MENANTI SAAT BAHAGIA

Anak-anak yang comel turut memeriahkan majlis.

Anak-anak yang comel turut memeriahkan majlis.

Eja dan ahli keluarga selepas majlis pertunangan selesai
Eja dan ahli keluarga selepas majlis pertunangan selesai
Kegembiraan terserlah selepas termeterinya ikatan pertunangan

Kegembiraan terserlah selepas termeterinya ikatan pertunangan

Keriangan anak-anak keluarga ERAKITA sebaik majlis pertunangan selesai. Lihatlah wajah-wajah mereka yang ceria.

Keriangan anak-anak keluarga ERAKITA sebaik majlis pertunangan selesai. Lihatlah wajah-wajah mereka yang ceria.

Memang comel! Nur Syakirah bte Ahadin memberikan pose menarik di majlis itu.

Memang comel! Nur Syakirah bte Ahadin memberikan pose menarik di majlis itu.

 
 

SELEPAS BERTUNANG, KINI MENANTI DETIK BAHAGIA

 
11hb. Julai 2009 (Sabtu) yang lepas telah terpahat sebagai tarikh keramat bagi pasangan Eja atau nama penuhnya Elzahwati bte Hj Mohd Elham dan Abdul Mutalib @ Ismaeal bin Hj. Aris dari Muar Johor apabila mereka mengikat tali pertunangan di rumah kediaman keluarga Eja di Kg. Butong, Jln Komplek Sukan, Kota Belud. Eja yang kini berumur 26 tahun, merupakan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang Pendidikan Sekolah Rendah manakala Ismael, 28, adalah lulusan dari Universiti Malaya Ketika ini, pasangan ini merupakan warga pendidik di Sekolah Kebangsaan Cenderawasih Lahad Datu. Eja merupakan anggota keluarga ERAKITA. Majlis pertunangan yang ringkas itu berjalan begitu lancar sepertimana dirancang.
Majlis yang berlangsung tidak sampai 30 minit itu diserikan dengan beberapa pantun yang dituturkan oleh Tuan Hj. Jaafar bin Yunus selaku wakil khas bagi pihak lelaki. Pantun tersebut begitu indah susunannya dan berunsur kata-kata nasihat dan peringatan kepada pasangan yang baru bertunang agar menjaga dan memelihara ikatan pertunangan itu sesuai adat, tatasusila dan agama.
Bagi ERAKITA, inilah majlis pertunangan yang paling singkat dan lancar pernah kami saksikan. Tahniah kepada Tuan Hj. Jaafar bin Yunus yang biasa dipanggil Pakcik Jaafar kerana banyak memainkan peranan untuk memastikan majlis tersebut berjalan lancar. Bagi pasangan ini, 25hb. September 2009 merupakan saat yang ditunggu-tunggu. Kebetulan pula, tarikh tersebut berada di tengah-tengah kehangatan umat Islam menyambut Hari Raya pada minggu pertama bulan Syawal. Tarikh bersejarah itu bakal menyatukan pasangan ini untuk menjadi suami isteri yang sah. Dijangkakan, majlis perkahwinan itu nanti akan bertambah menarik dan berseri dengan kehadiran rombongan keluarga Ismael dari Johor.
ERAKITA mengajak anda semua supaya mendoakan agar pasangan ini berjaya melangkah ke alam baru dengan lancar dan teratur. Paling penting, semoga pasangan ini nanti menjadi pasangan bahagia di dunia dan di akhirat. Beberapa gambar yang sempat diambil semasa majlis pertunangan tersebut dipaparkan untuk tontonan anda semua.
ERAKITA mengucapkan selamat menjalani bulan Ramadhan, selamat menjalani liku-liku pertunangan dan melangkah ke destinasi perkahwinan.
Gandingan Bakal menantu & Ayah Mertua. Ini satu permulaan baik. Ngamlah tu!

Gandingan Bakal menantu & Ayah Mertua. Ini satu permulaan baik. Ngamlah tu!

 

Anak-beranak: Ibu (kiri), Along (tengah) dan Eja (kiri)

Anak-beranak: Ibu (kiri), Along (tengah) dan Eja (kiri)

 

Bakal menantu, Ismael (kiri), Hj Jaafar yunus (tengah) dan Hj Adenan Mohd Yussuf (kakan) sedang berdoa selepas termeteri ikatan pertunangan

Bakal menantu, Ismael (kiri), Hj Jaafar yunus (tengah) dan Hj Adenan Mohd Yussuf (kanan) sedang berdoa selepas termeteri ikatan pertunangan

 

barang hantaran tersusun indah menyerlahkan keceriaan majlis

barang hantaran tersusun indah menyerlahkan keceriaan majlis

 

Hiasan daun sireh yang indah
Hiasan daun sireh yang indah

 

Wang hantaran Pertunangan tersusun indah

Wang hantaran Pertunangan tersusun indah

 Kuih Wajit yang manis. Memang enak rasanya.

Advertisements

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 22 Ogos 2009, in MAJLIS, UCAPAN. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. bah sama2 kita berkumpul… 25 hb nanti key….
    abg adin jom berbuka d umah KL

  2. Insyaalah. Tq

  3. mesti syok kamu ramai2 sana……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: