BLOG ERAKITA

"Perkongsian Maklumat Masa Kini"

DOA KITA UNTUK PEMIMPIN DAN NEGARA

Posted by ERAKITA di 1 Oktober 2012

DOA KITA UNTUK PEMIMPIN DAN NEGARA

1 Oktober 2012

Bahang Pilihanraya Umum ke 13 semakin terasa. Media massa baik surat khabar, televesyen mahupun internate sentiasa menyajikan cerita mengenai politik. Kelihatannya semua pihak yang terlibat masing-masing berusaha menonjolkan diri bagi meraih hati rakyat. Sebagai negara pengamal demokrasi, suara rakyat menjadi penentu kepada siapakah negara ini dipimpin. Parti mana dan pemimpin mana yang nak memerintah, semuanya terletak di tangan rakyat. Untuk meraih perhatian, kepercayaan dan keyakinan rakyat, pihak lawan wajib dijatuhkan walau dengan apa cara sekalipun. Walau terpaksa memalukan dan mengaibkan pihak lawan. Walau terpaksa memijak dan memadamkan sama sekali apa saja kebaikan dan kelebihan pihak lawan. Inilah yang berlaku dalam dunia politik. Kelmarin jadi kawan, hari ini jadi lawan. Esok pula dah jadi kawan lagi. Dan, lusa jadi lawan semula. Kelmarin jadi musuh ketat, hari ini jadi kawan rapat. Inilah dunia politik yang sukar diramalkan. Kadang-kadang rakyat boleh keliru apa sebenarnya di sebalik ini semua.

Bagi ERAKITA, semuanya harus bermula dengan hati yang tulus dan suci untuk memulakan langkah perjuangan. Jika langkah dimulakan dengan niat kerana mencari redha Allah, inshaa Allah, hati akan diberi kekuatan untuk berjuang walau dilanda ombak tsunami. Semakin ditekan, semakin kuat dan tak akan mudah dipatahkan oleh musuh walau disuap dengan manisan madu, dihulur dengan wang berjuta ringgit dan lain-lain lagi pemberian berstatus durian runtuh!

Sementara kita terus berhadapan dengan pergolakan dan kepanasan politik tanahair, ada wajarnya kita harus meletakkan persepsi positif kepada pihak-pihak yang bakal bertanding dalam pilihan raya tersebut. Bagi ERAKITA, persepsi positif yang boleh diamalkan ialah meletakkan satu kepercayaan bahawa siapapun yang akan bertanding masing-masing mempunyai matlamat untuk menyumbangkan yang tebaik untuk negara. Rasanya, tidak keterlaluan andai dikatakan bahawa adalah tidak adil untuk mengatakan satu-satu pihak yang bertanding itu mempunyai hasrat dan perjuangan untuk menghancur dan “menjahanamkan” negara.

ERAKITA mempunyai impian dan cita-cita untuk melihat semua pihak yang bertanding dalam pilihanraya diberikan hak dan peluang sama rata untuk menzahirkan intipati perjuangan mereka kepada umum. Ruang ini boleh diberikan dalam kaca TV yang sudah tentunya mempunyai penonton yang dominan dari semua lapisan masyarakat. Jika perlu ada ruang perdebatan, jadikan ia satu program menarik dan mendebarkan. Biarlah para pendebat melontarkan pandangan, wawasan, pendapat, idea dan kemahiran bersendikan nilai intelek mereka. Biar rakyat menilai dan membebaskan minda mereka untuk menimbang dan seterusnya memilih calon dan parti yang dirasakan terbaik dari kalangan yang terbaik.

Dalam masa yang sama, peranan kita sebagai Muslim boleh dizahirkan dengan sentiasa mendoakan agar pilihanraya yang bakal dtempuh tak lama lagi akan menjadi pilihanraya yang aman, adilĀ  dan bersih dari segala penipuan, penyelewangan dan kekotoran. Para pemimpin negara pula harus didoakan agar sentiasa mendapat petunjuk dari Allah bagi melaksanakan amanah besar dalam pentadbiran negara. Doa ini wajar dibuat setiap hari kerana impaknya amat besar. Para pemimpin dari kalangan bukan Islam pula boleh didoakan agar mereka diberi hidayah untuk memeluk Islam atau sekurang-kurangnya menerima Islam sebagai cara hidup di samping menerimapakai nilai-nilai universal Islam dalam pentadbiran negara.

Amalan mendoakan petunjuk Allah untuk para pemimpin negara sesungguhnya penting. Ini kerana, pemimpin yang adil dan mendapat petunjuk dari Allah dalam menjalankan pentadbirannya sudah tentu memberikan kesan terbaik yang amat besar nilainya kepada rakyat dan negara. Negara yang dipimpin oleh orang-orang takutkan Allah, yang sentiasa merasakan kehadiran Allah di mana-mana dan melaksanakan keadilan adalah negara yang beruntung. Rakyat akan makmur dan beruntung di bawah pentadbiran negara yang beruntung itu.

Sekurang-kurangnya, kita punya peranan tersendiri dalam mencorakkan pemerintahan negara yang tercinta ini dengan mendoakan kepada Allah agar negara ini dikurniakan pemimpin beriman, telus, adil dan bijaksana. Agar pemimpin yang dilahirkan adalah yang terbaik dan sentiasa mendapat petunjuk Allah dalam pemerintahannya. Agar negara ini mendapat rahmat dan berkat dari Allah. Demikianlah sekadar perkongsian pandangan dari ERAKITA.

About these ads

3 Respons to “DOA KITA UNTUK PEMIMPIN DAN NEGARA”

  1. etuza berkata

    saya sekadar menjadi pemerhati saja, saya memilih jalan agar sentiasa bersyukur pada apa juga bentuk rezeki, semuanya itu atas dasar izinNya. Namun ini yg perlu, harus dan wajib diamalkan iaitu berdoa dan mendoakan apa yg baik demi untuk kedamaian Negara kita. mari berdoalah agar semua yg dinyatakan oleh erakita terkabul olehNya. amin.

    • ERAKITA berkata

      Terimakasih ETUZA. Amalan mendoakan kebaikan untuk orang lain amat berkesan mendidik jiwa agar sentiasa peka dan prihatin terhadap orang lain, jauh dari mementingkan diri sendiri. Dalam konteks kenegaraan, akan lahirlah jiwa yang suci di mana jiwa itu akan bertanya “apa yang telah saya sumbangkan kepada negara? dan bukannya “apa yang negara telah sumbangkan kepada saya?”

  2. Fatimah Jamil berkata

    Bagaimana pula dengan doa org yg teraniaya?Dia sudah melakukan kebaikan namun org yg dibantu ini seringkali membalasnya dengan kejahatan sehingga sampai ke tahap membahayakan nyawa. Apa komen Erakita.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: