. Berbudi bahasa juga salah satu dari amalan mulia yang digalakkan oleh Islam. Namun, ada ketikanya, amalan berbudi bahasa itu dilakukan mengikut kesesuaian masa dan tempat. ERAKITA ingin berkongsi dengan anda sebuah kisah pendek yang dipetik dari salah sebuah laman web baru-baru ini berkaitan budaya berbudi bahasa. 

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul di depan seorang pemuda. Seketika kemudian, pemuda itupun bangun. Namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke  tempat duduknya sambil berkata,  “Terima kasih, saya lebih suka berdiri”. Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan.  Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, “Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri.” Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit, “Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasanlah dia ni?!!!” .  

Saudara, bagaimana agaknya pandangan kita mengenai kisah di atas? Inilah perasan namanya. Secara sedar atau tidak, ada kalanya kita merasa diri kita cantik tapi pada pandangan orang lain, kita tidak cantikpun. Ada juga wanita yang sememangnya cukup cantik dan ”MENGANCAM” tetapi akhirnya berkahwin dengan lelaki yang tidak sepadan dengan kecantikannya. Sehingga kadang-kadang kita mendengar orang cakap ”macam maana lelaki JONGOS macam dia boleh kahwin dengan wanita secantik itu. Tak padan langsung! Jangan-jangan lelaki tu pakai bomoh!. Jangan-jangan lelaki tu pakai ilmu PUGAI!”. 

Ada juga lelaki yang hensem atau tampan dan digilai oleh ramai wanita termasuk wanita-wanita cantik. Namun, beberapa lama tak bertemu, satu hari kita melihatnya berjalan bersama dengan isterinya. Didapati bahawa isterinya bukanlah tergolong dalam golongan wanita yang cantik. Kalau lihat betul-betul, isterinya kelihatan sederhana saja, COMMON lah katakan. Jika kita renung keadaan ini, kita akan akur bahawa kecantikan seseorang itu sebenarnya adalah terlalu subjektif untuk dinilai. Tidak semua orang akan mempunyai tanggapan bahawa seseorang itu cantik. Ada orang yang melihat kecantikan itu dari sudut tingkah laku dan akhlaknya. Ada orang yang melihat kecantikan itu dari sudur rupa parasnya. 

Dalam hal ini, wanita cantik dalam LRT tadi mungkin juga seorang yang baik dan terlalu berbudi bahasa. Kelebihannya dari sudut lain ialah ia amat berbudi bahasa. Namun, budi bahasanya tidak bertempat dalam situasi itu. Dalam LRT, keretapi akan sentiasa sesak dan berhenti-henti di setiap stesyen. Tindakan wanita untuk menolak lelaki itu ke tempat duduknya berkali-kali tidak wajar dilakukan. Ini kerana, pertama tidaklah manis seorang wanita yang menolak seorang lelaki yang bukan mahramnya. Ini terlarang dalam Islam dan mendatangkan fitnah. Apa akan jadi kalau tanpa disedari wanita cantik tadi, rupa-rupanya wanita lain yang berdiri di sebelahnya adalah isteri kepada lelaki itu?. Bukankah adegan tampar menampar atau tarik menarik rambut antara kedua wanita itu boleh saja terjadi sekelip mata? Mengapa tidak, sebagai isteri sudah tentulah ia punya rasa cemburu terhadap apa yang berlaku. Lebih parah lagi andai suami itu hanya tersenyum saja bila ditolak dengan lembut oleh wanita cantik tersebut. 

Keduanya, wanita itu seharusnya sedar bahawa lelaki itu tidak akan duduk selamanya dalam keretapi tersebut. Ia seharusnya ingat bahawa lelaki itu juga harus berhenti di stesyen yang ia tuju. Tanpa ia bertanya kepada lelaki itu, wanita itu menolak saja lelaki itu ke tempat duduknya. Tidaklah salah rasanya kalau wanita itu bertanya saja kepada lelaki berkenaan seperti ”nak berdirikah?”. Kalau pertanyaan ini dibuat oleh wanita tadi, sudah tentu lelaki akan berkata ”sebenarnya saya nak keluar ni, dahpun sampai di stesyen”. 

Bayangkanlah apa yang berlaku ke atas wanita itu setelah pemuda itu menjerit kemarahan. Suaranya yang kuat dengan mengatakan “Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!”  tidak syak lagi benar-benar menjatuhkan air muka wanita cantik itu. Memang wajar wanita itu mendapat HABUAN seperti itu gara-gara perasannya. Perasannya itu tidak bertempat. Perasannya membuatkan orang lain susah. Bayangkanlah apa yang berlaku ke atas pemuda itu. Ia terpaksa turun di mana-mana stesyen lain dan terpaksa pula membeli tiket baru untuk kembali di laluan yang bertentangan untuk menaiki keretapi lain. Ia menyusahkan lelaki itu. Si wanita pula wajar memohon maaf atas ketelanjurannya. 

Keadaan ini samalah dengan situasi di mana orang mungkin memandang ke arah kita sambil tersenyum. Kitapun tersenyum juga dan mungkin berasakan bahawa orang tersebut peramah dan baik orangnya. Namun, kita tidak pula sedar bahawa orang itu tersenyum bukan kerana keramahannya kepada kita. Orang itu tersenyum kerana TERNAMPAK sesuatu yang pelik dan memalukan berlaku ke atas diri kita. Mungkin ada hingus hijau melekat di pipi kita. Mungkin zip seluar kita terbuka. Mungkin ada tulisan pen tertera di muka kita. Mungkin ada gam melekat di seluar kita. Mungkin pakaian kita terbalik. Mungkin butang baju kita tidak diletakkan di lubang yang sepatutnya. 

Berbagai kemungkinan lagi yang biasa berlaku dalam hidup kita. Siapa tahu mungkin kejadian-kejadian seperti ini pernah berlaku ke atas diri kita. Dan biasanya, kita hanya menyedari hal-hal sebegini apabila kita sampai di rumah atau di pejabat kita. Kita hanya akan sedar apabila isteri atau anak menegur kita. Di pejabat pula, kita hanya akan sedar hal tersebut apabila ditegur oleh staf atau rakan sewajat kita. 

ERAKITA mengajak anda semua untuk merenung kisah di atas. Kalau belum pernah berlaku ke atas diri kita, mungkinkah situasi di atas bakal berlaku ke atas diri kita satu masa nanti. Samada berlaku dalam bas, dalam keretapi, komuter, LRT Putra, LRT STAR, ERL dan lain-lain lagi jenama yang seumpama dengannya. Siapa tahu..! Sambil bergurau, ada baiknya juga kita menyelitkan perkara-perkara positif dalam gurauan tersebut. Jika ini berlaku, nescaya harmoni hidup kita dari tekanan-tekanan dalam kehidupan.

 

ADA KETIKANYA PERASAN SORANG-SORANG  MEMAKAN DIRI SENDIRI

 

 

Advertisements

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 8 Oktober 2009, in KELUARGA, RENUNGAN. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. asalamualikum..apa khabar? masih di seberang tanah air? tahniah..sesungguhnya kita perlukan ikon seperti tuan erakita. Satu perjuangan yang seharusnya di jadikan penjana semangat kepada ibubapa seperti saya agar meletakkan pendidikan satu set kehidupan yang boleh merubah pemikiran dan cara hidup. Tq melawat blog etuza…salam fillah..

    • Wa’alaykum salam wbt.

      Etuza yang dihormati. Saya masih lagi di UIAM Gombak ketika ini untuk meneruskan pencarian ilmu yang nampaknya tidak pernah ada penamatnya. Makin dicari makin terasa betapa ilmu yang kita ada ini terlalu sedikit. Malah baharulah kita sedar betapa banyaknya ilmu yang kita tidak ketahui selama ini. Betapa kerdilnya kita di sisi Allah. Betapa faqirnya kita di sisi Allah.

      Terimakasih ETUZA atas kata-kata indah di atas. Semoga ia menjadi inspirasi kepada kita semua untuk terus mencari dan mencari sebanyak mungkin ilmu yang Allah sediakan di alam ini.

      Wassalam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: