MEMPERKENALKAN.. INILAH “ERA KITA”

 
ERA KITA mempersembahkan..

ERA KITA mempersembahkan..

 

SALAM PERKENALAN

Assalamu ‘alaykum wbt dan salam sejahtera semua.

Kami dengan sukacita memperkenalkan kepada anda blog terbaru kami yang kami beri nama ERA KITA dan boleh dilayari di https://erakita.wordpress.com. Nama ERA KITA dipilih sebagai nama blog ini memandangkan perkataan ini mudah disebut dan mempunyai makna tersendiri. Ia adalah gabungan dari dua perkataan iaitu ”ERA” dan ”KITA”. Era bermakna zaman, masa atau waktu. Sesuai dengan zaman sekarang, ledakan maklumat begitu dirasai. Ia kini boleh diperolehi di hujung jari. Kita ditakdirkan hidup dalam era teknologi maklumat yang begitu canggih. Inilah era di mana dunia kini dikatakan tiada sempadan.

Seiring dengan itu, kami merasakan bahawa era ini mesti ditempuh dan diharung menurut keadaan dan kesesuaiannya. Melalui ERA KITA, kami amat berbangga untuk berkongsi dengan anda sebarang maklumat yang boleh mendatangkan manfaat bersama. Berkongsi maklumat bermakna berkongsi ilmu. Masyarakat yang berilmu dapat membina tamadun manusia ke tahap yang lebih tinggi dan kukuh. Maklumat pula tidak akan dihadkan kepada bidang tertentu. Namun, segala maklumat yang bakal dihidangkan akan mengambilkira sensiviti agama, peribadi atau moral.

Akhir kata, kami mengucapkan selamat berkunjung ke ERA KITA. Sokongan anda semua amat kami hargai. Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang teguran membina andai terdapat kelemahan atau kekurangan dalam persembahan kami nanti.

Selamat berkunjung ke https://erakita.wordpress.com.

 

“ERA KITA : PERKONGSIAN MAKLUMAT MASA KINI”

Terimakasih.

Advertisements

About ERAKITA

TERUSKAN LANGKAH USAH BERHENTI

Posted on 19 Ogos 2009, in UCAPAN. Bookmark the permalink. 12 Komen.

  1. blog yang tuan arif terbitkan sungguh bermaklumat dan boleh menjadi renungan dan menambah ilmu dari segi perundangan.semoga tuan arif dapat meneruskan blog ini dengan isu-isu yang menarik.

  2. Salam kak Dijah.

    Gambar Kak Dijah di atas (bertudung di kanan sekali) tu pun sudah jadi pendorong untuk ERAKITA berdiri dan meneruskan langkah ke hadapan. Sebarkanlah kelahiran ERAKITA ni kepada rakan-rakan kakak di Institute Perguruan Gaya sana. Jgn lupa ziarah keluarga Salleh dan buat apa yang “patut” sebagaimana dibincangkan sebelumnya ya. Salam Ramadhan dan jumpa di Putatan pada 999 insyaa Allah.

    Terimakasih.

  3. Asalamualikum..tuan arif,semoga kita semua dilindungi Oleh Allah. Tahniah atas peghasilan blog yang sangat bermanafaat kepada masyarakat. Selamat bepuasa..maaf zahir batin.

  4. Assalammualaikum wbt…ehemmm….mcm kenal je.Tahniah diatas blog yg dihasilkan.satu permulaan yg baik.topik pun menarik,dan yg paling menarik dapat tgk wajah terbaru syakira..makin cute.Teruskan usaha..Selamat Menyambut bulan mulia Ramadhan.

    • Wa ‘alaykum salam wbt.

      Terimkasih atas ucapan tahniah. Bagus juga ahli keluarga ERAKITA sama-sama menyokong usaha ini. Syakirah memang comel dan hari-hari kena “cubit” mukanya yg cute. Adiknya lagi cute cuma gambar besarnya belum dipaparkan. Insyaa Allah, ada kesempatan akan terpapar juga nanti. Rajin2lah lawat blog ni. Insyaa Allah, banyak lagi info yang “dijangka menarik dan bermanfaat” dari masa ke semasa.

      Salam Ramadhan.

      Terimakasih.

  5. assalamualaikum , Alhamdulillah akhirnya muncul juga blog yang dinanti-nantikan semua.mudahahan segala pengisian yang tedapat dalam blog ini mampu memberi input yang berguna kepada kita semua.sekalung tahniah , Tuan arif…… Teruskan perjuangan….

  6. Wa’alaykum salam.

    Thanks atas ucapan itu. ERAKITA mengharapkan segala input yang bakal dihidangkan dalam blog ini benar-benar memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang dahagakan ilmu dan maklumat.

    Terimakasih Ibnu Ariffin. ERAKITA mengajak anda untuk bersama-sama menyebarkan ilmu dan maklumat dengan menyebarkan kewujudan blog ini kepada sesiapa sahaja.

    Thanks & Wassalam

  7. Assalamualkikom…
    Terlebih dahulu diucapkan tahniah diatas idea2 saudara yang bernas, moga ianya dapat diteruskan insyaallah..

    isu kartina masih belum selesai.. namun kupasan idea saudara telah banyak memberi input dan kesedaran kepada kita semua…

    teruskan perjuangan

    syukran..

    • Wa’alaykum salam wbt.

      Terimakasih atas ucapan tersebut. ERAKITA mengalu2kan pandangan dan komentari dari anda semua. ERAKITA mengalu2kan kunjungan saudara PETANI MODEN ke rumah ini. Insyaa Allah, ERAKITA akan menyediakan bahan-bahan makanan minda yang terbaik dan berkualiti dari semasa ke semasa.

      Selamat berkunjung ke rumah ERAKITA. Buatlah macam rumah sendiri ya..

      Wassalam, TQ

  8. udui gundahing

    assalamualikom dan salam 1 malaysia,

    Ramadhan dan berlalu, namun pelaksanaan hukuman terhadap kartika yang kita nanti2kan belum ada bayang…namun timbul balik kata2 drp ngo bhw hukuman itu zalim…..udui ingin memetik dan copy paste kata2 erakita ” mereka ini NGO menuntut hak kesamaan dlm semua perkara” tapi sedihnya bila sampai kepada hukuman.. iaya zalim…apa punya manusialah..

    udui tertanya2…apa juga yang SIS ini mahu….apa pandangan erakita yg seikhlas2ya ini SIS ba.. byk betul dia buat komen yg advance tapi nampak ada gipan disebalik batu…
    cuba lah diorg masuk kg utk berdakwah… baru tau tinggi rendah itu langit…

  9. Wa’alaykum salam wbt dan salam 1 Malaysia,

    Kenyataan demi kenyataan secara terbuka SIS dan rakan-rakan JAG (Joint Action Group) dari hari ke hari semakin lantang. Sebagai seorang Muslim, kita merasa seram juga bila membaca kenyataan mereka yang ada kalanya menjangkau isu sensetif melibatkan aqidah dan hukum hakam Islam.

    Kenyataan media SIS pada 30 September 2009 baru-baru ini benar-benar berani dan lantang mendesak kerajaan untuk memansuhkan terus undang2 yang memperuntukkan sebat ke atas wanita.

    Insyaa Allah, jika diizinkan Allah, ERAKITA akan membuat sedikit ulasan mengenainya dalam blog ERAKITA dalam jangkamasa terdekat.

    Terimakasih,

    Wassalam

  10. udui gundahing

    erakita,
    Baru-baru ini JAG dan SIS dalam laporan sebuah akhbar menyifatkan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi sebagai kejam, mencabuli hak manusia antarabangsa dan menjatuhkan maruah seseorang.
    manakala respond daripada Ngo ; Sebanyak 14 badan bukan kerajaan (NGO) Islam menyelar Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) dan Sisters In Islam (SIS) berhubung kenyataan dua badan itu yang menganggap hukuman ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor sebagai kejam. Si Udui tertanya2 juga, mana pegi pihak2 berwajib yang lain yg sepatutnya menangani isu ini….
    Persoalannya.ISA juga dikata mencabuli hak manusia antarabangsa dan begitu juga dengan hukuman mati ke atas pengedar dadah…. tetapi mereka ini JAG dan SIS dimana???? kita baru juga merayakan hari kemerdekaan… namun setelah berpuluh2 tahun kita merdeka….haruskan kita masih mengikuti telunjuk golongan tersebut semata2 takut dengan bantahan antarabangsa…
    Apakah kita takut melaksanakan/menguatkuasakan undang2 yang kita sendiri luluskan setelah melalui pelbagai perbahasan….

    wallahu’ a’lam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: