TRAGEDI NATRAH – MEMILUKAN

Majalah Al Islam keluaran September 2009 memaparkan kisah sedih Natrah

Majalah Al Islam keluaran September 2009 memaparkan kisah sedih Natrah

Gambar yang dimuatkan dalam Majallah Al Islam memaparkan hubungan erat Natrah dan Che Aminah. Di sebelah kanan menunjukkan umat Islam berhimpun untuk menunjukkan kemarahan atas apa yang terjadi ke atas Natrah

Gambar yang dimuatkan dalam Majallah Al Islam memaparkan hubungan erat Natrah dan Che Aminah. Di sebelah kanan menunjukkan umat Islam berhimpun untuk menunjukkan kemarahan atas apa yang terjadi ke atas Natrah

kesudahannya.. lihat dan renungkanlah..

kesudahannya.. lihat dan renungkanlah..

 

TRAGEDI NATRAH YANG TRAGIS

Keluaran Majalah Islam kontemporari, AL ISLAM untuk bulan September 2009 benar-benar menarik perhatian ERAKITA untuk berkongsi maklumat dengan anda semua. Melalui muka depannya, majalah tersebut memaparkan tajuk “KE MANA HILANGNYA SEMANGAT NATRAH?. Pelajar dan pengamal undang-undang di negara ini tidak akan sukar untuk mengenali siapa Natrah dan apakah yang menarik dalam kes Natrah kerana tragedi Natrah boleh dirujuk dalam kes Mahkamah yang diterbitkan dalam Malayan Law Jurnal (MLJ) sekitar 1950-an. 

Malah kehadirannya ke Kemaman, Terengganu untuk bertemu adik beradik angkatnya, Kamariah, sehari sebelum umat menyambut Hari Raya Idul Fitri tahun 1998 telah mendapat perhatian orang ramai. Kematiannya pada 9 Julai 2009 di Belanda yang baru lalu juga turut mendapat perhatian apabila disiarkan dalam media massa tempatan. 

Apa sebenarnya yang menarik di sebalik kisah NATRAH ini?. Ringkasnya, sekurang-kurang ada 2 perkara penting dalam tragedi Natrah ini sehingga ianya dikenang dan diingati sehingga hari ini. 

Pertamanya: Berlaku pertentangan undang-undang semasa perbicaraannya berjalan. Mahkamah Inggeris di Singapore memutuskan bahawa pernikahan Natrah yang dilangsungkan menurut undang-undang Islam adalah tidak sah dan batal (null and void). Ia terbatal kerana Undang-Undang Sivil atau Common Law Inggeris yang digunakan semasa perbicaraan kes itu mengatasi Undang-Undang Islam. Keduanya: Tercetusnya rusuhan di kalangan orang Islam kerana tidak rela melihat Natrah dimurtadkan. Rusuhan tersebut telah menyaksikan kehilangan nyawa umat Islam yang ramai. 

Untuk tatapan anda, sukacita ERAKITA memaparkan semula catatan penting Majalah Al Islam pada muka surat 16 untuk mengetahui latar belakang tragedi Natrah seperti berikut:

 “Natrah @ Maria Huberdina Bertha Hertogh adalah anak Belanda yang menjadi anak angkat kepada Che Aminah di Kemaman, Trengganu pada zaman penjajah Inggeris (1947-1950). Natrah berusia 13 tahun ketika muslihat penjajah meminta ibu angkatnya Che Aminah datang ke Singapore untuk dibicarakan di bawah undang-undang Inggeris. Dalam perbicaraan pertama, Mahkamah memutuskan bahawa Che Aminah masih terus dapat mengekalkan hak jagaan Natrah. Malangnya, dalam perbicaraan kali kedua, kepuusan Mahkamah telah menyebabkan Natrah berpindah hak jagaan daripada Che Aminah kepada bapa kandung Natrah iaitu Hertogh. Ini kerana pernikahan Natrah dengan Mansor Adabi dianggap perkahwinan di bawah umur dan tidak sah mengikut undang-undang sivil Inggeris.  

Perbicaraan Natrah telah menarik perhatian seluruh dunia. Perbicaraan Mahkamah tersebut membawa erti pertembungan agama antara Islam dan Kristian, pertembungan politik antara yang dijajah dengan penjajah dan pertembungan budaya antara Timur dan Barat.  Orang-orang Melayu boleh sabar dengan keputusan Mahkamah, tetapi provokasi akhbar Inggeris (Straits Times) berhari-hari sebelum itu yang mengatakan bahawa Natrah melutut pada patung virgin Mary menyebabkan orang Melayu berasa agama mereka dihina, lalu bangkit merusuh di Singapore. 

Seramai 18 orang meninggal, 173 orang cedera dan berpuluh-puluh lagi dipenjarakan. Singapore mengistiharkan darurat 2 hari 2 malam dan Natrah dilarikan ke Belanda.  Penjajah terkejut dan seluruh dunia tergamam. Mereka mula hormat terhadap keberanian dan pengorbanan orang Melayu. Tragedi ini tetap dikenang sebagai sejarah keberanian orang Melayu yang bangkit membela agama dan menentang penjajah”.

 Demikianlah antara intisari penting yang dipetik dari Majalah tersebut untuk tatapan anda semua. ERAKITA sukacita menyarankan agar anda mendapatkan naskhah Majalah AL ISLAM keluaran September 2009 untuk mengetahui lebih lanjut dan terperinci mengenai TRAGEDI sadis dan pilu ke atas insan bernama NATRAH ini. 

Kisah ini boleh mengingatkan minda kita kepada apa yang berlaku ke atas umat Islam di Malaysia hari ini. Kisah bagaimana umat Islam memberi respon kepada isu murtad ketika 60 tahun yang lampau dapat dilihat perbezaannya yang begitu ketara bila dibandingkan bagaimana umat Islam menangani isu murtad pada hari ini, khususnya di Malaysia. 

Sama-sama kita fikirkan dan selamat membaca.

Advertisements

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 23 Ogos 2009, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. Walaupun semasa tragedi ini saya belum lagi dilahirkan didunia ini… tetapi apabila saya membaca sejarahnya amat menyentuh hati saya kepada insan-insan yang berada disekeliling Natrah..termasuk Natrah sendiri.Marilah kita semua umat Islam memohon kepada allah yang maha adil dan penyayang agar diampuni natrah kerana tekanan yang dihadapinya. kita sedia maklum dalam usia 13 tahun lekatnya agama mudah rapuh apatah lagi dikelilingi dengan suasana kristian di Belanda. Marilah kita memanjat doa kepada allah yang maha Esa agar mengampuni natrah.. InsyaAllah.Sebenarnya peristiwa iniada hikmatnya yang Allah sahaja yang Maha mengetahui.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: