JANGAN TERLALU BAIK KETIKA MEMANDU KERETA DI KL: BENARKAH BEGITU?

MEMANDU DI KL

Pengalaman pertama kali memandu kereta baru jenis MIVY 1.3 di Bandaraya Kosmopolitan seperti KL sukar dilupakan. Ketika diminta oleh salah seorang anggota keluarga ERAKITA, Nurjannah bte Hj. Adenan untuk memandu kereta barunya dari Pantai Dalam KL ke Shah Alam, perasaan penulis begitu berdebar-debar. Walaupun telah memiliki lesen memandu sejak tahun 1996, namun pengalaman memandu kereta samada jenis auto atau manual berbelas tahun di Sabah tidak membantu untuk meyakinkan penulis. Anggota keluarga lain yang kebetulan tinggal di KL seperti Arsin dan isterinya, Jila turut serta menaiki kereta tersebut tidak kosong dengan dorongan dan kata-kata peransang kepada penulis. 

Di samping tidak arif laluan yang akan digunakan, penulis juga tidak mempunyai keyakinan sama sekali untuk memandu. Lebih membimbangkan, suasana kesesakan kenderaan dari sekecil-kecil seperti motorsikal hinggalah lori-lori besar yang lazimnya memenuhi setiap lorong yang banyak di jalan raya merunsingkan fikiran penulis. Penolakan penulis akhirnya gagal berjaya apabila penulis ditenangkan dan diberi suntikan semangat untuk mencuba terlebih dahulu. Beberapa kata peransang buat pembakar semangat dari mereka akhirnya melenyapkan sama sekali perasaan cemas dan gementar itu. Satu tips atau petua yang dilontarkan mereka yang penulis tidak akan lupa ialah “JANGAN TERLALU BAIK KETIKA MEMANDU DI KL”.

 Bila memikirkan kata-kata ini, penulis dapati bahawa maksud sebenarnya adalah untuk kebaikan. Jangan terlalu baik maknanya, janganlah terlalu berlembut atau memberikan peluang kepada pemandu lain untuk memotong, mendahului kita, atau memberi laluan atau mendahulukan pemandu lain sehingga akhirnya kita sendiri terlepas peluang untuk masuk ke lorong yang sepatutnya. Untuk memasuki simpang tertentu, kedudukan kereta kita mestilah berada di lorong yang betul sekurang-kurangnya dalam jarak 100-200 meter untuk mengelak berlakunya kemalangan. Jika perlu, isyarat menggunakan tangan ketika hendak memasuki lorong lain hendaklah digunakan agar diberi laluan pemandu lain. 

Laluan banyak dalam sebuah jalanraya akan menyukarkan kita memasuki ke lorong sepatutnya bila tiba masanya sekiranya kita berada di lorong yang jauh. Suasana jalanraya di sekitar KL menyaksikan betapa kenderaannya begitu sesak, rapat jaraknya dan berlapis-lapis memenuhi setiap lane atau laluan. Memandu di KL memerlukan keberanian dan keyakinan tinggi ketika memintas kereta lain dengan syarat kita menggunakan lampu isyarat. Ada kalanya kita terpaksa masuk ke lorong lain dan terpaksa berhadapan dengan risiko kemalangan dalam keadaan kenderaan terlalu rapat dan sesak. 

Seorang pemandu teksi KL yang ditemui memberitahu bahawa ketika berpindah ke lorong lain, pemandu hendaklah berhati-hati dengan kehadiran motorsikal dari arah belakang secara tiba-tiba. Kemunculan motorsikal secara tiba-tiba dari arah belakang dan bergerak terlalu hampir dengan kereta kita boleh menyebabkan kemalangan jika tidak berhati-hati. Malah ketika memandu kereta di sekitar Bandaraya KL beberapa hari lalu, kereta yang digunakan penulis cermin sisinya digesel beberapa kali oleh pemandu motorsikal dari arah belakang. 

Lebih mencemaskan apabila tersalah masuk ke lorong PARKING di bawah bangunan pencakar langit seperti KLCC. Kesilapan penulis masuk ke bahagian season parkingcukup mencabar apabila terpaksa berundur ke belakang dalam keadaan kereta lain berada di belakang untuk keluar ke kawasan parking orang awam. Hanya Allah sahaja yang mengetahui bagaimana perasaan penulis ketika itu. Satu perkara yang penulis nampak ialah tidak kurang ramainya pemandu kereta di KL yang memotong kenderaan lain dalam keadaan bersesak-sesak dan terlalu rapat tanpa menggunakan lampu isyarat. 

Tips yang diberikan itu benar-benar menjadi senjata yang berkesan dan ampuh. Perjalanan ke Shah Alam pada 16hb. Ogos 2009 (sabtu) itu begitu lancar walaupun kenderaan sesak di lebuh raya dan di jalan-jalan kecil. Akhirnya penulis dapat memahami maksud tips di atas. Ungkapan “JANGAN TERLALU BAIK KETIKA MEMANDU DI KL” yang kelihatannya bemaksud negatif andai dibaca secara literal itu bukanlah menyuruh kita melakukan tindakan tidak bertanggunjawap atau melanggar undang-undang jalan raya. Bukan begitu maksudnya. Ia hanyalah ingatan agar kita lebih bersikap berpada-pada apabila membuat kebaikan kepada orang lain. 

Janganlah kerana kita nak berbuat kebaikan kepada orang, kebajikan diri sendiri terabai sehingga mengundang mudarat. Satu kaedah dalam Islam yang menganjurkan sikap berpada-pada dalam satu tindakan seperti “TIDAK MEMUDARATKAN DAN TIDAK DIMUDARATKAN” jika difahami maksudnya mampu memberi kemudahan kepada kita. Bagi penulis, apa yang penting ialah kita selamat sampai ke distinasi masing-masing tanpa menyebabkan kemudaratan kepada diri sendiri dan juga orang lain.

  

SELAMAT MEMANDU DENGAN YAKIN DAN SELAMAT DI KL

 Gambar-gambar di bawah menjelaskan dengan sendirinya bagaimana suasana jalanraya di KL.

memang mencabar terutama dalam suasana hujan
memang mencabar terutama dalam suasana hujan
sebahagian suasana sesak jalanraya di sekitar KL
sebahagian suasana sesak jalanraya di sekitar KL
suasana mencabar ketika memandu di KL
suasana mencabar ketika memandu di KL
sebahagian gambaran jalanraya di ibu kota
sebahagian gambaran jalanraya di ibu kota
sebahagian dari gambaran sesak di KL
sebahagian dari gambaran sesak di KL
Laluan di hadapan Dataran Merdeka dalam keadaan tenang. Jalan ini biasanya ditutup untuk acara-acara rasmi negara seperti Sambutan Hari Kemerdekaan. Bagi tahun 2009, acara rasmi Hari Kemerdekaan diadakan di Perkarangan Bangunan Parlimen.
Laluan di hadapan Dataran Merdeka dalam keadaan tenang. Jalan ini biasanya ditutup untuk acara-acara rasmi negara seperti Sambutan Hari Kemerdekaan. Bagi tahun 2009, acara rasmi Hari Kemerdekaan diadakan di Perkarangan Bangunan Parlimen.

 

 

 

 

Advertisements

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 31 Ogos 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. Salam….Ya betul. Kena jadi raja kat jalanraya KL, JB, dan banyak lagi jalan bandar kat semananjung. Kawan ambil lesen memandu kat JB dan dah terbiasa bersesak2 atas jalan. ala bisa tegal biasa. Nak2 diwaktu puncak… Kawan jadi raja atas jalanraya, rupanya ada lagi KING daripada kawan. Dan ada lagi KING yang KING daripada KING…..Mat motor tak usah ceritalah.Jalanraya dia yang empunya.
    Sesekali balik negri, terasa kawan jadi RAJA KING pula kat jalanraya disana….nak2 kat jalanraya Pekan Tambunan….alahai pemandunya sopan santun. Jadinya kawan ikut resam setempatla jawabnya.
    Wasallam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: