TAHNIAH! KONVOKESYEN PTPL (KOTA KINABALU) KE-10, 2009

 

INILAH KEJAYAAN..YES!

Tahniah kerana berjaya menamatkan pengajian di peringkat Diploma dalam bidang Teknologi Makmal Perubatan. Itulah yang dapat ERAKITA ucapkan kepada Aisyah bte Rusli dan rakan-rakannya atas kejayaan tersebut. Majlis konvokesyen PTPL cawangan Kota Kinabalu Sabah kali ke-10 itu diadakan di Hotel Star Tanjung Aru, Kota Kinabalu, salah sebuah hotel bertaraf antarabangsa dan terkenal di Sabah pada 11hb. Julai 2009. 

Sijil-sijil Diploma disampaikan oleh YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa bin Aman. Turut hadir ialah Yg. Berbahagia Datuk Wira Mohd Shukri Abdul Yajid, Presiden Management Science University Malaysia (MSU). 

Majlis yang bersejarah itu menyaksikan lebih dari 300 pelajar PTPL menerima Diploma dalam tiga bidang pengkhususan iaitu Diploma Pengurusan, Diploma Teknologi Makmal Perubatan dan Diploma Teknologi Maklumat. Majlis yang bermula sejak jam 9.00am itu berakhir dengan jayanya pada jam 3.00pm. 

Turut hadir mengiringi Aisyah ialah anggota keluarga ERAKITA iaitu Ibu Hj Assnah Dulah dan bapa kandung Aisyah, En. Rusli. Pengajian Aisyah di PTPL bermula dari sejak Jun 2006 dan tamat pada Mac 2009. 

Perjuangan untuk mencari llmu tidak terhenti setakat itu. Kini, dengan semangat yang kental, Aisyah terus melangkah ke hadapan apabila mendaftar sebagai pelajar di Management Science University Malaysia (MSU), salah sebuah Pusat Pengajian Tinggi di Shah Alam, Selangor. Beliau kini mengambil jurusan yang baru iaitu Bachelor in Food Service and Technology.

 ERAKITA sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Aisyah Rusli dan rakan-rakannya. Teruskan perjuangan untuk untuk sampai ke tahap yang lebih tinggi.

 Beberapa gambar menarik sempena Majlis Konvokesyen tersebut sempat dirakamkan untuk tatapan anda.

 

Detik-detik ceria terakhir sebelum melangkah ke pentas menerima skroll
Detik-detik ceria terakhir sebelum melangkah ke pentas menerima skroll
Aisyah (kanan) bersama rakan seperjuangan. Tahniah!
Aisyah (kanan) bersama rakan seperjuangan. Tahniah!
Wajah kegembiraan
Wajah kegembiraan
pose istimewa para graduan
pose istimewa para graduan
tahniah! tahniah!
tahniah! tahniah!
Bersama kawan-kawan seperjuangan. lepas ni, tambahkan lagi skroll!
Bersama kawan-kawan seperjuangan. lepas ni, tambahkan lagi skroll!
Ini baru permulaan. Inisyaallah, ada lagi lepas ni
Ini baru permulaan. Inisyaallah, ada lagi lepas ni
wajah-wajah keceriaan
wajah-wajah keceriaan
pose istimewa
pose istimewa
Dan akhirnya..
Dan akhirnya..

 

TAHNIAH KEPADA PARA GRADUAN PTPL KOTA KINABALU! TERUSKAN LANGKAH KE MENARA GADING YANG LEBIH TINGGI.

 

Advertisements

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 24 Ogos 2009, in UCAPAN. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. alamak..comek plakk.hahahahahahhahahaha…wat owg suspen jak smlm…tapi paling syok n sdap dtengok bkn bdk bdua 2….kek tu yang sodappp…..apa pun tahniah syesa….muaxxxx

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: