BLOG ERAKITA

"Perkongsian Maklumat Masa Kini"

CERAI TANPA KEBENARAN MAHKAMAH: SATU KESALAHAN JENAYAH SYARIAH

Posted by ERAKITA di 15 April 2012

CERAI TANPA KEBENARAN MAHKAMAH: SATU KESALAHAN JENAYAH SYARIAH

15 April 2012

Menurut undang-undang keluarga Islam yang berkuat kuasa di setiap negeri, perceraian tidak boleh sewenang-wenangnya dilafazkan di luar mahkamah. Maknanya, bagaimanapun teruknya keadaan rumahtangga itu, pasangan berkenaan mestilah meminta kebenaran dari mahkamah syariah untuk melafazkan cerai.

Melafazkan cerai samada talaq 1 atau 2 atau 3 di luar mahkamah tanpa kebenaran adalah satu kesalahan jenayah syariah. Tidak kiralah samada lafaz cerai itu disebabkan oleh permintaan atau desakan dari isteri atau atas kehendak suami.

Jika suami sudah terlafaz cerai di rumah, di pejabat, di dalam kereta, atau di mana saja, asalkan tanpa kebenaran mahkamah, maka apa yang perlu dilakukan selepas itu ialah merujukkan hal tersebut di mahkamah syariah di mana pasangan tinggal atau bermastautin. Buat satu permohonan untuk memohon pengesahan samada lafaz cerai tersebut sah atau tidak.

Kedua pasangan mesti hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan mengenai lafaz tersebut. Mahkamah akan meneliti bentuk lafaz samada lafaz tersebut berbentuk soreh atau kinayah atau ta’liq. Jika sah, maka mahkamah akan mengesahkan bahawa talaq telah gugur, bilangan talaq yang gugur, tempoh isteri bereddah dan lain-lain hal yang bersangkutan dengan perceraian.

Ada sesetengah negeri yang tidak akan mendaftarkan perceraian itu di hadapan Pendaftar Pernikahan di Jabatan Agama Islam selagi pasangan tersebut tidak didakwa di Mahkamah Syariah. Sesetengah negeri pula tidak ada halangan untuk mendaftarkan perceraian tersebut samada telah didakwa atas kesalahan bercerai tanpa kebenaran mahkamah atau didakwa kemudian. Yang penting, pendaftaran perceraian dibuat dan pendakwaan akan dibuat kemudian.

Apa yang penting di sini adalah kesedaran umat Islam di negara ini  bahawa undang-undang tidak membenarkan pasangan bercerai tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada mahkamah syariah. Kebenaran ini perlu bagi memastikan masyarakat Islam tidak sewenang-wenangnya bercerai sesuka hati tanpa kawalan atau pemantauan.

Jika disabitkan bersalah, pasangan yang menceraikan isteri tanpa kebenaran mahkamah boleh dihukum denda tidak lebih dari RM1,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Sila lihat seksyen 125 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam untuk lebih jelas.

ENAKMEN 8 TAHUN 2004
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2004

BAHAGIAN IX – PENALTI


Seksyen 125. Perceraian di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah

“Jika seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dengan apa-apa bentuk di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah itu maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu”.

Justeru, jangan sampai terlalu ikutkan hati sehingga sewenang-wenangnya bercerai tanpa kebenaran mahkamah, pasangan tersebut akhirnya turun naik di mahkamah untuk menghadapi perbicaraan jenayah kerana bercerai tanpa kebenaran.

Dalam menghadapi kemelut rumahtangga, kesabaran amat penting dan tinggi harganya. Janganlah melafazkan cerai terburu-buru. Selain berlaku penyesalan, pasangan juga akhirnya mendapat status “penjenayah” di kemudian hari. Sebabnya hanya satu iaitu bercerai tanpa kebenaran mahkamah syariah.

Semoga tulisan ini ada manfaatnya buat semua. Sekian.

About these ads

173 Respons to “CERAI TANPA KEBENARAN MAHKAMAH: SATU KESALAHAN JENAYAH SYARIAH”

  1. azizah said

    siapa yg akan mengkuatkuasakan penalti ini . .
    biasanya pihak isteri akan mengfailkan pengesahan perceraian di makhamah. Hakim akan megesahkannya setelah terdapat bukti yg kukuh . . tetapi tidak pula diperintahkan pihak bekas suami untuk membayar denda yg berkaitan ?? Siapa yg akan mengkuatkuasakan penalti ini ??
    Kes ini berlaku dlm keluarga saya tetapi pihak bekas suami masih belum dikenakan penalti dan perceraian telah berlaku beberapa tahun yg lalu.,

    • ERAKITA said

      Assalamu’alaykum wbt.

      Terimakasih atas pertanyaan Saudari Azizah di atas. Kes perceraian adalah satu kes yang berasingan dengan kes jenayah syariah. Setelah didapati bahawa lafaz talaq sah dan perceraian disahkan telah berlaku di luar mahkamah tanpa kebenaran Mahkamah Syariah, maka satu perintah bertulis akan dikeluarkan oleh Mahkamah mengenai perceraian tersebut.

      Berhubung penalti kerana menceraikan isteri tanpa kebenaran mahkamah, perlu difahami bahawa penalti di sini adalah disebabkan adanya perlanggaran undang-undang. Ia satu kesalahan jenayah syariah. Apa yang perlu dilakukan ialah sesiapa saja yang mempunyai maklumat mengenai suatu kesalahan yang telah dilakukan boleh dan sepatutnya melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa agama.

      Aduan bertulis dikemukakan kepada Pegawai Penguatkuasa Agama di Jabatan Agama Islam Negeri di mana kesalahan itu dilakukan. Penguatkuasa Agama pula seterusnya membuat siasatan terhadap aduan berkenaan. Pihak-pihak berkaitan yang mempunyai maklumat mengenai aduan tersebut lazimnya akan dipanggil memberi keterangan bagi melengkapkan kertas siasatan.

      Setelah lengkap, kertas siasatan itu akan dikemukakan pula kepada Ketua Pendakwa Syarie Negeri untuk disemak dan diteliti. Jika siasatan lengkap, kes tersebut akan difailkan di Mahkamah untuk tujuan pendakwaan. Saman akan dikeluarkan oleh mahkamah ke atas Tertuduh. Tertuduh dalam konteks ini adalah suami. Bentuk pertuduhan adalah melakukan kesalahan jenayah syariah ketana menceraikan isteri tanpa kebenaran dari mahkamah syariah terlebih dahulu.

      Jika disabitkan salah, tertuduh samada akan dihukum denda atau penjara atau kedua-duanya sekali sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini.

      Semoga penjelasan ini ada manfaatnya untuk Saudari Azizah dan para tetamu ERAKITA sekalian. Wallahu a’lam.

  2. lia said

    A’ssalam..sy ingin thu jika suami melafazkan cerai melalui telefon dan ada saksi adakah dikenakn denda juga..bgaimana pula jika berjauhan,dan ingin menfailkan penceraian contohnye suami di kelantan isteri di terenggnu..pejabat agama yg mana perlu menfailkn p.ceraian.sekian Terima Kasih

  3. ani berkata said

    assalamualaikum. saya nak tanya,macamana pula kalau kes saya yang bernikah di thailand.tapi masih belum mendaftar,suami sudah pun menceraikan saya,jadi suami mahu lafaz cerai di thailand,apa hukumnya?

    • ERAKITA said

      Wa’alaykumussalam wbt.

      Terimakasih atas soalan Puan Aini di atas. Untuk makluman Puan, pasangan hanya dibenarkan bercerai atas kebenaran Mahkamah Syariah. Pembubaran pernikahan seperti fasakh, ta’liq dan lain-lain hanya boleh diputuskan di Mahkamah Syariah berdasarkan undang-undang keluarga Islam di setiap negeri di Malaysia.

      Untuk membolehkan perceraian tersebut dilaksanakan di Mahkamah, pemohon atau pasangan mestilah terlebih dahulu mengemukakan sijil nikah sebagai dokumen asas di Mahkamah. Tanpa sijil nikah, kes berkenaan tidak akan didaftarkan di Mahkamah. Sijil nikah pula hanya dapat dikeluarkan di Jabatan Agama Islam Negeri jika pernikahan pasangan telah disahkan. Bagi perkahwinan anda yang dilakukan di Thailand, ERAKITA nasihatkan agar suatu permohonan bagi mendaftarkan nikah tersebut mestilan dibuat di Jabatan Agama Islam. Jika didapati berlaku perlanggaran undang-undang negeri berkenaan, Pendaftar lazimnya akan meminta pasangan tersebut untuk mendapatkan pengesahan nikah di Mahkamah Syariah, Mahkamah akan meneliti samada nikah tersebut sah atau sebaliknya. Jika sah, nikah tersebut boleh didaftarkan di Jabatan Agama tertakluk kepada pendakwaan terhadap anda di Mahkamah Syariah terlebih dulu.

      Apa yang penting, sebelum adanya tuntutan perceraian, anda mestilah terlebih dahulu mengambil segala tindakan yang perlu. Daftarkan terlebih dahulu nikah anda. Setelah dapat sijil nikah, baharulah kemukakan permohonan cerai di Mahkamah Syariah. Ini proses yang tepat walaupun terpaksa mengambil masa yang agak panjang.

      Wallahu a’lam.

  4. shahrul fauzan said

    assalamualaikum

    adakah sah 1 penceraian itu jika isteri mengugut suami,jika tidak diceraikan maka isteri akan mencederakan diri/membunuh diri..suami pula dalam keadaan terpaksa,demi keselamatan isteri telah berkata “ok2,abg lepaskan syg hari ni”, tetapi dia tidak berniat sedemikian,dia hanya inginkan isterinya selamat.

    • ERAKITA said

      Wa’alaykumussalam wbt.

      Situasi di atas boleh berlaku pada mana-mana pasangan bila keadaan begitu tegang. Nafsu menguasai diri dan hilang kesabaran, hilang rasional. Kes di atas memperlihatkan isteri terlalu emosional. Dalam hukum syarak, tidak semua lafaz cerai yang soreh atau terang dari suami itu sah atau sabit mengugurkan talaq. Ini berlaku khususnya apabila lafaz tersebut dilakukan tanpa sedar seperti dalam tidur atau mabuk yang tidak disengajakan atau dalam keadaan terpaksa.

      Untuk menentukan samada lafaz di atas sabit gugur talaq, sebaiknya pasangan tersebut memohon pengesahan lafaz cerai tersebut di Mahkamah Syariah. Nyatakan keadaan yang sebenarnya. Elakkan dari menyembunyikan kejadian sebenar. Nyatakan kepada Hakim bahawa suami benar-benar dalam keadaan terpaksa ketika melafazkan talaq tersebut. Nyatakan kepada Hakim bahawa isteri telah membuat ugutan mencedera atau membunuh diri jika tidak diceraikan.

      Erakita sekali lagi menyarankan agar pasangan ini membuat permohonan bagi menentukan samada sah atau tidak lafaz tersebut di Mahkamah Syariah. Semoga ada manfaatnya jawapan ini. Wallaahu a’lam.

  5. zara said

    Assalamualaikum.
    Saya ingin mengetahui bagaimana perceraian di luar mahkamah melalui perkahwinan yang tidak di daftarkan di Malaysia. Lafaz cerai itu adalah jelas iaitu melalui panggilan telefon dan surat bertulis serta di tandatangani oleh suami dan saksi.

    • ERAKITA said

      Wa’alaykumussalam wbt.

      Antara dokumen asas yang diperlukan di mahkamah Syariah bagi mendapatkan perintah pengesahan cerai ialah sijil pernikahan yang sah. Sijil nikah tersebut adalah yang didaftarkan di negeri di mana pasangan tersebut bermastautin.

      Jika belum didaftarkan pernikahan tersebut sedangkan telah ada keperluan untuk mendapatkan kebenaran perceraian di Mahkamah, pasangan tersebut tidak ada jalan lain melainkan terpaksa mendaftarkan terlebih dahulu perkahwinan. Selepas didaftarkan, sijil nikah akan diperolehi dari Pendaftar Pernikahan di Jabatan Agama Islam Negeri. Sijil nikah tersebut perlu dikemukakan sebagai dokumen asas penting bagi permohonan pengesahan perceraian luar mahkamah atau sebarang permohonan lain seperti perintah nafkah isteri atau anak, penjagaan anak, pembahagian harta sepencarian dan lain-lain lagi.

      Hanya dengan adanya sijil nikah tersebut, baharulah pasangan tersebut boleh mengemukakan permohonan tersebut di Mahkamah. Semoga nasihat ini ada manfaatnya. Wallaahu a’lam.

  6. Nai said

    Assalamualaikum wbt..saya ingin bertanya,benarkah seorg suami yg melafaz talak di luar mahkamah perlu membayar denda mengikut jumlah lafaz talak nya?cth,sekali lafaz 1 saman/denda dikenakan rm1000..2x lafaz,2 saman dan dikenakan rm2000?dan benarkah proses cerai negeri selangor bole memakan masa yg sgt lama,sekiranya ada tuntutan dari pihak isteri dan anak2 yg belum berkahwin dan telah baligh..terima kasih dan wassalam..

    • ERAKITA said

      Wa’alaykumussalam wbt.

      Terimakasih atas soalan yang penting di atas. Adalah menjadi suatu kesalahan jenayah syariah bagi suami yang melafazkan cerai ke atas isteri tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari mahkamah syariah. Walaupun di hadapan hakim sekalipun, lafaz cerai yang dikeluarkan oleh suami dan menggugurkan talaq tetap juga menjadi suatu kesalahan. Suami akan didakwa di Mahkamah syariah bagi lafaz cerai tersebut. Soal berapa talaq yang telah gugur, hal tersebut tidak akan menjadikan pendakwaan terpaksa dilakukan menurut bilangan talaq tersebut.

      Sebagai contoh, jika perceraian tersebut adalah talaq 3 yang dilafazkan sekali, maka pendakwaan tidak akan dilakukan sebanyak 3 kali. Pendakwaan memadai dilakukan hanya sekali. Ini bermakna, hukuman juga hanya sekali saja. Tidak timbul isu bahawa setiap talaq akan disaman berasingan dan didenda berasingan.

      Bagaimanapun, keadaan akan berbeza sekiranya suami menceraikan isteri pada tahun 2012 dengan talaq 1 di luar mahkamah tanpa kebenaran mahkamah. Suami akan didakwa dan jika disabitkan salah, suami akan didenda tidak lebih dari denda RM1,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya.

      Jika kemudiannya suami tersebut rujuk semula isteri dalam tempoh eddah atau menikahnya selepas tamat tempoh eddah dan ditakdirkan suami menceraikan lagi isteri di luar mahkamah tanpa kebenaran mahkamah pad atahun 2013 dengan talaq 1, maka suami akan didakwa sekali lagi atas kesalahan jenayah menceraikan isteri tanpa kebenaran mahkamah. Jika sabit kesalahan, suami akan dihukum seperti mana hukuman di atas. Demikian pula keadaan yang sama berlaku jika pasangan kembali rujuk dan kemudiannya perceraian bagi kali ketiga dilakukan tanpa kebenaran mahkamah. Proses yang sama akan berlaku.

      Wallahu a’lam.

  7. chichiey crunch said

    Sekiranya kita benar2 tidak ada hati dan perasaan suda dgn si suami y menyebabkn perkara y tdk d ingini berlaku sda berulanng adaka pihak mahkamah jgk akn mendamai kn pasangn tersebut sekiranya si istri telah bersumpah ats nama allah bahawa dia benar2 iginkn cerai juga adakan mahkamah paksa jgk psangan ini bersma lg??

    • ERAKITA said

      Assalamu ‘alaykum wbt.

      Rumahtangga yang bermasalah dan sukar didamaikan boleh diselesaikan di Mahkamah Syariah. Pasangan samada isteri atau suami boleh memilih mana-mana bentuk perceraian atau pembubaran perkahwinan di Mahkamah. Antaranya adalah kebenaran perceraian biasa yang memerlukan suami melafazkan cerai di hadapan Mahkamah. Selain itu, bentuk lain adalah fasakh, ta;liq dan tebus talaq atau khulu’. Permohonan atau tuntutan perceraian boleh dibuat menurut kesesuaian keadaan dan alasan.

      Bagi Mahkamah, jika pasangan tersebut memohon kebenaran untuk berceraian biasa, Mahkamah lazimnya akan mengusahakan agar kedua pihak berdamai atau berbincang secara baik bagi menyelesaikan kes tersebut, samada kembali hidup bersama atau bercerai secara baik. Tindakan ini diambil dalam keadaan di mana salah satu pasangan tidak bersetuju bercerai.

      Jika perlu, Mahkamah akan memerintahkan kes tersebut dirujuk kepada Jawatankuasa Pendamai yang dikendalikan oleh Pegawai Agama. Jika perdamaian tidak dapat dilakukan, kes berkenaan akan dirujukkan kepada Majlis Hakam. Di peringkat ini, wakil kedua pihak akan diberi kuasa bagi melaksanakan tugas bagi pihak pasangan termasuk kuasa untuk melafazkan cerai jika perlu.

      Ini berlaku bagi kes perceraian biasa. Bagaimanapun, untuk permohonan atau tuntutan perceraian lain seperti fasakh, ta’liq dan khulu’, pasangan tidak lagi akan dirujukkan kepada Jawatankuasa Pendamai atau Majlis Hakam. Jika tiada persetujuan, kes tersebut akan berpanjangan kepada perbicaraan penuh. Ia memakan masa, kos dan tenaga pihak-pihak.

      Bagi tebus talaq atau khulu’, persetujuan bagi jumlah tebusan cerai adalah kaedah terbaik untuk mempercepatkan penyelesaian kes berkenaan. Isteri akan membayar sejumlah tebusan kepada suami atas kesanggupan suami menceraian isteri di atas permintaan atau desakan si isteri.

      Jika isteri benar-benar tidak tahan lagi untuk meneruskan hidup dengan suami, ada baiknya ia membuat permohonan bercerai di Mahkamah Syariah. Rujuklah peguam syarie samada swasta atau peguam kerajaan di Jabatan Bantuan Guaman bagi khidmat nasihat termasuk khidmat guaman. Biarlah mahkamah membuat keputusan sewajarnya menurut hukum syarak dan undang-undang. Wallahu a’lam.

  8. puan ana said

    Klu suami cerai kn isteri dngn keadaan yg amat mrh gn angote bdn nye menggigil di ssb kn si isteri mnjerit2 mintadi lps kn… trelalu emosi gn keadaan si isteri dlm keadaan haid emosi wanita dtg bln…ade kah talak tu jatuh jgk….ade kah si suami ttp akn kene tindak kn denda dn penjare 6bln tu…sdg kn dia dh ruju kmbali keesok kn hari nye….

    • ERAKITA said

      Assalamu ‘alaykum wbt.

      Erakita telah menjelaskan jawapan bagi persoalan ini sebelum ini. Memang ada Hadith Nabi s.a.w yang menyatakan bahawa tidak gugur talaq dalam keadaan ighlaaq. Situasi ighlaaq telah diterangkan sebelum ini. Sebaiknya cepat-cepatlah mendapatkan pengesahan lafaz tersebut di Mahkamah Syariah. Mahkamah akan meneliti dan menghalusi perkara ini. Mahkamah akan menentukan samada ianya gugur talaq atau tidak.Beritahu hakim keadaan sebenar sejujur-jujurnya tanpa menyembunyikan keadaan sebenar. Jika diminta bersumpah syarie, laksanakan tanpa takut jika kita yakin dengan apa yang kita nyatakan di mahkamah.

      Samada isteri dalam keadaan haid ketika lafaz talaq dibuat, ianya tidak akan menjejaskan kesahan suatu talaq. Jika lafaz tersebut soreh atau terang, maka gugur juga. Bagaimanapun, hukumnya berdosa menceraikan isteri tanpa sebab syarie ketika isteri dalam keadaan haid atau nifas. Ini kerana, isteri terpaksa menanggung beban menjalani tempoh eddah yang panjang berbanding diceraikan dalam keadaan biasa.

      Mengenai denda atau penjara, jika lafaz cerai tersebut dibuat di luar mahkamah tanpa kebenaran mahkamah, pendakwaan akan dilakukan oleh Pendakwa Syarie di Mahkamah Syariah. Tidak kira samada pasangan tersebut kemudiannya rujuk atau sebaliknya. Terserahlah kepada Mahkamah berapa kadar denda atau penjara kepada pesalah, atau suami dalam kes ini. Yang pasti, mahkamah tidak akan menghukum dengan denda melebihi RM1,000 atau 6 bulan penjara.

      Wallahu a’lam.

  9. fuad said

    Bagaimana sekiranya pihak suami engan hadir kemahkamah

    • ERAKITA said

      Assalamu ‘alaykum wbt.

      Jika suami enggan hadir ke Mahkamah sedangkan saman telah diserahkan kepadannya dengan sempurna menurut undang-undang, maka kes berkenaan boleh diteruskan walaupun tanpa kehadiran si suami. Penghakiman juga boleh dibuat oleh Mahkamah. Bagaimanapun, jika keterangan suami diperlukan bagi kes berkenaan, Mahkamah boleh mengeluarkan satu waran tangkap ke atas suami untuk membawa si suami ke Mahkamah bagi memberi keterangan. Lazimnya suatu warang tangkap akan dilaksanakan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama ataupun pihak polis.

      Bagi mengelak perkara sedemikian terjadi, elok sangatlah sang suami hadir ke Mahkamah.

      Wallahu a’lam.

      • Shana said

        As salam, sy nak tanya, sekiranya kami becerai, dn suami lafaz cerai talaq 1 diluar mahkamah, dn peceraian tersebut adalah secara baik, tanpa gaduh, dia juga yg memfailkannya..kami mahu secara sah cerai tu..adakah dia wajib dikenakan denda juga?…t.kasih

      • Shana said

        As salam, sy jg ingn bertanya, adakah bayaran saman denda tersebut wajib dibayar di mahkamah tersebut serta merta setelah habis bicara? @ perlu di bayar dalam tempoh2 (contoh 2 minggu) atau mcm mana ye, sy risau hal pembayaran tersebut…t.kasih

      • Arief Anugrah said

        klu suami di paksa cerai oleh istri.
        tp suami tak nak cerai dan enggan hadir ke mahkamah..

        ap mash d teruskan???

      • ERAKITA said

        Wa,alaykumussalam wbt.

        Perlu diketahui bahawa samada atas persetujuan atau tidak kedua suami dan isteri, perceraian yang dibuat di luar mahkamah tanpa kebenaran mahkamah adalah suatu kesalahan jenayah syariah. Jika sabit salah, pesalah akan dihukum samada dengan denda atau penjara atau kedua-duanya sekali. Lazimnya, mahkamah akan mengenakan denda terlebih dahulu sebelum penjara. Denda boleh dibayar pada hari yang sama kepada pegawai bertugas di mahkamah syariah. Resit akan dikeluarkan. Bagaimanapun, jika tak bersedia membayarnya, pesalah boleh memohon penangguhan bayaran denda. mahkamah lazimnya memberi kebenaran penangguhan dengan suatu jaminan tertentu dan tempoh tertentu. Jika tak bayar juga dalam tempoh yang diberikan, pesalah boleh dimasukkan ke penjara sehingga bayaran tersebut dilaksanakan.

        Bagi suami yang enggan hadir di mahkamah, suatu waran tangkap boleh dikeluarkan oleh mahkamah. Mahkamah tak boleh paksa suami lafazkan cerai dalam kes permohonan perceraian di bawah seksyen 47 enakmen Undang-Undang Keluarga Islam. Kes tersebut boleh dirujukkan kepada jawatankuasa pendamai yang akan melaksanakan tugasnya dalam tempoh 6 bulan dari tarikh penubuhannya. Jika tak berjaya juga, kes berkenaan akan dirujukkan oleh Mahkamah kepada jawatankuasa Hakam di bawah seksyen 48. Prosesnya agak panjang tapi pasti ada penyelesaian di penghujungnya.

        bagaimanapun, jika si isteri mempunyai alasan lain yang menasabah, mengapa tidak memilih untuk membubarkan perkahwinan dengan jalan fasakh atau ta,liq? Wallahu a;lam.

  10. mus said

    soalan saya seorang angota tentera, ingin bercerai masalahnya pejabat agama tentera tidak bole beri kerjasama tentang permohonan cerai. Boleka h saya terus lafaz cerai d makamah tanpa dokumen drp pej. Agama tentera masalah ni dah setahun lebih.. Saya dan isteri pun dah lama tak tinggal sebumbung.. Tolong lah

    • ERAKITA said

      Assalamualaykum wbt.

      Dalam hal ini, saya nasihatkan saudara Mus agar mendapatkan nasihat guaman dari mana-mana peguam syarie yang bertauliah di tempat saudara bermastautin atau tinggal. Pihak peguam akan bertindak bagi pihak saudara termasuklah berhubungan dengan pihak kagat (pegawai agama tentera).

      Diharapkan agar dengan adanya khidmat guaman, ianya akan lebih memudahkan urusan saudara. Soal diluluskan atau tidak, terserahlah kepada Mahkamah Syariah memutuskannya. Erakita sukacita menasihatkan agar saudara bersabar dan tidak melafazkan cerai di luar mahkamah. pastikan lafaz tersebut dilafazkan hanya setelah diberi kebenaran oleh Mahkamah. Jika dilafazkan juga tanpa kebenaran, ianya merupakan satu kesalahan dan saudara boleh didakwa serta disabitkan salah. Ia satu jenayah dan boleh menjejaskan reputasi kerjaya saudara dalam perkhidmatan awam. Saudara boleh dikenakan tindakan tatatertib dan hukuman berkaitan menurut undang-undang yang sedia ada. Oleh itu bersabar dan ambillah tindakan yang terbaik menurut undang-undang. Terimakasih

  11. Shana said

    As salam,
    boleh sy tanya, adakah bayaran denda perlu dibayar pd Mahkamah pd hari yg sama ( perbicaaran ) tersebut?..

  12. Hakim said

    Assalamualaikum..

    Saya tinggal berjauhan dengan isteri dan satu ketika kami bergaduh yang membuat sy agak marah. sewaktu saya tengah drive kereta ke tempat kerja saya mengelamun dan terbayangkan saya bertengkar dengan dia (sekadar lamunan sedangkan dia sebenarnya tiada disisi) & dalam lamunan tu saya terbayang saya cakap “kalau awak taknak berubah kita bercerai je la” dan tanpa sedar mulut saya terkelumit sebut perkataan “kita bercerai” dengan sangat perlahan tanpa saya sedar dan lepas tu baru saya sedar saya terungkap perkataan tu. sedangkan waktu tu saya langsung tiada niat, sekadar membayangkan sahaja kerana emosi tak tenteram dan saya tak sedar saya tersebut perkataan tu. waktu tu saya tengah drive seorang diri. macam mana hukumnya?

    • ERAKITA said

      Wa,alaykumussalam wbt.

      Erakita nasihatkan Saudara Hakim mendapatkan pandangan dari Pejabat Agama Islam yang terdekat. Bagaimanapun, pihak yang akan menentukan gugur atau tidak talaq dalam keadaan seperti ini adalah Mahkamah Syariah saja, bkannya pejabat jabatan agama Islam. Erakita memohon maaf kerana tak dapat memberikan jawapan mengenai gugur atau tidak hal tersebut. Perkataan “kita bercerai” itu perlu dihalusi dalam konteks yang sebenar. Ini kerana, ia melibatkan lafaz kinayah dan lafaz soreh. Keduanya mempunyai implikasi tersendiri di sisi hukum syarak. Lafaz kinayah memerlukan niat menceraikan, baharulah gugur. sedangkan lafaz soreh, tak perlu niatpun gugur talaq melainkan wujudnya unsur-unsur paksaan atau ighlaaq.

      Datanglah mendapatkan nasihat ke pejabat agama secepat mingkin dan dapatkan nasihat perundangan yang perlu sebelum perkara ini mendatangkan lebih banyak kerunsingan fikiran saudara. Wallahu a,lam.

  13. ali said

    Assalamualaikum wbt.
    Saya ada kemusykilan. Bagaimana jika suami melafazkan cerai secara takliq & dikhuatiri jatuh talak, namun tidak melaporkan hal tersebut sebaliknya melafazkan rujuk kpd isteri selang beberapa hari kemudian. Pasangan suami isteri tersebut masih bersama tinggal serumah sehingga kini tanpa melaporkan mengenai kejadian cerai & rujuk itu kepada pihak berkuasa. Soalan saya:
    1- Adakah wajib melaporkan kpd pihak berkuasa?
    2- Adakah sah lafaz rujuk (jika jatuh talak) & bolehkah mereka kekal tinggal bersama?
    Terima kasih.

    • ERAKITA said

      Wa,alaykumussalam wbt.

      Menurut undang-undang, pasangan tersebut mesti melaporkan kejadian lafaz tersebut kepada pihak berkuasa agama. Pertamanya, laporkan kepada Pejabat di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam di tempat yang terdekat dengan pasangan. Nyatakan keadaan yang sebenar. Jika perlu, pegawai di Pejabat Agama akan menasihatkan pasangan agar memohon pengesahan cerai luar mahkamah di Mahkamah syariah di mana pasangan bermastautin.

      Isilah borang berkaitan. Setelah lengkap, borang tersebut difailkan di mahkamah. mahkamah pula akan mendaftarkan kes tersebut dan satu tarikh bagi pendengaran kes berkenaan ditetapkan dalam tempoh 21 hari dari tarikh pendaftaran. Kedua pihak hendaklah hadir dan nyatakan keadaan yang sebenar bagaimana bentuk lafaz dan bagaimana hal tersebut boleh terjadi. Nyatakan keadaan sebenar. Nyatakan bentuk lafaz samada berbentuk ta,liq atau lain-lainnya.

      Terserahlah kepada Mahkamah untuk menentukannya setelah menghalusi keterangan kedua suami isteri. Mungkinkah ada hikmah di sebalik kejadian ini semua. Sekiranya disahkan berlakunya perceraian, maka Mahkamah lazimnya akan menasihatkan agar kedua pihak rujuk dan mendaftarkan rujuka berkenaan di Pejabat Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk di Jabatan Agama Islam yang terdekat.

      Dalam keadaan sekarang, pasangan akan sentiasa dihantui dengar perasaan was-was walaupun dah rujuk secara sembunyi-sembunyi. Ini kerana, lafaz tersebut tidak dipastikan sah atau tidak. Yang terbaik adalah rujuk ke jabatan Agama dan dapatkan pandangan, nasihat dan pandua apakah yang harus dilakukan. Ikut prosedur dan undang-undang sebagaimana orang lain lakukan. Tak rugi malahan pencerahan akan berlaku.

      Kita serahkan atas kebijaksanaan mahkamah memutuskannya. Yang penting failkan secepat mungkin permohonan tersebut di Mahkamah dan hadirlah kedua pihak apabila dipanggil nanti.

      Semua manusia mempunyai kekurangan, kelemahan tersendiri. Itu juga merupakan ujian dari Allah, nak melihat sejauh mana manusia itu boleh bersabar dan mendekati Allah s.w.t. Penyesalan adalah lebih baik dari langsung tak ada rasa sesal. Sekurang-kurangnya kita insaf siapalah diri kita di sisi Allah. Orang yang sesal dan insaf adalah golongan yang punya sifat kelembutan. Golongan ini lebih mudah hampir kepada Allah. Berdoalah kepada Allah semoga Allah memberi ketabahan kepada Puan sekeluarga. Wallahu a,lam.

  14. nor said

    Assalamualaikum wth….
    sblm blakunya suami saya mlafazkn cerai,saya tlh mnyuruh beliau tggl d luar selama tempoh 2 bln krn hati saya tak mahu brjumpa buat sementara waktu..dan habis tempoh tersebut dia minta tanguhkn lagi balik rumah..d sini saya,saya mahukn suami brfikir sebaik2nya adakah hidup brseorangan lbih baik dari hidup dgn saya dn ank2…pd suatu hari tu,saya dtg ke bilik dia myuruh dia balik..tp dia kt tak tahu nak balik atau tak.dn saya kt sampai bila mahu hidup mcm ni.klau ingin cerai pergi ke jbtn agama..dia kata esok pegi,sdgkn saya tahu suami saya takkan ceraikn saya..dn saya ugut dia kalau nak cerai ,saya ada simpan maklumat dia dgn kekasih dia ..suami saya marah dia kata keluar kau..aku ceraikn kau sdgkn itu mrupakan talak yg terakhir..apabila sedar dgn ksalahan trsebut dia mnyesal dn ingin kembali kpd kmi dn ank2..adakh sah cerai trsebut dlm keadaan ighlaaq…?ssungguhnya kmi bnar2 insaf dn tak mahu ulanginya…

    • ERAKITA said

      Melihatkan situasi kes ini, ada baiknya Puan atau Suami Puan membuat permohonan bagi pengesahan perceraian di Mahkamah Syariah di mana Puan bermastautin atau tinggal. Terdapat borang khas yang perlu diisi. Setelah lengkap, borang tersebut difailkan di mahkamah. mahkamah pula akan mendaftarkan kes tersebut dan satu tarikh bagi pendengaran kes berkenaan ditetapkan dalam tempoh 21 hari dari tarikh pendaftaran. Kedua pihak hendaklah hadir dan nyatakan keadaan yang sebenar bagaimana bentuk lafaz dan bagaimana hal tersebut boleh terjadi. Nyatakan keadaan sebenar (tegang, marah, panas, tekanan, emosi, perasaan) bagi menggambarkan keadaan sebenar pada ketika itu. Memang ada pengecualian jatuhnya talaq dalam keadaan tertentu seperti tak sedar, hilang akal dan lain-lain (ighlaaq).

      Terserahlah kepada Mahkamah untuk menentukannya setelah menghalusi keterangan kedua suami isteri. Mungkinkah ada hikmah di sebalik kejadian ini semua. Sekiranya disahkan berlakunya perceraian, bermakna bahawa telah cukup talaq tiga kesemuanya memandangkan Puan menyatakan bahawa inilah bilangan yang terakhir. Apa yang Erakita faham ialah Puan dan Suami telahpun bercerai dengan talaq 2 sebelum ini.

      Bagaimanapun, boleh jadi juga mahkamah akan memutuskan tak gugur talaq berdasarkan situasi yang berlaku. Kita serahkan atas kebijaksanaan mahkamah memutuskannya. Yang penting failkan secepat mungkin permohonan tersebut di Mahkamah dan hadirlah kedua pihak apabila dipanggil nanti.

      Semua manusia mempunyai kekurangan, kelemahan tersendiri. Itu juga merupakan ujian dari Allah, nak melihat sejauh mana manusia itu boleh bersabar dan mendekati Allah s.w.t. Penyesalan adalah lebih baik dari langsung tak ada rasa sesal. Sekurang-kurangnya kita insaf siapalah diri kita di sisi Allah. Orang yang sesal dan insaf adalah golongan yang punya sifat kelembutan. Golongan ini lebih mudah hampir kepada Allah. Berdoalah kepada Allah semoga Allah memberi ketabahan kepada Puan sekeluarga. Wallahu a,lam.

  15. nurul emylia said

    salam.saya ingin mendapat sedikit maklumat,saya bergaduh dgn suami n saya mengugut meminta cerai dalam keadaan marah dia melafaz cerai talak 1,dalam keadaan marah yg sangat2 diantara saya dan dia,adakah talak itu sah atau x jika situasi itu pasangan masing2 marah kan satu sm lain,dan dia melepas kan saya setelah.

    • ERAKITA said

      Wa,alaykumussalam wbt.

      Melihatkan situasi kes ini, ada baiknya Puan atau Suami Puan membuat permohonan bagi pengesahan perceraian di Mahkamah Syariah di mana Puan bermastautin atau tinggal. Terdapat borang khas yang perlu diisi. Setelah lengkap, borang tersebut difailkan di mahkamah. mahkamah pula akan mendaftarkan kes tersebut dan satu tarikh bagi pendengaran kes berkenaan ditetapkan dalam tempoh 21 hari dari tarikh pendaftaran. Kedua pihak hendaklah hadir dan nyatakan keadaan yang sebenar bagaimana bentuk lafaz dan bagaimana hal tersebut boleh terjadi. Nyatakan keadaan sebenar (tegang, marah, panas, tekanan, emosi, perasaan) bagi menggambarkan keadaan sebenar pada ketika itu. Memang ada pengecualian jatuhnya talaq dalam keadaan tertentu seperti tak sedar, hilang akal dan lain-lain. Terserahlah kepada Mahkamah untuk menentukannya setelah menghalusi keterangan kedua suami isteri. Mungkinkah ada hikmah di sebalik kejadian ini semua. Sekiranya disahkan berlakunya perceraian, kedua pihak sewajarnya bersyukur kerana yang jatuh hanyalah 1 berdasarkan lafaz tersebut. Bagaimanapun, boleh jadi juga mahkamah akan memutuskan tak gugur talaq berdasarkan situasi yang berlaku. Kita serahkan atas kebijaksanaan mahkamah memutuskannya. Yang penting failkan secepat mungkin permohonan tersebut di Mahkamah dan hadirlah kedua pihak apabila dipanggil nanti. Wallahu a,lam.

  16. sue said

    Salam ustaz…..sy ingin bertanya tentang perkahwinan yg dilakukan di Thailand kira2 bulan 12 tahun yg lalu. jika dilihat seolah2 perkahwinan tersebut tidak sah dan wanita tersebut juga membelakangi wali iaitu bapa kandung..dan jika benar perkahwinan itu tidak sah..apakah yang harus dilakukan untuk membatalkannya..perlukah wanita tersebut pergi bersama-sama ke lokasi perkahwinan untuk membatalkan perkahwinan tersebut…hal ini kerana wanita itu mendapat tentangan sekeras2nya dr ibubapa dek kerana lelaki tersebut sebaya dengan bapanya dan diragui kesolehannya…dan adakah jatuh status janda terhadap wanita tersebut…ada terdapat iddah bagi perkahwinan yang tidak sah?sy memohon penjelasan ustaz bagi menjelaskan situasi itu sekali gus menyelamatkan keluarga dari berpecah….jasa ustaz sy dahului ucapan ribuan terima kasih…

    • ERAKITA said

      Walaykumussalam wbt.

      Perkahwinan yang dilakukan di luar negara termasuklah Thailand memerlukan tindakan pasangan berkenaan untuk mendaftarkan pernikahan mereka di negeri asal mereka atau di negeri di mana mereka bermastautin. Menurut undang-undang keluarga Islam, pasangan berkenaan hendaklah hadir bagi tujuan pendaftaran nikah berkenaan di hadapan pendaftar perkahwinan di negeri asal pasangan atau tempat mastautin dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh kembalinya pasangan ke Malaysia.

      Samada pernikahan tersebut sah atau tidak, mereka mesti hadir di hadapan Pendaftar Perkahwinan bagi orang Islam. Nyatakan kedudukan sebenar. Elakkan dari menyembunyikan fakta sebenar. Ini kerana, maklumat yang jelas akan memudahkan tugas dan tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh Pendaftar Perkahwinan. Pendaftar akan membuat semakan ke atas dokumen perkahwinan dan seterusnya membuat siasatan yang perlu, termasuk memanggil kedua pasangan dan saksi pernikahan jika perlu.

      Jika pernikahan tersebut didapati sah dan menurut undang-undang keluarga Islam di negeri berkenaan, Pendaftar akan mendaftarkan nikah tersebut dalam daftar pernikahan. Satu sijil nikah akan dikeluarkan. Dengan itu selesailah proses pendaftaran nikah. Bagaimanapun, jika pernikahan tersebut sah tetapi berlakunya perlanggaran undang-undang seperti tiadanya kebenaran berpoligami jika pasangan lelaki telahpun berkahwin sebelumnya, maka kes berkenaan akan dirujuk ke Mahkamah Syariah. Pasangan akan diminta untuk mendapatkan pengesahan pernikahan di Mahkamah Syariah. Jika sah tetapi berlaku perlanggaran undang-undang seperti ketiadaan kebenaran bertulis untuk berpoligami dari Mahkamah Syariah, maka hanya pengesahan pernikahan sahaja akan dibuat. Perintah untuk mendaftarkan pernikahan tersebut di pejabat Pendaftar Perkahwinan di Jabatan Hal ehwal Agama Islam hanya akan dikeluarkan setelah pasangan tersebut didakwa atas kesalahan jenayah syariah (kahwin tanpa kebenaran berpoligami) dan disabitkan.

      Jika pernikahan tersebut didapati tidak sah menurut hukum syarak, maka nikah tersebut akan difaraq atau dibubarkan serta merta. Pasangan akan diperintahkan untuk memisahkan diri antara satu sama lain. Bagaimanapun, lazimnya pasangan akan dinasihatkan oleh Mahkamah untuk bernikah semula mengikut saluran yang betul menurut undang-undang dan hukum syarak. Jika dah berkahwin, pasangan lelaki perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari Mahkamah Syariah terlebih dahulu untuk berpoligami. Jika tiada wali nasab, pasangan perempuan mesti mendapatkan kebenaran berwali hakim atau raja terlebih dahulu di Mahkamah Syariah. Jika pasangan berkenaan masih di bawah umur (16 tahun ke bawah bagi perempuan dan 18 tahun ke bawa bagi lelaki), pasangan berkenaan perlu mendapatkan kebenaran bertulis bagi perkahwinan di bawah umur terlebih dahulu dari Mahkamah Syariah.

      Mengenai persoalan samada pasangan khususnya perempuan yang difaraqkan nikahnya perlu bereddah atau tidak, jawapannya ialah sama saja kedudukannya sebagaimana halnya wanita yang diceraikan oleh suami. Jika ia sedang mengandung, eddahnya sehingga anak dalam kandungaan dilahirkan. Jika tidak ia perlu bereddah 3 kali suci dari haid. Jika telah putus haid, eddahnya adalah 3 bulan. Jika tidak pernah disetubuhi sepanjang tempoh perkahwinan yang telah dibatalkan itu, maka tiadalah eddah bagi wanita berkenaan. Hanya saja, dalam hal faraq nikah, tidak ada istilah perceraian sebagaimana perceraian yang berlaku bagi pasangan suami isteri yang memang sah pernikahan mereka. Bagi pernikahan yang tak sah, tidak ada gugur talaq samada 1, 2 atau 3. Justeru, tidak ada rujuk nikah walaupun pasangan wanita tadi sedang dalam tempoh eddah. Apa yang boleh dilakukan ialah si lelaki boleh kembali kepada si wanita tadi dengan jalan menikahnya semula menurut undang-undang dan hukum syarak.

      Mengenai kedudukan pasangan lelaki yang sebaya umur dengan bapa kandung di wanita, hal tersebut tidak menjejaskan kesahan suatu perkahwinan. Apa yang penting ialah segala rukun nikah dipenuhi. Perbincangan dengan penuh kebijaksanaan antara kedua keluarga adalah penting sekali dalam hal seperti ini. Jika sukar, gunakanlah khidmat orang ketiga yang dipercayai dan diyakini kredibilitinya untuk menjadi orang tengah sekaligus sebagai jurucakap bagi pihak kita. Semoga penjelasan ini dapat memberi gambaran yang jelas kepada Puan. Wallahu a’lam.

  17. nabila said

    salam…suami sy pernah mlafazkan cerai taklik ketika saya mgndung 6bln pd sy iaitu “sekiranya abg mhantar ayg pulang ke rmh dgn niat ingn bpisah akn jatuh talak pd ayg”.selang 2 3 kami bgaduh besar dan dia mhantar sya pulang ke rumah dgn ibubapanya.,pada petang tu pula dia melafazkan cerai ‘sy mmg nk ceraikan awk”.adakah pceraian itu sah? sekiranya ia tidak sah adakah sya harus kembali padanya? sekiranya sya xingn kembali padanya bagaimana?

    • ERAKITA said

      Wa’alaykumussalam wbt.

      Dalam situasi tersebut, samada Puan atau pasangan puan perlu membuat permohonan untuk mendapatkan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah syariah di negeri puan atau di mana puan sedang bermastautin ketika ini. Puan atau suami puan boleh membuat permohonan. Jika suami enggan atau sengaja tidak mahu bertindak, Puan tidak perlu menunggu suami. Dapat khidmat guaman samada peguam syarie swasta atau peguam dari Jabatan Bantuan Guaman bagi mewakili Puan. Jika tidak, puan boleh datang ke pejabat mahkamah syariah dan dapatkan borang khas bagi permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah.

      Erakita tidak dapat memberikan apa-apa jawapan samada gugur atau tidak talaq tersebut berdasarkan apa yang berlaku. Biarlah nanti mahkamah syariah memutuskannya. Apa yang penting, cepat-cepatlah membuat permohonan tersebut di mahkamah syariah. Jangan biarkan hal ini berlarutan. Tiada faedahnya melainkan hanya menyesakkan fikiran dengan kecelaruan, ragu-ragu dan was-was dengan status perkahwinan puan. Untuk mengelak hal tersebut terjadi, segeralah ke mahkamah syariah untuk mendapatkan keputusannya. Wallahu a’lam.

  18. tynie said

    assalammualaikum ustaz….sy nak tnya 1 soalan…..suami sy pernah lafazkan cerai melalui pesanan sms yg berbunyi (ok, aku cerai kau dgn talak 1) masa tuh sy berada di rumah ibu bapa sy, saksi yg membaca sms itu ibu ayah abg dan kakak ipar…..tp pada keesokkan suami memujuk sy kembali kepada dia tp bapa sy menyuruh sy dan suami pergi pejabat agama dulu tp suami ada ckp dia sudah pegi ke pejabat agama tanpa membawa sy bersama. dalam kes nih perlukah sy pergi pejabat agama untuk mengesahkan perceraian …..sbb kes ini sudah lama berlaku, sy rasa tidak hati dan terfikir2 adakah sy dan suami masih suami isteri

    • ERAKITA said

      Wa’alaykumussalam wbt.

      Dalam hal ini, puan boleh terus ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan borang permohonan bagi pengesahan cerai luar mahkamah. Jika puan berhasrat untuk ke Jabatan Agama terlebih dahulu, itu juga boleh. Berjumpalah dengan pegawai berkenaan. Lazimnya, pegawai di Bahagian Pentadbiran Syariah (kekeluargaan) yang akan menangani perkara ini. Nyatakan hal yang telah berlaku. Dalam hal seperti ini, tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh pegawai agama di Jabatan Agama Islam untuk mengesah atau tidak lafaz cerai jika telah berlaku. Mereka hanya akan menasihatkan pasangan samada suami atau isteri untuk mendapatkan pengesahan cerai luar mahkamah di Mahkamah Syariah.

      Rujuk hanya boleh dilakukan setelah dapat dipastikan perceraian telah berlaku. Pihak yang boleh mengesahkan perceraian telah berlaku hanyalah Mahkamah Syariah saja. Oleh itu, suami hanya boleh merujuk isteri setelah benar-benar telah dipastikan melalui keputusan dari mahkamah syariah telah dikeluarkan.

      Mengenai tulisan lafaz cerai melalui SMS, hal tersebut sama saja dengan tulisan cerai secara bertulis. Perceraian melalui tulisan memerlukan niat untuk menceraikan dari pihak suami jika jelas si suami yang menulisnya. Lafaz tersebut pula mestilah dalam bentuk yang soreh atau terang.

      Cepat-cepatlah bertindak. Tak perlu tunggu suami untuk bertindak. Wallahu a’lam

  19. tynie said

    salam ustaz sy nk bertanya 1 soalan….suami sy pernah lafazkan cerai sms yg berbunyi (ok, aku cerai kau dengan talak 1) masa itu sy berada di rumah kedua ibu bapa sy…..saksi yg membaca sms itu adalah ibu bapa abg dan kakak ipar sy…..pada keesokkan hari suami sy dtg memujuk dan bapa sy menyuruh suami pergi pejabat agama untuk buat report…..tp suami kata dia sudah pergi tanpa membawa sy sekli cuma sy risau dia tipu mengatakan bahawa dia pergi, padahal dia tidak pergi pejabat agama sy rasa was2……dan dia jugak mengatakan bahawa cerai yg dia tulis tidak sah……saya menharapkan jawapan dr ustaz kerana saya rasa amat was2 dalam perhubungan sy dan suami.

    • ERAKITA said

      walaykumussalam wbt.

      Jawaban telahpun diberikan sebelum ini. Bagi mengelak was-was mengenai kedudukan perkahwinan tersebut, cepat-cepatlah bertindak. Buat permohonan di Mahkamah Syariah untuk pengesahan lafaz cerai luar mahkamah. Hadirah ke mahkamah apabila dipanggil beri keterangan. Nyatakan kedudukan sebenar. Semoga segala was-was dapat dihilangkan selepas itu, inshaa Allah. sekian.Wallahu a’lam.

  20. zakaria said

    assalamualaikum, saya telah bercerai dengan isteri dengan talak 3 di luar mahkamah..sy sudah pun membuka fail..sy ingin berkahwin tetapi si isteri tidak mahu hadir ke mahkamah..sy ingin bertanya sekiranya saya ingin berkahwin dalam masa yg terdekat..apakah yang perlu sy lakukan??

    • ERAKITA said

      Wa’alaykumussalam wbt.

      Erakita menasihatkan agar saudara Zakaria menyelesaikan kes di Mahkamah terlebih dahulu. Ini kerana, tidak diketahui samada gugur atau tidak talaq tersebut. Hanya mahkamah yang akan memutuskannya. Jika tiada gugur talaq, saudara dan isteri sedia ada masih lagi sah sebagai suami isteri. Sebarang perkahwinan baru dikira berpoligami. Jika nak berpoligami, saudara perlu mendapatkan kebenaran berpoligami dari Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Jika tidak ada kebenaran tersebut, saudara dikira telah melakukan kesalahan jenayah syariah kerana berkahwin tanpa kebenaran berpoligami.

      Jika diputuskan telah berlaku perceraian, maka saudara bebas untuk bernikah lagi asalkan saja segala rukun nikah dan kehendak undang-undang keluarga dipatuhi.

      Jika lambat selesai, mohonlah walau berkali-kali kepada mahkamah untuk mempercepatkan penyelesaian kes saudara. Hadirlah ke mahkamah apabila dipanggil. Ketidakhadiran isteri ke mahkamah tidak akan menghalang kes berkenaan untuk diperuskan dan diputuskan. Apa yang penting ialah saman atau notis permohonan kes berkenaan telah berjaya diserahkan kepada pihak isteri dalam tempoh yang ditetapkan oleh undang-undang.

      Justeru, bersabarlah saudara. Semoga Allah mempermudahkan urusan saudara. Wallahu a’lam.

  21. mamat said

    asalamualikumm…saya nak bertanya mcm kes saya nie mcm mana plak saya blom lagiy lafaz tpi simisteri minx nak berpisah xdew jln len kew untuk kmie berbaikk semula nie di sebabkan adew mkluk halus dalam badan isteri saya

    • ERAKITA said

      Wa;alaykumussalam wbt.

      Kedudukan rumahtanggan saudara sesungguhnya berat dan menyedihkan. Tidak siapa dalam sebuah perkahwinan mahu perkara seperti ini berlaku. Jika benar ada gangguan makhluk halus iaitu jin dalam tubuh si isteri, hal tersebut merupakan satu ujian besar terhadap rumahtangga saudara. Bukan hal yang mudah untuk menanganinya walaupun tidak mustahil ada jalan penyelesaiannya.

      Dalam hal tersebut, erakita sarankan agar saudara banyak-banyak bersabar. Istighfar banyak-banyak atas apa juga kesalahan dan kesilapan yang pernah kita lakukan sebelum ini. Ini kerana tidak manusia yang terlepas dari membuat kesilapan. Semakin terhakis sisa-sisa dosa, semakin bercahaya hati kita. Semakin dekat pula Allah dalam hati kita. Semakin tinggi tawakal kepada Allah. Semakin tinggi pula keyakinan bahawa Allah sentiasa bersama kita, membantu kita dalam apa juga kondisi.

      Bila rasa dekat kepada Allah menebal dalam hati, maka semakin beranilah kita berhadapan dengan sesiapa saja makhluk Allah termasuk jin dan iblis. Iblis tidak akan suka melihat manusia khasnya kaum yang menyembah Allah untuk senang lenang, bahagia dan mendekati Allah. Iblis akan sedaya upaya dengan apa cara sekalipun berusaha menghancurkan rumahtangga Muslim. Dalam hal ini, Jin mudah meresap dalam tubuh manusia yang lemah iman dan lemah fizikal. Dalam situasi isteri sedang haid umpamanya, jin selalunya masuk dalam tubuh isteri. tunjuannya menganggu rumahtangga. Isteri akan bertindak di luar kebiasaan.

      Dalam hal isteri minta cerai kerana gangguan makhluk halus, saudara perlu mendekatkan diri kepada Allah. Cubalah usahakan untuk memperbanyakkan sedekah kerana ia boleh menolak bala dengan izin Allah. Mohon bantua dari orang-orang yang soleh dan berpengalaman dalam hal ehwal makhluk halus. Terdapat buku panduan berhadapan makhluk halus seperti buku karangan Dr. Harun Din dan Dr. Amran Kasimin.

      Dapatkan juga khidmat dari orang soleh untuk menghalau makhluk halus dalam tubuh isteri. Elakkan dari memakan makanan dari hasil yang haram atau syubhah. Lazimkan membaca al Quran khasnya surah al-baqarah dalam rumah. Ikuti panduan para ulama. elakkan dari bertemu dengan bomoh yang diragui kesolehannya. Takut kita bersekongkol dalam hal kesyirikan kepada Allah.

      Bersabarlah dan semakin dekat kepada Allah. Jadilah ahli masjid dan mohon doa dari ahli masjid juga untuk keberkatan rumahtangga saudara. Wallahu a’lam.

  22. mamat said

    isteri saya pernah mendesak supaya melepaskan dia dalam telefon saya adew tulis kalau nak cerai sangat jom kita pgiy pjbat agama tapi syew xdew niat pown nak ckap mcm to saya minx ustaz tolong jelaskan boleh adewkah saya sudah bercerai dgn isteri saya sbb mak mertua saya ckap rujuk pada pjbt agma saya msih syg lagiy isteri saya dan sya xkn lpskan kan dia wlau apew sklipown boleh ustaz tolong terangkan

    • ERAKITA said

      salam.

      Menurut apa yang dinyatakan di atas, nampaknya segala yang terjadi itu hanyalah berupa tindakan perancangan saja. Belum ada lafaz yang soreh atau jelas saudara menceraikan isteri. Tindakan saudara itu lebih kepada membawa perkara tersebut untuk diselesaikan di hadapan pegawai di jabatan agama. Tidak ada masalahnya untuk kedua pihak ke jabatan agama bagi mendapatkan kaunseling rumahtangga. Jika tidak penyelesaian, baharulah ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan kebenaran bagi menceraikan isteri. Ini jalan terakhir setelah segala usaha perdamaian dan pemulihan krisis rumahtangga telah dilaksanakan. Dekati diri kepada Allah. Doa banyak-banyak agar rumahtangga diberi keberkatan, agar dipulihkan keharmonian dalam rumahtangga. Ada kalanya, ada hikmah tersendiri bagi setiap apa yang berlaku ke atas kita.

      Wallahu a’lam.

  23. ruzani said

    asalamualikumm…saya nak bertanya tentang masaalah saya dengan isteri saya apabila bergadoh isteri saya minta di ceraikan patuk kah saya mecerai kan isteri dalam keadaan yang memaksa ….dan isteri saya selalu menuduh saya berzinar dengan perempuan lain sedang kan saya tak pernah berzinar .apa kah harus saya lakukan dalam ke adaan begini …
    dan masalah kewangan tak mecukupi ………..

    • ERAKITA said

      Walaikumussalam wbt.

      Dalam Islam, kuasa talaq itu terletak pada suami. Tidak kurang kes di mana suami melafazkan cerai atas desakan bertalu-talu dari sang isteri. Dalam kes saudara, erakita menasihatkan agar saudara tidak melafazkan cerai tersebut selagi belum mendapatkan kebenaran dari mahkamah. Jika benar nak bercerai, pastikan kebenaran untuk menceraikan isteri telah diperolehi terlebih dahulu dari mahkamah syariah. Jangan sampai saudara melayan kehendak atau desakan isteri. Jika dilafazkan di luar mahkamah, saudara terpaksa berhadapan dengan tuntutan undang-undang untuk menfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah. Di samping itu, saudara juga terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang iaitu didakwa atas kesalahan menceraikan isteri tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari mahkamah syariah. Jika disabitkan salah, saudara boleh didenda tidak lebih dari RM1,000 atau Penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

      Mengenai tindakan isteri yang selalu menuduh saudara berzina, sesungguhnya tindakan tersebut adalah perbuatan yang berat kesannya dari segi syarak. Menuduh seseorang melakukan zina tanpa bukti yang jelas sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran adalah satu dosa besar di sisi Allah. Saudara boleh meminta orang ketiga yang dipercayai bagi menerangkan kesannya dan akibat tuduhan tidak berasas oleh isteri di sisi syarak. Semoga dengan penerangan tersebut, isteri akan sedar dan insaf serta bertaubat kepada Allah.

      Dalam masa yang sama, saudara perlu mengubah gaya hidup dengan meninggalkan apa-apa kebiasaan yang boleh mendatangkan was-was atau curiga di pihak isteri. Dalam sebuah rumahtangga, keyakinan terhadap pasangan adalah penting dan amat bernilai. Tinggalkan perbuatan suka atau selalu berbohong dengan pasangan jika ianya berlaku dalam rumahtangga saudara. Ini kerana, jika dibiasakan perbuatan ini, ianya akan menimbulkan rasa kurang yakin atau percaya pasangan kita terhadap diri kita.

      Mengenai masalah kewangan, saudara perlu berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan ekonomi dalam rumahtangga. Banyak cara yang boleh diambil bagi meningkatkan pendapatan dan ekonomi keluarga. Jika pekerjaan yang sedia ada menyediakan gaji atau pendapatan yang minima, cubalah berjinak-jinak dengan bisnes atau perniagaan kerana Nabi s.a.w pernah menyebutkan bahawa 9/10 dari kekayaan itu datang dari perniagaan. Untuk mendapatkan impak yang maksima, saudara boleh menceburi bidang hartanah yang dikatakan menjanjikan pendapatan yang lumayan. Ikutilah kursus berkaitan bagi mendapatkan ilmu dalam bidang tersebut.

      Sentiasalah berusaha mendekatkan diri kepada Allah. Mohon ampun atas segala dosa, salah dan silap yang pernah dilakukan selama ini. Bagi mendatangkan banyak keberkatan dalam hidup, lazimkanlah bersedekah. Jika dapat, lakukannya setiap hari walau dengan sekecil sumbangan. Paling mudah ialah, derma di tabung masjid setiap hari. Inshaa Allah, amalan ini besar sekali manfaatnya.

      Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada saudara dan kita semua. Wallahu a’lam.

  24. ruzani said

    asalamualikumm…saya nak bertannya ..boleh kah abg ipar masuk campur dalam hal suami isteri …sebab pendapatan saya tiap2 bulan tak mecukupi …isteri saya selalu minta dengan abg dia sedankan saya tak pernah tahu perkara ini belaku

    terima kasih

  25. Shah said

    Asslamualaikum Ustaz,

    Cuma ingin menambah ilmu pengetahuan, bagaimana hukum nya untuk situasi di bawah;

    1) Suami mengulang semula LAFAZ CERAI SORIH yang dilafaz kpd isteri sebelum ini di hadapan Hakim ketika perbicaraan di mahkamah ketika diminta berbuat demikian oleh Hakim? Adakah akan jatuh talak kali ke 2? Seperti yang kita tahu lafaz sorih tidak perlukan niat.

    2) Si suami ditanya oleh rakannya..”Bagaimana lafaz cerai yang kau sebut tu?” Si suami menjawab soalan itu dengan satu LAFAZ YANG SORIH yang telah dibuat kpd isterinya..jwpnnya adalah untuk menjawab soalan rakannya. Itu sahaja. BUKAN BERNIAT NAK JATUHKAN TALAK SEKALI LAGI.

    3) Si suami cuba mengingati semula lafaz sorih yang pernah dibuat sebulan yang lalu..apabila dia ingat..dia secara tak sengaja terlafaz dimulut..tapi TIDAK DINIATKAN/ DIQASADKAN kepada isteri. Sekadar mengingati semula perkara yang lalu. Tapi itu ialah lafaz sorih.

    Soalan saya, apakah jatuh talak untuk kali ke 2 untuk situasi-situasi di atas? Atau tidak jatuh talak..kerana lafaz yang dilafaz semula itu adalah hanya untuk merujuk kepada situasi/ peristiwa yang telah terjadi..dan si suami tiada niat menceraikan isterinya sekali lagi walaupun lafaz itu lafaz yang sorih.Diharap ustaz memberi jawapan yang merangkumi semua situasi di atas. Terima kasih.

  26. riz's n'man said

    Assalamualaikum… sy ingin kepastian..pasangan ini telah berkahwin selama 8thn..di kurniakan 2 cahaya mata.. seorg ank lelaki berusia 3thn dan seorg ank ppuan berusia 4thn..akhirnya perkahwinan mereka tidak bertahan. Punca-punca ini hanya disebabkan si isteri nmpk depan mata nya sendiri ketika suami nya duduk mkn bersama seorang kawan perempuan di kedai mkn. Si isteri mengangap suaminya mempnyai hbgn sulit tanpa usul periksa.. Si isteri mempunyai sifat yang keras kepala ..tidak mnjlnkn kewjpn sbg isteri kepada suami nya dan nekad untuk suami nya dipulangkan dengan keluarga si isteri dengan cara yg baik dan memaksa si suami melafazkan cerai di depan keluarga nya..Maka berlaku lah perceraian tersebut dengan paksaan dan desakan isteri.. mohon kepada pihak tuan memberi perjelasan tentang penceraian ini dan macamana hak penjagaan ank..

  27. Norazira binti RamLAn said

    bagaimana jika suami enggan mengaku sudah meLafazkan cerai di Luar mahkamah(meLafaz takLik)..tiada sebarang bukti.hanya Lafaz yang di buat di daLam kereta.perkara yang di takLIkkan sudah pun berLaku.

  28. lia said

    as’kum…sya hanya ingin bertanya tentang hubungan kmi nie…sya telah pun bercerai tp sya nie kurang phm sbb suami sja ckp dia telah ruju’ talaq 1…lpas tu suami curang lg dan dia mengatakn cerai lg pd sya…tp mlalui sms…pd saat tu sy xda masa untk mngadu tntng tu…jd sy trlupa..skg dia kmbali lg pd sya dgn mengatakn dia ingin ruju’dia telah pun isi borang ruju; phk jhaeins pngil kmi untk buat pnjelasan..sehingga skg kmi tgal bersma…tp sy blum ada kputusan untuk terima kh atau tidk..adakah kmi nie masih sah suamistri…yg ada pd kmi salinan sijil cerai….sbb dia ckp dia telah ruju’sy bingung…borang ruju; msih ada pd kmi…skian terimakasih…harap sgat di beri penjelasan…

  29. lyana said

    as’kum…slmt ptng,sy ingin minta nasihat dr ustaz….mungkin ati kurng senang memikirkan hubungan nie..sy telah bercerai…dan sy telah pun failknnya..dan kes tu pun di bicarakn dn dia pun telah mngaku..shingga salinan sijil cerai di keluarkn..tapi suami ruju; balik…kmi telah mngadu .p pihak tertentu…dan kmi di benarkn tgal bersma.untuk mnunggu proses sijil nikah..di dlm bgtu,suami wat hal g…dan telah mnceraikn sy buat kali ke 2..mlalui sms..dan ingin bersama dgn perampuan tu…tapi yg cerai ke 2 itu sy tk p wat aduan..sbb ada sbb tertentu..dan terlupa…1 bulan bgtu suami putus cinta dan kmbali kpd sy…sehingga skg sy dan suami bersama..sy susah mau terima lg dia..tapi kerna ank2..sy terima jgk..msuk 3bln dia nak mrujuk..dan telah pun isi borang…pihk tertentu nk sy sndri yg datng bg persetujuan..tp smpi skg sy tk datng dan sy dan suami pun masih bersama sdah 2 thn lamany..ustaz…suami sy selalu curang dgn sy dan mmaki sy..sellu mngungkit2 apa yg berinya..kadang2 terpikir nak lari sja tp bila tengok anak2 ati mulai sejuk blik..bila dia marah semua prkataan terkeluar dan kadang2 selalu jg dia ckp..[klu mau bercerai cerailah dan klu ko mau kluar dari rumah nie keluarlah tapi kluar sja ko jatuh talak 3 sma ko]jd sy nie memang sllu keluar rumah ambik ank di sekolah ..nie lh yg buat skit kpla..sy sllu tk hirau biarknlah…tp sy takut pd keTENTUANNYa….salah kah sy..smpi skg sjil nikah kmi tk ada..hanya kerna sifatnya yg tdak pndai berubah…tolong ustaz berikn sy jawapan…terimahkasih..

  30. sufri said

    Salam..nak tanya..klau pencerain yg di lakukan di luar mahkamah boleh ke merujuk dengan sendri nye tanpa pergi ke mahkamah

    • ERAKITA said

      Walaikumussalam wbt.

      Undang-undang keluarga Islam yang ada di setiap negeri di Malaysia memperuntukkan bahawa urusan perceraian hanyalah dapat diputuskan oleh Mahkamah Syariah. Oleh itu, jika telah berlaku lafaz di luar mahkamah, segerlah membuat permohonan bagi penegsahan lafaz tersebut. Ini kerana, mahkamah akan menentukan terlebih dahulu samada lafaz tersebut sah menggugurkan talaq atau tidak. Bagaimana kita nak rujuk kembali isteri sedangkan lafaz tersebut belum ditentukan kesahihannya? Justeru, keputusan mengenai perceraian itu amatlah perlu diperolehi dari mahkamah syariah terlebih dahulu.

      Jika telah jelas berlaku talaq, saudara bolehlah merujuk pada bila-bila masa dalam tempoh eddah isteri di hadapan pendaftar perkahwinan, perceraian dan rujuk di Jabatan Agama Islam. Ikutilah undang-undang yang ada bagi kebaikan bersama. Semoga jawapan ini dapat melegakan minda saudara. Wallahu a’lam.

  31. ima said

    ingin bertanya sya telah bercerai di luar mahkamah dan telah menfailkan kes ini di mahkamah utk memastikan gugur talak atau tidak.mahkamah mengesahkan gugur talak 1.dan pada hari yg saya didepan hakim suami telah melafkan rujuk dan hakim mengesahkannya. persoalannya sekarang, sehingga hari ini walaupun disahkan oleh hakim yg kami telah rujuk semula, kami masih belum mendaftarkan rujuk tersebut hampir 1 tahun.. bagamana status kami walau kami telah disahkan rujuk sebagai suami isteri oleh mahkamah ttp tidak mendaftar rujuk?

    • ERAKITA said

      Salam.

      Apa yang pasti ialah Puan dan suami Puan telahpun disabitkan bercerai dengan talaq 1 oleh Mahkamah. Untuk membolehkan rujuk tersebut didaftarkan, Puan dan suami Puan hanya perlu datang bertemu dengan Pengawai Pendaftar Pernikahan Perceraian dan rujuk di jabatan agama yang terdekat. Kemukakan kepada Pendaftar berkenaan salinan perintah mahkamah yang menunjukkan puan dan suami puan telahpun bercerai. Maklumkan juga bahawa suami puan telahpun melafazkan rujuk di hadapan hakim pada tarikh yang puan nyatakan di atas.

      Maklumat tersebut perlu dizahirkan bagi memudahkan tugas pendaftar untuk merekodkan rujuk dalam buku daftar rujuk. Satu sijil berkaitran rujuk akan dikeluarkan kepada puan selepas itu. Semoga penjelasan ini dapat melegakan Puan. Wallahu a’lam

  32. hariana said

    Saya pn ada mslh yg sma dlm kes cerai luar mkmh ni.saya dh disah kn brcerai dgn talak 1 oleh mkmh syariah tawau pd thn 2011 lg yg menjada mslh skrg ni surat cerai saya tk dpt dikeluar kn disbb kn bks suami saya berdegil tk nak datang ke jabatan agm islam tawau.biar pn dh htr srt tetapi dia tetap tk nk hadir kn diri.jd apa yg patut saya buat utk selesai kn masalah ni

    • ERAKITA said

      Salam.

      Berdasarkan situasi Puan di atas, dapat difahami bahawa satu perintah mengenai pengesahan cerai luar mahkamah telahpun diperolehi dari Mahkamah Syariah. Di peringkat ini, urusan puan dan suami di Mahkamah Syariah telah selesai. Puan dan suami Puan akan memperolehi salinan asal keputusan atau perintah penegsahan perceraian tersebut dari mahkamah. Selepas itu Puan atau suami puan perlu membawa salinan perintah tersebut ke hadapan Pendaftar Perkahwinan Perceraian dan rujuk di Jabatan Agama yang berkaitan.

      Kemukakan salinan perintah mahkamah berkenaan dan pihak pendaftar perkahwinan akan menguruskan pendaftaran perceraian. Jika berpuashati, Pendaftar Perkahwinan akan mengeluarkan sijil perceraian kepada pihak-pihak. Bagaimanapun, pihak pendaftar sebenarnya mempunyai kuasa untuk menahan dari mendaftarkan perceraian tersebut dan seterusnya menggantungkan pengeluaran sijil perceraian sehinggalah suami puan didakwa dan disabitkan di mahkamah syariah atas kesalahan menceraikan isteri tanpa kebenaran mahkamah syariah.

      Boleh jadi juga bahawa suami puan sebenarnya dalam proses untuk didakwa di mahkamah syariah atas kesalahan menceraikan isteri tanpa kebenaran mahkamah. Puan sebaiknya mendapatkan semula penjelasan dari pejabat pendaftar perkahwinan di pejabat Jabatan Agama Islam yang berkenaan. Jika tidak jelas atau tidak berpuashati, Puan boleh datang terus bagi mendapatkan penjelasan atau kedudukan sebenar di Pejabat Pentadbiran Syariah di Ibu PejabatJHEAINS di Wisma MUIS, Kota Kinabalu.

      Pada pandangan Erakita, ketidakhadiran suami di pejabat agama bukanlah satu halangan bagi Pendaftar Perkahwinan untuk mengeluarkan sijil perceraian jika semua proses undang-undang telah selesai dipatuhi. Wallahu a’lam.

  33. analin said

    assalam hualaikum…. saya nak tanya suami saya menceraikan saya d luar makahmah talak 3 tapi hanya d kertas putih mak dia dan pakcik suami jumpa saya dan menyerahkan surat cerai talak 3 dan suami saya da tandatangan surat tu.sah ka klu cerai mcm tu?

    • ERAKITA said

      Walaikumussalam wbt.

      Terimakasih atas pertanyaan Puan Analin di atas. Menurut hukum syarak, lafaz talaq yang dibuat oleh suami melalui tulisan tangan adalah memerlukan kepada niat si suami. Jika suami meniatkan untuk menceraikan isterinya ketika menulis lafaz tersebut, maka gugurlah talaq sepertimana yang disebutkan. Sebaliknya, jika suami tidak ada niat untuk menceraikan isteri ketika menulis lafaz tersebut tetapi sekadar menakut-nakutkan isteri atau memberi ingatan atau pengajaran kepada isteri atau teguran kepada isteri, maka tidaklah gugur talaq tersebut.

      Apa yang perlu dilakukan pada ketika ini adalah membuat permohonan untuk pengesahan lafaz cerai luar Mahkamah di Mahkamah Syariah. Perlulah lakukan tindakan secepat mungkin. Biar mahkamah semak dan teliti betul-betul bentuk lafaznya dulu. Boleh jadi soreh atau terang dan boleh jadi lafaz tersebut tak jelas. Sukar untuk memberi komen atau jawapan terhadap lafaz tersebut dalam ruangan ini kerana bentuk lafaznya tidak diterangkan oleh Puan.

      Jangan tunggu lama. Bertindaklah segera. Jika suami enggan bertindak, Puan boleh bertindak segera untuk failkan permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah. Mahkamah boleh mengeluarkan waran tangkap ke atas suami untuk hadir ke mahkamah jika sekiranya suami enggan berkerjasama memberikan keterangan mengenainya di mahkamah syariah.

      Sekian dan wallahu a’lam.

  34. Norizah said

    Assalamualaikum…
    Saya seorg isteri tentera, sudah byk kali pegi ke pjbt syariah tp msh tk dpt kata putus. Apabila sy mau bw kes takliq ke mahkamah syariah, pegawai di bhgn itu suruh sy pegi ke pjbt kagat. Saya sudah pegi ke pjbt kagat. Pegawai kagat itu berkata dia akan memproses Permohonan sy dan akan memanggil dlm masa terdekat.. Tp sehingga kini sy msh blm mendpt panggilan. Kalau nk di ikutkn talak taqliq sudah jatuh krn suami sy tk memberi nafkah batin lebih dr 4 bln berturt turut.. Jadi apa dah jd dgn permohonan sy? Tergantung begitu saja? Atau sy perlu pergi berjumpa pegawai kagat itu semula?

    • ERAKITA said

      Walaykumussalam wbt.

      Erakita nasihatkan agar Puan mendapatkan khidmat peguam syarie. Biarlah Peguam Syarie Puan yang melakukan apa yang sepatutnya dibuat menurut undang-undang dan hukum syarak. Termasuk yang peguam boleh lakukan adalah menghubungi pihak Kagat untuk tindakan yang perlu. Lazimnya, tindakan lebih cepat dapat dilakukan apabila khidmat peguam dilakukan. Puan mempunyai pilihan samada menggunakan khidmat peguam syarie swasta atau kerajaan melalui Jabatan Bantuan Guaman. Bertindaklah segera. Terimakasih dan wallahu a’lam.

  35. idayu said

    Assalamualaikum…?
    saya ingin bertanya saya sudah di ceraikan pada bulan mac tahun 2013..tapi saya dan bekas suami tidak pernah rujuk pada mahkamah..adakah sah lafaz cerai suami saya itu dengan talak tiga..dan pada bulan julai 2013..saya berkahwin dengan lain..adakah sah perkahwinan saya sekarang ni..?

    • ERAKITA said

      Salam Puan Idayu.

      Melihat kepada kes Puan di atas, erakita ingin menekankan di sini betapa perlu dan pentingnya Puan memohon pengesahan lafaz cerai pada bulan Mac itu di Mahkamah Syariah. Lakukanya sekarang dan jangan lagi tunggu masa. Ini masa kritikal. Puan telah bernikah lagi dengan lelaki lai sedangkan perkahwinan yang terdahulu belum lagi ditentukan kedudukannya. Maksud erakita, belum ada kepastian dan pengesahan yang menyatakan bahawa Puan telah bercerai dengan suami terdahulu. Pastikan dahulu bahawa p bahawa perceraian telahpun berlaku antara puan dengan suami puan yang terdahulu. Tentukan berepa pula bilangan talaq yang gugur. Setelah itu, perlu juga ditentukan tempoh eddah puan. Jika tempoh eddah telah berlalu tanpa rujuk dari suami, maka baharulah puan sah bernikah dengan mana-mana lelaki pilihan puan.

      Apa yang perlu puan lakukan sekarang adalah mohon pengesahan lafaz cerai yang dibuat oleh suami pada Mac 2013. Setelah itu, baharulah timbul isu samada puan sah bernikah dengan lelaki lain atau tidak. Bersegeralah tanpa menunggu lagi. Ini amat kritikal dan sebaiknya, puan berbincang dengan suami baru untuk memastikan urusan puan ini menepati hukum syarak dan undang-undang. Biarlah susah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

      Wallahu a’lam.

  36. Rostam said

    saya cerai isteri talak satu diluar mahkamah dalam keadaan marah atas desakan isteri dan ingin merujuk kembali…apa yang perlu saya lakukan?

    • ERAKITA said

      Salam saudara Rostam.

      Erakita bersedih atas apa yang menimpa rumahtangga saudara. Memang rumahtangga ada kalanya berangin, ada kalanya tenang, ada kalanya berombak, ada kalanya tenang. Pasti ada pasang surutnya. Erakita nasihatkan agar saudara Rostam cepat-cepatlah ke Mahkamah Syariah yang terdekat. Ambil borang dari kaunter. Mohonlah pengesahan lafaz cerai luar mahkamah. Inshaa Allah, dalam tempoh 21 hari dari tarikh didaftarkan, kes tersebut akan didengar di hadapan hakim. Usah tunggu lama jika hendak rujuk semula. Biarlah Mahkamah putuskan dahulu samada gugur talaq atau tidak. Jika diputuskan gugur talaq, jika ianya talaq 1 atau 2, ia masih boleh dirujuk dalam tempoh eddah. Justeru, jika amsih ada eddah isteri, bersegeralah datang bertemu dengan Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk di Jabatan Hal Ehwal Agam Islam yang terdekat dan nyatakan hasrat untuk merujuk kembali isteri. Rujuk tersebut perlu didaftarkan dan satu sijil rujuk akan dikeluarkan di sana.

      Semoga informasi iini berguna untuk saudara. Wassalam

  37. Dayang said

    Bekas suami tidak datang untuk kali ketiga untuk pengesahan cerai…apakah tindakan mahkamah seterusnya? adakah cerai kami sah tanpa pengesahan mahkamah?

    • ERAKITA said

      Terimakasih saudari Dayang.

      Apa yang penting sekali adalah suatu notis panggilan atau saman telah berjaya disampaikan kepada suami dengan sempurna menurut undang-undang yang ada. Selagi dokumen berkenaan belum diserhakn ke diri suami, selagi itulah mahkamah tidak akan dapat meneruskan kes tersebtu tanpa kehadiran suami. Dalam hal ini, jika suami enggan hadir ke mahkamah setelah saman atau notis panggilan telah diserahkan kepadanya, isteri boleh minta mahkamah untuk memohon satu waran tangkap ke atas suami dikeluarkan bagi membawanya ke mahkamah.

      Jika sukar mencari suami, dan penyampaian memang tak dapat dilakukan, isteri boleh memohon kepada mahkamah untuk penyampaian gantian termasuk pengiklanan di surat khabar atau tampalan notis panggilan atau saman di mana-mana tempat terakhir di maan suami tinggal dan juga di papan notis mahkamah berkenaan.

      Satu lagi cara yang boleh dilakukan isteri ialah dengan menarik balik permohonan pengesahan cerai itu. Kemudian, menfailkan tuntutan cerai yang baru dengan memilih mana-mana jenis perceraian samada fasakh, ta’liq. Ia adalah bergantung kjepada bentuk alasan perceraian yang akan digunakan.

      Jika suami tidak juga hadir, proses penyampaian gantian akan digunaakn sebagaimana yang dinyatakan di atas. Kes tersebut boleh diteruskan walaupun suami tak hadir asalkan penyampian saman telah disempurnakan. Penghakiman juga boleh dibuat tanpa kehadirannya atas syarat-syarat yang disebutkan tadi.

      Wallahu a’lam

  38. isteri compius said

    ustaz, suami saya telah melafaskan “abang ceraikan ayang” dalam keadaan marah. jatuh talak atau tidak?? masa itu kami bergaduh hari sabtu lepas di rumah kakak di negeri selangor. petang itu kami berbaik dan dia telah rujuk semula. jadi hari isnin kami telah balik rumah di perak. saya ada bercakap dengan nya supaya menelefon pejabat agama untuk mengetahui hal berkenaan. tetapi dia tidak mahu dan cakap jika dia sudah melafazkan rujuk pada saya jadi kami sudah menjadi suami isteri kembali. Jadi saya ingin mengetahui hukum dan cara2 yang betul dan jelas. sebab saya sangat compius dengan jawapan suami. ustaz, tolong bagi jawapan secepat mungkin sebab bulan syawal tidak lama lagi. terima kasih.

    • ERAKITA said

      salam:

      Terimakasih atas pertanyaan Puan di atas. Jika dilihat kepada lafaz tersebut, jelaslah bahawa lafaz tersebut adalah termasuk dalam kategori lafaz yang soreh atau terang. “abang ceraikan ayang” adalah lafaz yang jelas dan terang maksudnya iaitu cerai. Ia tak perlu kepada niat. Jika setakat marah yang tidak sampai menghilangkan akal atau kewarasan, talaq akan gugur dengan lafaz tersebut.

      Apa yang perlu dilakukan bagi mengelak berlakunya rasa was-was atau ragu-ragu, sebaiknya bawalah suami Puan berbincang. Demi kebahagiaan dan menghilangkan rasa was-was, ajaklah suami ke Mahkamah Syriah dan mohonlah pengesahan lafaz cerai luar mahkamah. Biarlah mahkamah buat keputusan samada gugur atau tidak. Hakim akan menyiasat kedudukan lafaz tersebut dan bagaimana ia terjadi. Lazimnya mahkamah akan tanya apa keadaan sebelum lafaz, semasa lafaz dan selepas lafaz. Keterangan tersebut penting bagi membolehkan mahkamah dapat menentukan samada lafaz tersebut dilafazkan dalam keadaan suami waras, terpaksa, atau sebaliknya. Jika dilafazkan dalam keadaan waras, mahkamahlah yang berkuasa untuk memutuskan ia gugur atau tidak.

      Tidak jadi masalah untuk membuat rujuk dan seterusnya mendaftarkan rujuk isteri dalam tempoh eddah di hadapan pendaftar perkahwinan. Yang penting telah jelas ada keputusan mahkamah mengenai perceraian tersebut. Jika dilihat kepada masa kejadian, masa untuk merujuk masih panjang. Justeru, jangan biarkan keadaan ini terus berlanjutan tanpa ada satu kepastian. Dapatkan pengesahan tersebut dari mahkamah secepat mungkin dan hadapilah proses perundangan sebagaimana orang lain menghadapinya.

      Sekian.

      • terima kasih ustaz atas jawapan yang cukup bernas.. saya telah menunjukan soalan no 13 yang seakan sama dengan saya tetapi dia marahkan saya pula. saya sudah berkali2 berbincang dengan suami tetapi dia tetap tidak mahu pergi ke pejabat agama. dia cakap saya betul2 inginkan penceraian pula. lagipun dia bagitahu saya, dia telah mendengar ceramah dalam youtube mengenai isu ini dan tidak payah merujuk kepada jabatan agama kerana akan melecehkan lagi urusan ini dan tetap berdegil dengan keputusan dia. saya nasihatkan dia dan dia mendengar dengan sambil lewa. saya sangat malu untuk bertanya kan soalan ini kepada kedua ibu bapa saya. saya ini sampai sekarang buntu. dari segi agama masih sah kah perkhawinan saya?? apakah jalan yang patut saya ambil.. suami saya sangat degil orangnya.

      • ERAKITA said

        Salam.

        Puan (Isteri Compius) tidak perlu tunggu suami untuk ke Mahkamah Syariah. Jika suami Puan berdegil untuk tidak ke Mahkamah Syariah, Puan boleh menfailkan permohonan bagi pengesahan lafaz cerai tersebut. Tidak perlu bawa suami bersama pada hari penfailan. Puan perlu nyatakan bentuk lafaz tersebut dalam borang yang disediakan. Jika dokumen telah lengkap, kes Puan akan didaftarkan dan diberikan nombor kes. Satu tarikh sebutan pertama bagi kes tersebut akan ditetapkan. Untuk tujuan kehadiran ke Mahkamah, Satu Notis panggilan ke Mahkamah akan dikeluarkan kepada Puan dan juga suami Puan pada tarikh yang ditetapkan itu. Puan dan suami kena hadir. Dalam keadaan tertentu, jika suami tidak hadir, Mahkamah ada kuasa dan budi bicara untuk mengeluarkan waran tangkap kepada suami Puan untuk hadir Mahkamah bagi memberi keterangan. Waran Tangkap tersebut lazimnya dikeluarkan kepada Polis untuk melaksanakan tangkapan.

        Bagi mengelak ini semua berlaku, simple saja. Minta suami hadir di Mahkamah. Jika benar suami Puan sayang dan bertanggungjawap dalam rumahtangga, ia mesti hadir. Ini kerana, urusan yang hendaklah dibuat adalah urusan kasih sayang, urusan antara hak dan tanggunjawap suami isteri, urusan talaq, urusan rujuk, urusan sah atau tidak hubungan kelamin Puan dan suami Puan selepas lafaz tersebut, urusan nasab dan keturunan anak yang bakal dilahirkan dari hubungan kelamin selepas lafaz tersebut.

        Semua perkara ini dapat diselesaikan dengan SANGAT MUDAH dan TIDAK SUSAH jika suami Puan beri kerjasama. Semoga Allah mudahkan urusan Puan dan suami Puan. Amin.

  39. aisyah said

    asslammualaikum ustaz….

    saya berkahwin di thailand pada oktober 2011, dan perkahwinan kami belum di daftarkan lagi.pada september 2012 suami sy dipenjara kan atas kesalahan penjara…perkahwinan kami tidak mendapat restu keluarga sebelah suami, adik beradik dan isteri pertama….persoalan yang ingin saya utara kan kepada ustaz…BOLEHKAH SY MEMOHON PENCERAIAN JIKA PERKAHWINAN KAMI TIDAK DIDAFTAR KAN DAN SUAMI SEKARANG BERADA DI DALAM PENJARA?…mohon penjelasan ustaz…..
    terima kasih…

    • ERAKITA said

      Salam.

      Apa yang berlaku ke atas rumahtangga Puan amat menyedihkan. Terdapat 3 perkara utama yang Puan hadapi. Pertamanya, perkahwinan di Thailand tidak mendapat restu dari keluarga. Keduanya, perkahwinan tersebut belum didaftarkan di Jabatan Agama Islam. Ketiganya, suami Puan telah dihukum penjara atas suatu kesalahan jenayah. Dalam situasi ini, jika Puan hendak bercerai dengan suami yang sedang dipenjara, apa yang Puan perlu lakukan adalah mendaftarkan terdahulu pernikahan tersebut dengan Pendaftar Pernikahan Perceraian dan rujuk di Jabatan Agama Islam.

      Untuk mendaftarkan pernikahan tersebut, Puan perlu terlebih dahulu memohon pengesahan pernikahan Puan dengan suami Puan di Mahkamah Syariah. Jika sah, satu perintah pengesahan dan pendaftaran nikah akan dikeluarkan oleh mahkamah Syariah. Jika nikah tersebut diputuskan tak sah, maka perintah faraq dan pembatalan nikah dikeluarkan Mahkamah. Jika ini yang berlaku, tidak timbul lagi soal nak bercerai dengan suami.

      Jika mahkamah dapati nikah Puan di thailand itu sah, maka sebelum didaftarkan di Jabatan Agama, Puan dan suami Puan akan berhadapan terlebih dahulu dengan proses pendakwaan atas kesalahan berkahwin tanpa kebenaran mahkamah memandangkan perkahwinan ini melibatkan poligami.Lazimnya, setelah didakwa dan sisabitkan salah, serta dihukum, baharulah pernikahan tersebut didaftarkan dan satu sijil nikah akan dikeluarkan oleh Pendaftar pernikahan.

      Selepas mendapat sijil nikah atau resit sementara nikah, baharulah Puan boleh memohon dan mendaftarkan permohonan atau tuntutan perceraian ke ats suami di Mahkamah Syariah.

      Semoga ada manfaat penjelasan ini. Wallahu a’lam

  40. nora said

    salam…

    suamai saya tak pernah memberi nafkah selam 3 tahun lebih..dan kami tidak duduk sebubung selama 2 tahun,saya telah dimadukan dan dia tidak laksanakan tangung jawap sebagai sorang suami..saya mintak fasaq..kalau suami saya tidak hadir sewaktu berbicara nanti macam mana ya?adakah saya perlu mencari dia untuk hadir ke makamah juga?

    • ERAKITA said

      walaikumussalam wbt.

      Puan Nora yang dihormati.

      Di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam di negeri-negeri, seorang isteri berhak untuk menuntut fasakh nikah jika sekiranya suami cuai atau gagal memberikan nafkah kepada isteri 3 bulan atau lebih. Tak payah tunggu bertahun-tahun. Cukup tiga bulan berturut-turut secara cuai atau gagal tanpa sebab menasabah, isteri dah boleh memohon fasakh.

      Tuntutan dikemukakan di Mahkamah Syariah di mana Puan bermastautin. Kes akan didaftar dan satu tarikh sebutan kes yang pertama akan dikeluarkan oleh Mahkamah berkenaan. Saman tersebut hendaklah pula diserahkan kepada suami Puan. Saman pula samada diserahkan oleh Puan sendiri atau Penghantar Saman mahkamah berkenaan.

      Kes tersebut boleh diteruskan walaupun suami tak hadir asalkan saman tersebut telah berjaya diserahkan secara sempurna kepada suami dalam tempoh tidak kurang dari 7 hari dari tarikh sebutan kes. Lazimnya, Mahkamah akan menetapkan satu tarikh baru bagi perbicaraan penuh bagi kes berkenaan di mana isteri kena bawa saksi-saksi berkaitan yang mempunyai pengetahuan mengenai alasan fasakh yang dikemukakan oleh isteri di mahkamah.

      Jika saman tak dapat diserahkan kepada suami, kes berkenaan akan ditangguh lagi bagi penyampaian saman seterusnya kepada suami. Jika segala usaha telah dilakukan, baharulah Mahkamah akan memerintahkan satu penyampaian gantian dilaksanakan iaitu secara tampalan saman di kediaman terakhir suami, tempat-tempat berkaitan dan juga Papan Kenyataan di bangunan Mahkamah Syariah yang mendengar kes berkenaan. Selain tampalan saman, Mahkamah juga boleh memerintahkan agar saman tersebut diiklankan di Surat Khabar Tempatan.

      Satu affidavit penyerahan akan difailkan di Mahkamah oleh orang yang melaksanakan penyampaian tersebut. Jika semuanya teratur, Mahkamah boleh meneruskan kes berkenaan termasuk perbicaraan penuh. Keterangan isteri dan saksi-saksi akan didengar di hadapan hakim walaupun suami tak hadir. Penyampaian gantian itu dikira sudah sempurna seolah-olah, saman tersebut telah berjaya diserahkan kepada suami.

      Selepas semua keterangan isteri dan saksi-saksi diambil, Mahkamah boleh membuat keputusan terus pada hari yang sama atau menangguhkan ke tarikh lain keputusan bagi kes berkenaan. Lazimnya, jika kes berkenaan diwalikil peguam, hakim akan meminta peguam berkenaan berhujah lisan atau menfailkan hujahan bertulis terlebih dahulu.

      Jika semuanya telah dilakukan, Mahkamah akan meminta isteri isteri untuk bersumpah dengan Yamin Istizhar bagi menyatakan kebenaran atas apa-apa dakwaan yang dikemukakan isteri di Mahkamah. Sumpah ini terpakai bagi kes yang mana penghakiman akan dibuat oleh Mahkamah berdasarkan kehadiran sebelah pihak saja. Sumpah ini menggunakan kalimah Allah bagi mengerunkan pihak yang bersumpah.

      Jika isteri sudah bersumpah, maka Mahkamah akhirnya akan membuat keputusan. Jika Mahkamah berpuashati bahawa sebab atas asas tuntutan fasakh isteri dapat dibuktikan, maka Mahkamah akan mensabitkan tuntutan isteri dan seterusnya menfasakhkan pernikahan tersebut. Kesan pembubaran perkahwinan dengan jalan fasakh ialah perkahwinan tersebut akan terbubar terus dan kedua pihak bukan lagi suami isteri. Walaupun isteri akan menjalani eddah, namun, suami tidak ada hak untuk rujuk nikah kerana fasakh bukan seperti talaq 1 atau 2 yang boleh dirujuk. Jika nak kembali sebagai suami isteri, pasangan tersebut perlu bernikah semula sebagaimana apa yang dilalui ketka bernikah dahulu.

      Semoga penjelasan ini dapat memberi manfaat kepada Puan.

      Wallahu a’lam.

  41. Ila said

    Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya tentang pasangan yang bernikah di Siam. Hubungan saya dengan suami kini sudah retak menanti belah. Saya ingin menuntut fasakh atas sebab sebab tertentu. Masalahnya kami belum mendaftar di Malaysia. Saya ingin menyelesaikan masalah kami ini secepat mungkin masalahnya suami tidak mahu memberi kerjasama. Dia telah mengabaikan saya dan pernikahan ni hampir tiga bulan. Saya di rumah ibu bapa saya dan anak ada padanya. Mungkin sebab itu dia merasakan dia tak salah mengabaikan saya. Saya meminta dia menyelesaikan semuanya dengan cara baik tetapi dia mengendahkannya. Bagaimana jika dia enggan mendaftarkan pernikahan kami? Apa yang harus saya lakukan? Bagaimana saya ingin menuntut fasakh padanya? Adakah saya akan hidup digantung tak bertali sepanjang hidup saya? Bagaimana pula saya nak tuntut dan ambil anak saya daripadanya?

    • ERAKITA said

      Walaikumussalam wbt.

      Puan Ila yang dihormati. Apa yang Puan perlu lakukan ialah terlebih dahulu memastikan ada sijil nikah yang didaftarkan dalam daftar Nikah Cerai Rujuk di Pejabat Pendaftar Perkahwinan di negeri di mana Puan bermastautin atau tinggal. Ini penting untuk membolehkan Puan membuat apa juga tuntutan di sisi undang-undang terhadap suami puan di Mahkamah Syariah. Jika Puan nak menuntut fasakh, pastikan terlebih dahulu Puan ada sijil nikah yang sah.

      Justeru, pertama sekali, hadirlah ke hadapan Pendaftar Pernikahan Cerai dan Rujuk di jabatan Agama. Nyatakan dengan jelas dan jujur kedudukan perkahwinan Puan dengan suami puan. Tak perlu tunggu suami puan untuk hadir bersama depan pegawai berkenaan. Puan boleh hadir berseorangan dan nyatakan keadaan sebenar. Selepas mendapat nasihat yang perlu dan gambaran kedudukan Puan, Puan boleh bertindak selepas itu dengan membuat permohonan bagi mendapatkan pengesahan perkkahwinan Puan dengan suami puan di Mahkamah Syariah. Jika suami Puan tidak hadir, tidak mengapa. yang penting Puan failkan saja dahulu permohonan tersebut.

      Jika suami tidak hadir, mohonlah satu perintah daripada Mahkamah untuk mengeluarkan waran sapina terhadap suami supaya hadir di Mahkamah. Sapina adalah suatu bentuk surat rasmi mahkamah bagi memaksa kehadiran mana-mana orang bagi memberi keterangan di mahkamah. Jika sapina telah diserahkan kepada suami dan suami masih gagal hadir mahkamah, Puan seterusnya boleh memohon waran tangkap dikeluarkan kepada suami agar ia hadir di Mahkamah. Pegawai Penguatkuasa Agama atau Polis boleh melaksanakan waran tangkap tersebut.

      Di mahkamah, keterangan puan, suami dan saksi-saksi jika berkaitan akan diambil oleh mahkamah. Mahkamah akan membuat keputusan samada pernikahan tersebut sah atau tidak. Jika sah nikah tersebut, satu perintah pendaftaran nikah dibuat tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang ada. Antara yang akan berlaku ke atas Puan dan suami adalah puan dan suami akan didakwa terlebih dahulu atas kesalahan bernikah yang bersalahan dengan undang-undang iaitu tanpa daripada pendaftar perkahwinan. Jika ia perkahwinan yang memerlukan kebenaran mahkamah seperti poligami, kahwin bawah umur dan janda berhias, maka kebenaran bertulis mesti diperolehi dari mahkamah. Jika tiada, maka pendakwaan atas kesalahan jenayah syarah akan dikenakan kepada Puan dan suami puan.

      Jika pernikahan tersebut tak sah, perkahwinan tersebut akan difarakkan oleh Mahkamah. Justeru, dalam situasi seperti ini, tak perlu Puan bersusah payah untuk memohon bercerai di mahkamah pada masa hadapan kerana tiada perkahwinan yang sah telah berlaku. Namun, jika nikah itu sah, hanya setelah didaftarkan dan mendapat sijil nikah, baharulah tuntutan perceraian ke atas suami boleh dilakukan.

      Pokok pangkalnya, Puan mesti ada sijil nikah yang sah dan didaftarkan dengan Pendaftar Perkahwinan di tempat puan bermastautin atau tinggal. Tanpa sijil nikah, tidak timbul soal membuat tuntutan fasakh atau cerai ke atas suami. Oleh itu, bertindaklah dari sekarang. Jangan berlengah lagi. Mulakan langkah dari sekarang. Walalhu a’lam.

  42. nora said

    salam..
    saya telah pun mminta fasakh di makahma,dan akan bbicara pada oktober 2013.saya terima ugutan pada suami untuk saman saya atas sebab mbuat aduan yang salah di makahma katanya contohnya: nafkah anak, tidak btangung jawap, kawin lain dan sebagainye…dan suami saya telah mberi tahu dia akan mencari kesalahan saya contohnya saya pernah masuk tempat yg tak sepatutnya saya masuk (club).sbelum saya ditinggalkan saya bukan ppuan jenis suke pegi tempat macam tu…di sebab kan saqya terlalu ttekan dengan masalah saya dan suami tak pernah ambil tahu makan minum anak2..saya telah mngikut kwan2 sebanyak 2 kali..dan pekara ini telah diketahui oleh suami saya sebelum saya mminta fasaq..adakah saya akan dikenakan saman?dan untuk menang dan demi maruah keluarga saya, perlukah saya adakan peguam?saya jadi ttekan kerana takut dia rampas anak2 saya..sedangkan dia tak pernah tengok dan mberi nafkah pada saya dan ank2..kesilapan saya hanya itu satu yang mbuat saya jadi tak tenang..apakah yang patut saya lakukan?

    • ERAKITA said

      Salam.

      Puan ambil peguam samada peguam syarie dari Jabatan Bantuan Guaman atau peguam syarie swasta. Tak perlu risau dengan ugutan suami. Apa yang penting adalah Puan fokus dengan matlamat Puan iaitu nak membubarkan pernikahan dengan cara fasakh. Fasakh ada alasan khusus sebagaimana dalam seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam. Jika terbukti salah satu alasan tersebut, maka nikah tersebut boleh difasakhkan.

      Mengenai ugutan suami untuk menyaman, tak perlu risau. Erakita tak nampak ugutan tersebut boleh menjejaskan tuntutan fasakh Puan. Teruskan saja tanpa rasa ragu. fokus dengan apa yang Puan tuntut. Wallahu a’lam.

  43. Syah said

    Salam,

    Saya ada satu kemusykilan. Jika seorang isteri yang telah diceraikan diluar mahkamah oleh bekas suami dan telah habis tempoh iddah selepas diceraikan. Mereka tidak tinggal bersama semenjak si suami melafazkan cerai. Penceraian ini telah lama berlaku dan tidak dilaporkan.

    Si isteri ini kemudiannya bernikah di thailand dengan lelaki lain. Adakah pernikahan ini sah dari segi syarak?

    Jika ini berlaku apa yang boleh si isteri bersama suami baru nya lakukan untuk mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah di Malaysia?

    Terima kasih.

    • ERAKITA said

      Salam.

      Telah dinyatakan sebelum ini bahawa menurut undang-undang yang ada, hanya mahkamah syariah saja yang boleh mengesahkan samada perceraian terlah benar-benar berlaku atau sebaliknya. Juga ditentukan sekali berapakah bilangan talaq yang telah gugur. Pihak Mufti atau Jabatan Agama tidak akan mengeluarkan pengesahan mengenai perkara ini.

      Oleh itu, anda tidak sepatutnya mendiamkan perkara ini jika lafaz cerai benar-benar sudah dibuat oleh suami. Elakkan dari bernikah dengan mana-mana lelaki selagi belum dipastikan kedudukan perkahwinan yang terdahulu. Anda belum mengetahui dengan jelas samada benar-benarkah telah gugur talaq si isteri atau tidak. Bayangkan jika mahkamah kemudiannya mengesahkan bahawa tiada talaq berlaku anda pasangan suami isteri itu. Kesannya adalah perkahwinan yang baru dengan pasangan baru si isteri itu tidak sah kerana perkahwinannya yang terdahulu masih wujud.

      Erakita berpesan agar anda berdua cepat-cepatlah ke mahkamah syariah bagi mendapatkan pengesahan perveraian tersebut. Ini juga akan memudahkan anda berdua mengetahui dengan tepat bilakah eddah si isteri bermula dan tamat. Ini semua perlu diketahui lebih-lebih lagi bagi tujuan rujuk mahupun bagi menjalani pernikahan dengan orang baru. Wallahu a’lam.

  44. muhammad said

    salam,
    saya telah melafazkan cerai keatas bekas isteri saya 3 tahun yang lepas ketika kami sedang menuntut di luar negara dan hasil perkahwinan kami,kami tidak mempunyai anak.dan ketika itu kami tidak pernah ke mahkamah untuk menfailkan penceraian disebabkan kami berada di luar negara.saya telah menfailkan pengesahan penceraian di luar mahkamah pada awal bulan ini,dan telah menerima tarikh untuk hadir ke mahkamah.masalah yang timbul sekarang adalah,bekas isteri saya masih lagi berada di luar negara dan tidak boleh kembali untuk pembicaraan tetapi dia sudah dimaklumkan mengenai perbicaraan dan kami sudah bersetuju untuk tidak membuat apa2 tuntutan.soalan saya,bolehkah mahkamah meneruskan pembicaraan tanpa kehadiran bekas isteri saya dan sekiranya boleh untuk berapa lamakah masa yang perlu diambil oleh mahkamah untuk mengeluarkan notis sah penceraian,ini disebakan saya akan melansungkan pernikahan bersama wanita lain dalam masa 3 bulan dari sekarang.mohon pencerahan daripada ustaz..

    • ERAKITA said

      Salam.

      Anda telah melakukan tindakan yang tepat untuk mendapatkan pengesahan perceraian dari mahkamah syariah. Kes di mahkamah boleh diteruskan tanpa kehadiran isteri asalkan penyampaian saman atau notis permohonan telah disempurnakan menurut undang-undang kepada isteri anda.

      Mahkamah bahkan boleh membuat penghakiman atau perintah tanpa kehadiran si isteri setellah mahkamah mendengar keterangan suami mengenai bentuk lafaz tersebut. Mahkamah juga perlu meminta terlebih dahulu sebelum membuat penghakiman kes berkenaan kepada suami untuk bersumpah yang dinamakan yamin istizhar. Yamin Istizhar diperlukan dalam kes di mana pihak yang dituntut atau defendan tidak hadir di mahkamah.

      Proses penyelesaian tidaklah lama. Yang penting, anda menemui pendaftar mahkamah tersebut dan nyatakan perancangan anda untuk bernikah tidak lama lagi. Inshaa Allah, mahkamah akan menjadualkan kes berkenaan lebih awal. Semoga urusan anda dipermudahkan Allah. Wallahu a’lam

  45. yati said

    Assalamualaikum.. Saya nak tanya, semasa saya ke mahkamah syariah, mereka menyuruh saya membuat 1 surat mengatakan yg suami telah melafazkan cerai. Saya tak faham, surat yang mcm mn kah perlu saya buat.. Dia berkata, jika nnti mahkamah panggil suami isteri utk di bicarakan takut2 suami x mengaku yg dia telah melafazkan cerai itu pd isteri. Harap dapat pertolongan dr admin.

    • ERAKITA said

      Walaikumussalam Puan Yati.

      Mengenai persoalan anda, setiap permohonan atau tuntutan di Mahkamah perlu menggunakan borang tertentu. Di Mahkamah, hanya ada dua cara iaitu melalui notis permohonan yang disertai oleh Affidavit Sokongan dan juga melalui Saman yang disertai dengan Penyata Tuntutan. Notis atau saman tersebut diperlukan untuk membolehkan ianya diserahkan kepada pihak defendan atau suami anda dalam kes ini. Bersama notis atau saman tersebut adalah affidavit atau penyata tuntutan anda yang menyatakan perihal permohonan atau tuntutan anda.

      Setelah menerima dokumen berkenaan, defendan atau suami dikehendaki hadir pada tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah. Jika defenda atau suami mempertikaikan tuntutan anda, beliau berhak untuk meminta tempoh dari mahkamah untuk menfailkan penyata pembelaan bertulis. Dalam kes pengesahan lafaz cerai, suami perlu menjawap secara bertulis samada beliau bersetuju dengan kenyataan anda bahawa suami telah melafazkan cerai ke atas anda.

      Mengenai kekeliruan anda, anda boleh meminta kebenaran untuk bertemu terus dengan Pendaftar atau Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah mengenai proses permohonan atau tuntutan anda itu. Tak perlu risau. Inshaa Allah, anda akan lebih jelas lagi. Sekiranya suami anda hadir di Mahkamah dan menyatakan persetujuan terhadap kandungan permohonan atau tuntutan anda, itu lebih mudah. Hakim ada kalanya mendengar terus permohonan tersebut dan merekodkan persetujuan jika ada bagi memendekkan perjalanan prosiding kes. Persetujuan tersebut akan dijadikan satu keputusan dan perintah mahkamah.

      Sekali lagi, dianjurkan agar anda berjumpa terus dengan pendaftar mahkamah untuk lebih lanjut. Wallahu a’lam.

  46. mus said

    Saya bangkang. Bercerai bukan jenayah

    • ERAKITA said

      Terimakasih atas bangkangan anda. Anda sememangnya berhak menyuarakan isi hati anda. Sukacita juga andai anda dapat menyumbangkan alasan bangkangan anda tersebut untuk dikongsi bersama oleh para tetamu erakita.

      Terimakasih dan wassalam

  47. rinn said

    Assalamualaikum,
    Masalah saya telah berlarutan agak lama.
    Suami saya mempunyai sikap yg suka lari atau menghilangkan diri setiap kali berdpn dgn masalah.Alasan yg selalu digunakan ialah apabila dia sdg marah dia tidak mahu tersalah ckp. Pd permulaan saya agak tertekan dan selalu jd pertengkaran. Namun kelamaan saya cuba utk faham dan membiarkan dia keluar utk bertenang walaupun kdg2 ia makan masa selama beberapa hari tanpa berita dr suami dgn harapan dia bertenang dan lps dia kembali kami boleh berbincang.
    Tp apa yg berlaku mmg dia tenang dan lagaknya seolah2 tiada apa yg berlaku. Apabila saya rasa masa sesuai sy cuba ajak berbincang tp dia sentiasa mengelak.
    Hal yg sama berlaku apabila kami mengalami perceraian.

    1.Perceraian pertama telah berlaku dan telah selesai . Surat rujuk juga telah diterima.
    2.Perceraian kedua berlaku di hadapan keluarga namun ltiada lafaz jelas cuma dia katakan yg dia sudah tak boleh dgn saya. Dan terus tinggalkan saya.ketika itu kami di rumah keluarga saya. Selang 2 hari saya pulang ke rumah ditemani keluarga. Selama keluarga saya di rumah dia tidak pulang. Sebaik keluarga saya balik baru dia pulang ke rumah dan kami rujuk. Keluarga menasihat dan saya mengajak dia ke pjbt agama atau mahkamah utk seleasaikan hal rujuk dan cerai. Dia setuju tp selepas dia selesaikan urusan kerja dulu. Namun sehingga hari ini telah lebih sethn dia mengelak utk pergi. Alasannya kami telah rujuk. Hal ini terhenti setakat itu. Kami menjalankan hidup spt biasa. Namun sikap yg suka menghilangkan diri dan balik hingga lewat mlm atay awal pagi masih tidak berubah.
    3. Oktober 2013 berlaku pertengkaran dan perang dingun berlaku hingga skrg. Dia telah meluahkan perasaan yg kemungkinan kami tidak boleh bersama lagi. Tp menurutnya dia tidak mahu kata apa2 sehingga dia mempunyai duit yg mencukupi utk ke mahkamah. Dia akan melafazkan cerai di mahkamah dan minta utk beri dia masa. Utk pengetahuan kami masih serumah tp dia mahu duduk di bilik bwh sehingga semua selesai. Dia akan keluar sesuka hati tanpa tinggalkan nafkah dgn alasan bekerja.
    Kami mempunyai seorg anak lelaki berusia 4thn.Sekiranya dia tidak menegur saya, anak juga dia tidak peduli.
    Saya mengaku ada perkara yg saya lakukan dgn sengaja yg menaikkan kemarahannya kerana saya tidak tahan dgn sikapnya yg tidak memberi respon terhadap apa2 pun. Dan pada saat ini dia amat yakin yg dia tidak bersalah dlm satu hal pun dan menyalahkan saya atas semua hal yg berlaku dgn ungkapan.berani buat berani tanggung. Jadi katanya tunggulah masa yg sesuai dia kan lafazkan dia mahkamah.

    soalan saya..apakah status saya dan dia skrg kerana saya rasa dia sudah berniat melepaskan saya cuma maslah kewangan yg menjadi halangan.
    Perceraian ke dua yg berlaku lebih sthn lps tidak dilapor..saya mengaku saya juga ada kesilapan dgn tidak bertegas dlm hal ini tp saya bimbang hal akan menjadi lebih buruk kerana buat beberapa ketika hidup kami aman. Apakah implikasi terhadap diri saya dan suami akibat kes perceraian ini. Saya juga sudah lupa akan tarikh hal tersebut berlaku.
    Apakah hak saya dan anak dlm hal ini kerana nafkah keewangan telah jarang saya perolehi dlm masa 3 bln ke blkg. Kebanyakan bil tertunggak juga dibayar menggunakan kredit kad saya dan tidak dibyr. Saya telah sethn tidak bekerja.kebanyakan hutang bank atas nama saya. Dia tiada hutang dgn bank kerana dia beniaga dan susah utk mendpt pinjaman dr bank. Dia bersetuju utk menyelesaikan semua hutang sy tp persetujuan tersebut tidak pernah terlaksana walaupun sudah beberapa bln dia bersetuju.
    Sekarang saya tidak ada wang dan pendpatan, bil telefon rumah dan bimbit semua atasa nama saya,hutang kredit kad lebih 20k atas nama saya.
    Saya tersangkut dlm semua hal.
    Dan skrg dia mengabaikan saya dlm semua hal kerana mengikut katanya dia rasa dia sudah tak mahu ada apa2 lagi dgn saya slps ini. Jd bg dia dia sudah tidak ada apa2 tanggungjwb lg terhadap sy dan dia izinkan saya keluar pd bila2 masa sekiranya sy ada hal di luar. Tak perlu minta keizinan dia lg.
    apakaha status saya skrg? Saya sgt keliru dan buntu tambahan saya perlu mencari sumber pendpatan dlm masa terdekat kerana susu anak hampir habis dan anak perlu masuk sekolah pd thn hdpn.Saya harap pihak tuan dapat memberikan saya sedikit pengetahuan utk menangani masalah saya ini. Pendapat dan bantuan pihak tuan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

    • ERAKITA said

      Walaikumussalam wbt.

      Puan mempunyai 2 pilihan untuk menyelesaikan persoalan di atas. Pertamanya, Puan menfailkan permohonan bagi mendapatkan pengesahan perceraian luar mahkamah di Mahkamah Syariah. Permohonan ini penting untuk mendapatkan keputusan dan pengesahan dari Mahkamah Syariah samada lafaz-lafaz mengenai cerai yang dibuat oleh suami itu telah menggugurkan talaq atau tidak.Hanya Mahkamah Syariah saja pihak yang berotoriti untuk mengesahkannya. Bentuk lafaz yang dibuat oleh suami pula mestilah dicatat dengan jelas dalam permohonan agar mahkamah mudah mendapatkan keterangan khususnya dari pihak suami. Jika dapat, ingati tarikh lafaz tersebut. Jika tidak, sekurang-kurangnya catatkan bulan dan tahun kejadian. Cuba imbas kembali peristiwa-peristiwa yang membawa kepada berlakunya lafaz cerai tersebut agar memudahkan Puan dan Suami memberikan keterangan yang jelas kepada Mahkamah. Ini kerana, selain menentukan samada telah berlaku gugur talaq, mahkamah juga akan menentukan bilakah permulaan eddah Puan jika berlaku talaq di luar mahkamah. Keputusan Mahkamah penting bagi menghilangkan keraguan atau was-was Puan mengenai kedudukan perkahwinan Puan dan Suami.

      Dalam keadaan suami Puan tidak begitu memberi respon dan kerjasama yang baik bagi menyelesaikan permasalahan rumahtangga, Puan tidak boleh membiarkan keadaan ini terus berlaku tanpa noktah. Ia membebankan fikiran. Ia boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada Puan dan juga suami Puan, antaranya penyakit darah tinggi dan lain-lain yang boleh diakibatkan oleh tekanan perasaan atau emosi.

      Justeru, Puan juga boleh memilih untuk membuat tuntutan fasakh nikah terhadap suami. Puan boleh menggunakan perbuatan suami yang mendera emosi dan menyebabkan hidup Puan sebagai isteri menderita akibat perlakuan aniayanya. Puan juga boleh menggunakan alasan tidak diberikan nafkah oleh suami 3 bulan berturut-turut secara sengaja atau cuai untuk menuntut fasakh nikah. Tindakan suami menggunakan nama Puan untuk mendapatkan kemudahan pinjaman atau hutang yang akhirnya menjerat dan menyusahkan hidup Puan boleh juga dijadikan alasan tambahan dalam tuntutan fasakh bagi menzahirkan kepada mahkamah betapa tindakan suami mengambil kesempatan ke atas puan itu benar-benar mendera emosi dan menaniaya Puan dan menjadikan hidup Puan menderita.

      Jika dilihat kepada kedudukan dalam perundangan Islam, si Suami adalah ketua keluarga. Ia mempunyai tanggunjawap dan kewajipan yang amat besar terhadap keluarganya. Ia bertanggunjawap di dunia dan akhirat atas segala yang berlaku pada ahli keluarganya terutama isteri dan anak-anak. Tugas utamanya adalah memastikan keselamatan, makanan, pakaian dan pendidikan kepada isteri dan anak-anak terjamin dan terpelihara. Ia mempunyai amanah yang besar di sisi Allah untuk memelihara ahli keluarganya dari azab api neraka.

      Tidaklah wajar seorang suami terus membiarkan perkara sebegini dari terus berlaku tanpa penyelesaiannya. Jika suami terus berdiam diri, Puan perlu memainkan tindakan. Ambilkan khidmat peguam syarie untuk mewakili Puan dalam menyelesaikan permasalah ini di Mahkamah. Tak perlu risau kerana tindakan ini adalah untuk kebaikan Puan dan Suami. Puan sebaiknya dalam hal ini mengambil khidmat guaman syarie samada mendapatkan khidmat dari Jabatan Bantuan Guaman atau mana-mana peguam syarie swasta yang bertauliah. Dengan mengambil khidmat Guaman, Puan berpeluang untuk mengemukakan tuntutan-tuntutan lain termasuk hutang piutang suami kepada Puan di Mahkamah. Selain itu, hak-hak lain seperti nafkah tertunggak isteri dan nafkah anak juga dapat dituntut sekali. Begitu juga dengan harta sepencarian jika harta tersebut wujud dalam perkahwinan Puan dan suami. Sebaik Puan mempunyai kekuatan dan keyakinan pada diri sendiri untuk bertindak, tiada salahnya untuk mengambil tindakan yang sebegini. Ianya adalah tindakan yang betul, dan jika diniatkan sebagai satu ibadah, ianya pasti mendapat ganjaran pahala dari Allah s.w.t.

      Wallahu a’lam

  48. azman said

    Salam…sya suda brcerai dgn bekas isteri sy 3 tahun yg lalu… Kmi brcerai d luar mahkamah.. Mahkamah telah mengesahkan penceraian kami.. Sekarang sya suda brkawin balik.. Mslahnya, bagaimana caranya untuk bekas isteri sya tu yg ingin brnikah brsama lelaki lain… Kmi blum lg mendapatsurat cerai yg sah… Bgaimana untuk bekas isteri sya untuk memohon kebenaran nikah walaupun blum ada surat cerai yg sah melainkn surat pengesahan cerai sementara…

    • ERAKITA said

      Walaikumussalam wbt.

      Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana saudara dan bekas isteri telah menyelesaikan pengesahan perceraian tersebut di Mahkamah Syariah. keputusan atau perintah pengesahan perceraian tersebut perlu dirujukkan kepada Pendaftar Pernikahan Pereceraian dan Rujuk (PPR) di Jabatan Agama Islam. Satu surat atau sijil sementara perceraian akan dikeluarkan kepada pasangan sementara menunggu sijil perceraian dikeluarkan.

      Untuk berkahwin dengan pasangan baru, permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pejabat PPR tersebut. Kemukakan bukti pengesahan perceraian tersebut dari Mahkamah termasuk resit atau surat sementara menunjukkan bukti perceraian kepada pegawai berkenaan. Isilah borang kebenaran berkahwin yang disediakan.

      Lazimnya tidak akan ada masalah dari segi mendapatkan kebenaran berkahwin dalam situasi ini. Bagaimanapun, perlu dipastikan terlabih dahulu bahawa bekas isteri sudah selesai menamatkan tempoh eddahnya. Demikian juga bagi bekas suami. Jika ia hendak berkahwin juga dengan wanita baru sedangkan bekas isterinya masih dalam tempoh eddah, lelaki berkenaan lazimnya akan dikehendaki oleh Pegawai PPR untuk mendapatkan kebenaran berpoligami terlebih dahulu. Ini dilakukan bagi mengelak si suami merujuk semula isterinya itu dalam tempoh eddah sedangkan ia sudah mempunyai isteri baru tanpa perlu mendapatkan kebenaran berpoligami.

      Justeru, ikutilah nasihat dan panduan yang diberikan oleh Pegawai PPR tersebut bagi membolehkan urusan perkahwinan tersebut lancar. Wallahu a’lam

  49. far4ah said

    salam, saya nak bertanya, cerai dan rujuk yang tidak didaftarkan/ difailkan di mahkamah adalah satu kesalahan dari segi undang2. namun dari hukum syarak, masihkah sah sesebuah perkahwinan itu?

    • ERAKITA said

      Walaikumussalam wbt.

      Berkenaan pertanyaan Saudari Far4ah di atas, jelas sekali bahawa undang-undang yang ada ketika ini menghendaki perceraian dan rujuk didaftarkan di Jabatan hal Ehawal Agama Islam. Pegawai Agama yang bertanggungjawap untuk menyelia dan mentadbir urusan pendaftaran tersebut adalah Pendaftar Pernikahan Perceraian dan Rujuk (PPR).

      Justeru, bila berlaku lafaz cerai di luar mahkamah, undang-undang juga menghendaki pasangan berkenaan membuat permohonan di Mahkamah Syariah bagi mendapatkan pengesahan samada telah berlaku talaq atau sebaliknya. Pasangan tersebut perlu berterus terang di mahkamah mengenai kejadian sebenar. Jelaskan bagaimanakah bentuk atau bunyi lafaz tersebut, bila berlaku, bagaimana boleh berlaku, bagaimana keadaan suami ketika melafazkan, termasuk apakah niat suami terutama jika melibatkan lafaz dalam bentuk tulisan (SMS, EMEL, WHATAPPS) dan seumpamanya.

      Jangan biarkan anda berada dalam keadaan was-was atau ragu-ragu mengenai status anda sebagai suami isteri. Perasaan was-was atau ragu-ragu samada anda sudah bercerai atau tidak sesungguhnya amat mengganggu ketenteraman jiwa. Paling selamat adalah ikuti sahaja peraturan dan undang-undang yang ada. Andai anda ke Pejabat mufti atau jabatan Agama Islam untuk bertanyakan soal jatuh atau tidak talaq, sabit atau tidak rujuk, pegawai di pejabat berkenaan juga akan meminta anda ke Mahkamah syariah bagi mendapatkan pengesahan mengenai perceraian atau rujuk tersebut.

      Soal sah atau tidak cerai dan rujuk yang dibuat di luar mahkamah, hal tersebut erakita tidak akan membuat jawapan mengenainya. Cukuplah ditekankan di sini bahawa kehadiran anda ke Mahkamah syariah mampu menyelesaikan persoalan yang anda hadapi. Terimakasih dan wallahu a’lam.

  50. kaunisiapa said

    Saya hampir tidak percaya apa yang saya baca di sini, hak yg Allah Taala berikan pada suami diambil alih oleh penguatkuasaan, makin bertambah liberal lah umat islam di Malaysia ni, segala macam hukum Allah Taala di ubahsuai seolah2 mereka ini lebih bijak drp creator nya sendiri atau pun Rasulullah. Berapa lemahnya akidah umat islam sekarang ini. Setahu saya, dlm al Quran Talak perlu saksi sedangkan perkahwinannya tidak perlu. Manusia kini dah terlebih memandai. Masyaallah..!

    • ERAKITA said

      Terimakasih atas pandangan Saudara di atas. Saudara berhak untuk memberi pandangan tersendiri. Semoga pandangan tersebut sama-sama dapat difikir dan direnung bersama.

  51. ody said

    Salam ustaz,sy dan suami baru br kahwin atas dasar suka sama suka selama 2 bulan..kami selalu bergaduh perkara2 kecil ms bertunang dan semakin truk lps brkahwin..slps 2 bln kami brgaduh atas perkara kecil dan sy meminta dilpskn secara tidak sedar dan suami lafaz aku lepaskan kau dlm keadaan marah dan menjerit2..adakah sah lafaz tersebut..semasa dimahkamah suami beri alasan dia dipaksa melepaskn sy kerana dicabar dan hakim telah tunda kes kami..adakah sah lafaznya?malang nasib sy..suami seorg yg ego dan tidak mahu berbaik semula wlupn dia sygkn sy..apa harus sy lakukan ustaz?sy juga buntu berkaitan iddah sy..memandangkan slps 3bulan lafaz talaq baru tarikh bicara kami..bantu sy ustaz.

    • ERAKITA said

      Salam.

      Keadaan rumahtangga anda sesungguhnya amat memilukan. Tidak ada orang yang berkahwin dan menginginkan hal sebegini terjadi dalam rumahtangga. Semuanya inginkan kebahagiaan sebagaimana diimpikan orang lain. Tindakan anda ke mahkamah untuk mendapatkan pengesahan perceraian yang telah dilakukan suami di luar mahkamah adalah tepat sekali.

      Anda tidak perlu risau dengan keadaan sekarang. Berilah kerjasama sepenuhnya kepada Mahkamah. Hadirlah ke mahkamah apabila kes dijadualkan bagi pendengaran. Keputusan kes berkenaan banyak bergantung kepada keterangan suami. Kejujuran suami amat perlu dalam hal ini. Perkataan “lepaskan” yang digunakan dalam lafaz cerai perlu diteliti oleh mahkamah terlebih dahulu apakah maksud sebenar lepas. Lepas juga sebenarnya mengandungi maksud yang lain. Oleh itu, maksud lepas itu juga boleh dijelaskan kepada mahkamah samada lepas yang dimaksudkan itu adalah cerai.

      Mengenai keadaan terpaksa yang dinyatakan suami, suami perlu menjelaskan kepada mahkamah apakah dan bagaimanakan yang beliau maksudkan terpaksa.

      Terimalah apa saja keputusan mahkamah dengan rela. Mahkamah hanya akan memutuskan kes berkenaan samada telah gugur talaq atau tidak setelah semua keterangan dan perkara-perkara berkaitan diambilkira dan dipertimbangkan. Anda tidak perlu risau mengenai eddah tersebut. Jika benar berlaku cerai dan eddah telah tamat ketika mahkamah keluarkan keputusannya, maka anda perlu bernikah semula sebagaimana dahulu jika masih ingin hidup semula sebagai suami isteri. Jika masih ada eddah, tak perlulah nikah. Rujuk sahaja di hadapan pendaftar PPR di Jabatan Agama Islam.

      Wallahu a’lam.

  52. nadeera said

    Asslmmualaikum. Saya nak Tanya, suami Saya telah melafazkan ceraI kpd Saya disebabkn Ada orang ketiga dalam penceraian itu. Saya dan suami akan naik mahkamah dalam bulan ini, orang yang ketiga itu tidAk Perlu hadir ya?Mahkamah hanya nak bukti Betul ke cerai sudah disabitkan sah atau tidak ya?

    • ERAKITA said

      Salam.

      Memang benar. Orang ketga tersebut tak perlu hadir melainkan mahkamah kata, ia perlu hadir. Keterangan suami dan isteri sudah memadai dalam kes pengesahan lafaz cerai yang sudah dilakukan oleh suami di luar mahkamah. Jika suami mengaku lafaz tersebut, mudahlah bagi mahkamah membuat keputusan dalam tempoh yang lebih singkat.

      Wallahu a’lam dan terimakasih

  53. Intan Bukan Nama Sebenar said

    asslammualaikum ,
    saya nak bertanya kan soalan .
    Penting sangat .
    suami saya sudah lafaz talak kepada saya , tapi saya tahu disebabkan dia ada orang ketiga dalam hidupnya . Jadi , minggu ini saya dan suami saya akan pergi ke mahkamh untuk mengesahkan penceraian kami . Jadi , orang yang saya mksudnya itu orang ketiga itu , dia terlibat hadir juga atau tidak ?

    • ERAKITA said

      Walaikumussalam wbt.

      Dalam hal ini, erakita berpendapat bahawa orang ketiga tersebut tak perlu hadir di mahkamah melainkan jika diperlukan sebagai saksi lafaz. Bagaimanapun, jika lafaz tersebut diakui sendiri suami, maka hal tersebut lebih mudah bagi mahkamah untuk membuat keputusan. Semoga kes anda berjalan lancar dan selesai dalam kadar segera. Wallahu a’lam.

  54. idah said

    salam… saye nk tanye suami pernah lafaz cerai memalui sms tp sampai sekarang masih belum dirujuk ke pejabat agama kerana suami kate nk rujuk semula.. ape yg harus suami n saye lakukan…

    • ERAKITA said

      Salam.

      Dalam hal ini, samada lafaz tersebut dibuat melalui lisan atau tulisan, anda perlu bersegera ke mahkamah syariah bagi mendapatkan pengesahan samada telah gugur talaq atau tidak. Kehadiran suami dan isteri di hadapan hakim bagi menyatakan keadaan sebenar adalah terlalu penting. Jika lafaz tersebut berbentuk tulisan (SMS), suami perlu menyatakan niatnya semasa menulis dan menghantar sms tersebut kepada isteri samada ia meniatkan untuk menceraikan isteri atau sebaliknya. Biarlah hakim putuskan perkara tersebut.

      Elakkan dari membuat keputusan atau andaian sendiri tanpa merujuk kepada pihak berotori. Hindarkan perkara yang meragu-ragukan anda dengan bersegera ke mahkamah syariah. Inshaa Allah, jika benar telah berlaku talaq, anda masih boleh rujuk nikah sekiranya tempoh eddah isteri masih ada. Wallahu a’lam

  55. siti said

    Assalamualaikum..soalan saya suami telah mengaku dirinya Bujang dan tidak berkahwin lagi malah pernah juga mengaku dirinya Duda sudah bercerai demi memikat wanita lain..Jatuh atau tidak talak ke atas saya.?saya merasakan perkahwinan kami tidak patut diteruskan kerana sikapnya yg kerap menipu mngenai wanita lain walaupun sudah berjanji tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama selama 9 tahun usia perkahwinan kami..Saya sudah tidak mempercayai dirinya lagi..Minta pencerahan mengenai masalah saya ini..terima kasih.

    • ERAKITA said

      Walaikumussalam wbt.

      Puan mempunyai 2 pilihan untuk menyelesaikan persoalan di atas. Pertamanya, Puan menfailkan permohonan bagi mendapatkan pengesahan perceraian luar mahkamah di Mahkamah Syariah. Permohonan ini penting untuk mendapatkan keputusan dan pengesahan dari Mahkamah Syariah samada lafaz-lafaz mengenai cerai yang dibuat oleh suami itu telah menggugurkan talaq atau tidak.Hanya Mahkamah Syariah saja pihak yang berotoriti untuk mengesahkannya. Bentuk lafaz yang dibuat oleh suami pula mestilah dicatat dengan jelas dalam permohonan agar mahkamah mudah mendapatkan keterangan khususnya dari pihak suami. Isunya samada lafaz berbentuk pengakuan sudah menceraikan isteri atau masih bujang atau berstatus duda itu menyebabkan talaq gugur ke atas isteri, hal tersebut biarlah mahkamah yang menentukannya. Banyak aspek yang akan dipertimbangkan oleh Mahkamah sebelum membuat keputusan mengenainya. Keputusan Mahkamah penting bagi menghilangkan keraguan atau was-was Puan mengenai kedudukan perkahwinan Puan dan Suami.

      Puan juga boleh memilih untuk membuat tuntutan fasakh nikah terhadap suami. Puan boleh menggunakan perbuatan suami yang mendera emosi dan menyebabkan hidup Puan sebagai isteri menderita akibat perlakuan aniayanya. Perbuatan suami yang selalu berdampingan dengan perempuan lain, memikat dan menjadikannya sebagai teman istimewa, dan lebih-lebih lagi jika melakukan perbuatan terlarang dalam agama boleh dijadikan alasan fasakh.

      Puan sebaiknya dalam hal ini mengambil khidmat guaman syarie samada mendapatkan khidmat dari Jabatan Bantuan Guaman atau mana-mana peguam syarie swasta yang bertauliah. Sebaik Puan mempunyai kekuatan dan keyakinan pada diri sendiri untuk bertindak, tiada salahnya untuk mengambil tindakan yang sebegini. Ianya adalah tindakan yang betul, dan jika diniatkan sebagai satu ibadah, ianya pasti mendapat ganjaran pahala dari Allah s.w.t.

      Wallahu a’lam

  56. Nurul said

    Assalamualaikum wbt.,
    Saya ingin bertanya, saya dan bekas suami telah bercerai pada 2011. Penceraian di failkn di mahkamah syariah Kelantan (tempat di mana suami bekerja) dan saya sebelum diceraikan tinggal di rumah kelamin kami di Kuala Lumpur. Saya mendapat surat panggilan ke mahkamah syariah Kota Bharu ketika saya di dalam tempoh berpantang dan tarikhnya betul-betul selepas saya habis berpantang dan saya tidak pergi ke mahkamah. panggilan kedua ke mahkamah juga saya tidak pergi memandangkan saya mempunyai anak kecil dan susah untuk meninggalkn anak pada ketika itu.

    Selepas panggilan ke dua ke mahkamah, saya diberitahu bahawa saya sudah diceraikan. Dan saya meminta tolong bapa saudara yang tinggal di Kelantan untuk mengambil surat pengesahan penceraian saya. Persoalannya, di surat pengesahan penceraian tertulis jenis penceraian “Di Luar Mahkamah” sedangkan bekas suami saya tidak pernah melafaz cerai ketika kami masih bersama iaitu sebelum saya bersalin. Mohon pencerahan sama ada talak itu sah atau tidak dan apa yang saya patut lakukan.

    Sekian, terima kasih.

    • ERAKITA said

      Walaikumussalam wbt.

      Jika telah ada hitam putih (perintah bertulis mengenai perceraian) antara Puan dan Suami dari Mahkamah Syariah Kelantan, itu bermakna Puan dan suami Puan telah jelas bercerai dan Puan kena menerima keputusan mahkamah berkenaan dengan tabah dan redha.

      Berdasarkan kepada kenyataan Puan di atas, kes permohonan bagi pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah tersebut telah difailkan oleh suami di Mahkamah Syariah Kelantan. Erakita percaya bahawa satu saman atau notis permohonan telah diserahkan kepada Puan untuk hadir di Mahkamah sebelum ini. Kehadiran Puan sebenarnya adalah penting dalam kes berkenaan bagi memudahkan mahkamah mendapatkan keterangan lanjut mengenai lafaz cerai berkenaan.

      Mahkamah hanya akan meneruskan sebutan, pendengaran dan perbicaraan ssesuatu kes setelah saman atau notis permohonan telah diserahkan menurut undang-undang. Mahkamah juga boleh meneruskan bagi mendengar kes berkenaan walaupun tanpa kehadiran pihak yang dituntut atau responden atau defendan setelah mahkamah berpuashati saman atau notis permohonan tersebut berjaya diserahkan kepada pihak yang dituntut. Erakita percaya bahawa kes berkenaan telah diteruskan pendengaran oleh Mahkamah tanpa kehadiran Puan setelah penyampaian saman atau notis permohonan telah dibuat ke diri Puan sebelum itu.

      Di Mahkamah, setelah mendengar keterangan suami mengenai lafaz tersebut, Mahkamah boleh membuat keputusan samada gugur atau tidak talaq suami ke atas isteri berdasarkan lafaz yang telah dibuat di luar mahkamah. Dapat difahami bahawa si suami telah membuat pengakuan kepada Mahkamah bahawa suami telah melafazkan talaq ke atas Puan samada di hadapan Puan atau di hadapan mana-mana pihak. Pengakuan suami adalah keterangan yang kuat untuk membolehkan mahkamah membuat keputusan. Ini kerana kuasa talaq adalah pada suami. Perlu diingatkan bahawa Mahkamah hanya akan membuat keputusan setelah keterangan dari suami diambil dan setelah suami melaksanakan sumpah yang dinamakan sebagai Yamin Istizhar di penghujung kes. Sumpah tersebut terpakai bagi kes di mana pihak yang dituntut atau responden tidak hadir di Mahkamah. Sumpah tersebut adalah bagi memperkukuh dan menegaskan betapa dakwaan dan keterangan suami adalah benar dan beliau pula bersedia menerima balasan setimpal dari Allah pada bila-bila masa jika sumpah tersebut palsu.

      Jika sekiranya Puan tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah tersebut, Puan masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi iaitu di Mahkamah Tinggi Syariah. Oleh kerana tempoh menfailkan Notis Rayuan telah tamat iaitu setelah berakhirnya 14 hari dari tarikh keputusan, Puan perlu mengemukakan permohonan untuk mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi Syariah untuk melanjutkan tempoh rayuan. Keputusan telahpun lama dibuat iaitu sejak tahun 2011. Namun, itu tidaklah menghalang Puan untuk menfailkan permohonan bagi kebenaran melanjutkan tempoh rayuan tersebut. Terserahlah kepada Mahkamah untuk meluluskan atau tidak permohonan tersebut.

      Erakita syorkan agar Puan mendapatkan khidmat guaman syarie samada dari Jabatan Bantuan guaman ataupun peguam syarie swasta. Mereka boleh memberikan khidmat terbaik untuk Puan termasuk memberi sumbang saran mengenai tuntutan-tuntutan lain yang Puan boleh kemukakan terhadap suami jika wajar dan menasabah. Bagaimanapun, ada afdhalnya jika perundingan di luar mahkamah dapat dijalankan untuk mengelak dari bebanan tenaga, kos dan masa yang banyak dan panjang jika kes ini terpaksa juga mengharungi arus di Mahkamah.

      Wallahu a’lam.
      Terimakasih dan wassalam

      • Nurul said

        Terima kasih atas jawapan dan penjelasan yang diberikan.

        Selama ini saya dapat menerima dengan redha dan tabah. Cuma saya ingin mendapat penjelasan dari yang lebih arif tentang perkara ini sahaja. Saya takut sekiranya kes tu selesai di mahkamah dunia sahaja tetapi tergantung di sisi agama. Jika begitu, saya tidaklah berasa ragu-ragu lagi.

        Terima kasih sekali lagi kerana meluangkan masa dan berkongsi ilmu dengan menjawab pertanyaan saya.

        Assalamualaikum wbt.

  57. ERAKITA said

    Alhamdulillah.

    Semoga dengan penjelasan tersebut, Puan mendapat ketenangan. Dalam dunia ini, semua boleh berlaku dengan izin Allah samada kita suka atau tak suka. Jika Puan menghadapi ujian hidup, mohonlah kepada Yang Mencipta alam ini. Allah amat belas kasihan ke atas hamba-hambaNya yang bersungguh-sungguh merintih dan memohon rahmat Allah yang tidak terbatas itu.

    Wallahu a’lam

  58. Airwan Maining said

    asslammualaikum ,
    saya nak bertanya,,adakah jatuh talak klu terlepas cakap cerai dalam keadaan tidak tenang, marah sungguh dan mabuk.

    • ERAKITA said

      Walaikumussalam wbt.

      Erakita sukacita menasihatkan pasangan tersebut supaya cepat-cepatlah memohon pengesahan dari Mahkamah Syariah samada lafaz cerai yang dibuat oleh suami dalam situasi di atas menggugurkan talaq atau tidak. Ini kerana, hanya mahkamah sahaja yang diberi kuasa oleh pemerintah untuk menentu sahkan samada talaq tersebut benar-benar berlaku atau sebaliknya. Mahkamah jugalah yang akan menentukan berapa bilangan talaq yang gugur jika benar talaq telah berlaku.

      Banyak sekali pertimbangan yang dibuat oleh Mahkamah sebelum membuat keputusan bagi menentukan gugur atau tidak talaq tersebut. Mahkamah lazimnya akan meneliti bagaimana keadaan pasangan sebelum lafaz, semasa lafaz dan selepas lafaz berlaku. Mahkamah melihat secara halus dan holistik keadaan tersebut bagi menunjukkan betapa keputusan kes berkenaan benar-benar dibuat secara adil dan teliti. Ketelitian tersebut perlu untuk membuang sebarang tohmahan dan rasa tak puas hati atau ketidakadilan di kalangan pihak-pihak yang terlibat.

      Mahkamah juga mempunyai kuasa untuk menghendaki pihak-pihak yang terlibat untuk melaksanakan sumpah menggunakan kalimah Allah di hadapan Mahkamah jika keadaan memerlukan berbuat demikian. Justeru, soalan mengenai jatuh atau tidak talaq yang dibuat dalam keadaan tidak tenang, marah sungguh dan mabuk oleh Saudara Airwan maining di atas tidaklah dapat dijawab oleh Erakita dalam ruangan ini.

      Disamping menasihatkan agar mendapatkan pengesahan mengenai hal tersebut di Mahkamah Syariah secepat mungkin, elok juga sebagai tambahan maklumat untuk membuat rujukan yang cukup bernilai kepada pendapat Almarhum Prof Dr Hamka dalam buku bertajuk “Membahas Kemusykilan Agama” terbitan Pustaka Dini Sdn Bhd, (Susunan H. Rusydi Hamka dan Afif Hamka), Shah Alam, Selangor, Cetakan tahun 2002.

      Dalam buku tersebut, Prof Dr Hamka secara terperinci membincangkan kedudukan talaq suami ke atas isterinya yang dilakukan dalam keadaan marah. Huraian dan penjelasan beliau dalam hal ini sesuangguhnya amat berguna kepada kita semua. Ia perlu dirujuk oleh semua orang khususnya bagi golongan perundangan Islam meliputi Hakim-Hakim Syarie dan Peguam Syarie.

      Wallahu a’lam.

  59. Yus said

    Assalamualaikum.Saya sudah memfailkan kes cerai luar mahkamah dan akan dibicarakan pada 29/01/14 nanti.Jika Mahkamah mendapati lafaz cerai suami itu tidak sah apakah Mahkamah akan mempertimbangkan keputusan saya yang mana saya memang mahukan perpisahan kerana tidak percaya pada suami kerana sikapnya sering menipu dan tidak mengotakkan apa yang dijanjikan.Apakah saya perlu membuka fail yang lain untuk perpisahan?minta pencerahan.Terima Kasih.

    • ERAKITA said

      Walaikumussalam wbt.

      Paling penting kedua suami dan isteri hadir di mahkamah pada tarikh pendengaran kes berkenaan. Ini memudahkan tugas mahkamah untuk memutuskan kes tersebut lebih cepat. Lazimnya, Mahkamah akan memutuskan kes berkenaan pada hari yang sama jika keterangan telah diperolehi dan jika hujahan telah selesai.

      Jika sekiranya mahkamah memutuskan tidak berlaku talaq di luar mahkamah, itu bermakna kedua pihak masih lagi sah sebagai suami isteri. Jika sekiranya isteri masih bertegas untuk bercerai dengan suami, isteri boleh juga menyatakan hal tersebut kepada mahkamah pada hari itu. Bagaimanapun, mahkamah lazimnya akan meminta pihak tersebut untuk menfailkan tuntutan berasingan iaitu perceraian samada perceraian biasa di bawah seksyen 47, fasakh atau ta’liq. Jenis tuntutan adalah tergantung kepada alasan yang digunakan dan bersesuaian.

      Justeru, Erakita berpandangan, sekiranya tak sabit gugur talaq yang dilafazkan di luar mahkamah, failkan sahajalah tuntuan berasingan. Jika perlu, ambillah khidmat peguam syarie samada dari Jabatan Bantuan Guaman (JBG) ataupun dari kalangan peguam syarie swasta. Ini kerana, boleh jadi bukan saja perceraian yang bakal dituntut di mahkamah, malah tuntutan-tuntutan lain juga seperti tunggakan nafkah, harta sepencarian, anak, hutang dan lain-lain lagi. Inilah kelebihan jika kita mendapatkan khidmat guaman.

      Wallahu a’lam

  60. Ingin Tahu said

    Asssalam saya telah menghantar msg kepada isteri dengan bermaksud menceraikannya.saya ceraikan awak dengan talak satu. kerana kami tiada komunikasi sesama sendiri menbuatkan hubungan sesam suami isteri menjadi hambar dalam setiap aspek.pelbagai teguran telah saya buat kepada pihak isteri supaya lebih kearah yang saya mahukan, tetapi isteri masih tidak menunjukkan kesungguhan ke arah itu..saya musykil saya perlu ke pejabat agama atau mahkamah syariah untuk membuat permohonan pengesahan peceraian luar mahkamah..adakah tarikh perbicaraan akan di ketahui pada hati menghantar permohonan.

    • ERAKITA said

      Walaikumussalam wbt.

      Dalam situasi di atas, sebaiknya tuan menfailkan terus permohonan bagi pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah di Mahkamah terdekat di mana tuan tinggal. Tak semestinya datang ke Pejabat Jabatan Agama. Datanglah ke kaunter mahkamah dan dapatkanlah borang berkaitan jika tersedia.

      Lazimnya, jika dokumen semua telah lengkap berdasarkan check list mahkamah, kes berkenaan akan didaftarkan. Sebaik didaftarkan, biasanya satu tarikh baru akan dikeluarkan terus dan salinan saman atau notis permohonan boleh terus diambil oleh pihak pemohonan pada hari yang sama. Ada ketikanya dokumen berkenaan tak dapat diproses pada hari yang sama atas sebab-sebab tertentu seperti bekalan eletrik terputus. Ini kerana, hampir semua urusan pendaftaran di mahkamah syariah ketika ini adalah dilakukan secara online (esyariah).

      Wallahu a’lam.

      • Ingin Tahu said

        Terima kasih atas jawapan erakita..saya ingin tahu kebiasaannya denda yang dikenakan Rm 1000 atau penjara 6 bulan.Adakah selepas menghantar sms tersebut isteri telah di kire beriddah?dan apakah hak2 isteri semasa dalam iddah?isteri ingin tinggal di rumah sewa..adakah saya perlu sedikan rumah sewa tersebut dan barang apakah yang perlu saya sedikan dalam rumah itu?

      • ERAKITA said

        Salam.

        Hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang bagi pesalah yang disabitkan salah menceraikan isteri tanpa kebenaran mahkamah adalah denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-dua sekali. Mengenai hukuman, terserahlah kepada mahkamah untuk menjatuhkan hukuman denda atau penjara. Namun, menurut kelaziman, mahkamah biasanya akan menghukum dengan denda bagi kesalahan pertama. Mengenai kadarnya, tidak ada satu ketetapan khusus mengenainya. Terserahlah kepada mahkamah berdasarkan kepada alasan yang dikemukakan oleh pesalah semasa proses mitigasi. Mahkamah lazimnya boleh mempertimbangkan hukuman yang lebih ringan dari kadar maksimum di atas.

        Ambillah peluang saudara semasa diberi ruang oleh mahkamah untuk merayu diringankan hukuman. Nyatakan sebab mengapa hukuman yang lebih ringan dikenakan kepada saudara. Tunjukkan keikhlasan dan juga rasa menyesal atas kesalahan yang dilakukan. Nyatakan bahawa saudara tidak akan sekali-kali mengulanginya pada masa hadapan.

        Jika disabitkan gugur talaq, eddah isteri akan berkuatkuasa bermula dari tarikh lafaz cerai tersebut. perceraian yang yang sahkan itu berlaku pada 1 Jun 2013, maka eddah isteri akan berkuatkuasa dari tarikh tersebut.

        Bagi isteri yang diceraikan dalam talaq rajie (talaq yang boleh rujuk), isteri berhak untuk mendapat nafkah eddah yang meliputi tempat tinggal yang apa-apa yang berkaitan dengan makna nafkah. Asalnya, suami mesti menyediakan tempat tinggal isteri sepanjang tempoh eddah isteri. Mengenai rumah sewa isteri sepanjang menjalani eddahnya, erakita nasihatkan agar perkara ini dibincangkan. Tidak ada masalah asalkan ia dibincangkan dan dipersetujui bersama. Boleh jadi, isteri yang tinggal dirumah yang disediakan suami (sewa) akan lebih tenteram dan aman, justeru memungkinkan kedua pihak bersatu semula dalam tempoh eddah melalui rujuk nikah.

        Wallahu a’lam

  61. Insan Buntu said

    As salam, sy ade sdikit soalan , seseorang itu telah berkahwin secara senyap di thailand , kemudian mereka juga bercerai di thailand kerana mahu berkahwin semula secara sah di negara sendiri(takut mak ayah tahu kahwin senyap,buat2 mcm x pernah kawin lagi) , jadi apakan hukumnya? Adakah dikira melakukan jenayah syariah?

    • ERAKITA said

      Walaikumussalam wbt.

      Tindakan undang-undang jenayah syariah di negeri-negeri adalah bermula di peringkat Penguatkuasaan dan Penyiasatan Agama (PPA), Jabatan hal Ehwal Agama Islam. Tindakan dilakukan apabila ada aduan rasmi dibuat kepada pihak PPA tentang suatu perbuatan perlanggaran undang-undang syarak oleh orang Islam. Setelah mendapat aduan, PPA akan memulakan siasatan dengan memanggil pihak-pihak yang terlibat. Terdapat juga kes yang mana PPA tidak perlu mendapatkan satu waran tangkap dari Mahkamah Syariah. Mereka boleh menangkap seseorang yang disyaki melakukan jenayah untuk siasatan lanjut walaupun tanpa waran. Lazimnya, bagi kes yang mana hukuman dendanya lebih RM1,000 atau penjara lebih setahun.

      Bagi kesalahan berkahwin tanpa kebenaran pihak berkuasa agama atau bercerai tanpa kebenaran mahkamah, ia termasuk dalam kesalahan yang tak boleh tangkap melainkan adanya satu waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah.

      Justeru, apa yang berlaku di Thailand itu jika tidak diadukan kepada pihak PPA, maka tidak ada tindakan yang dapat dilaksanakan kepada pasangan ini. Hanya setelah adanya aduan mengenai perkahwinan yang berlawanan enakmen atau undang-undang, baharulah PPA boleh melaksanakan tindakan undang-undang ke atas pasangan ini.

      Bagaimanapun, perlu juga dilihat samada perkahwinan yang dibuat di Thailand itu telah menghasilkan zuriat atau tidak. Jika ada anak, akhirnya, akan timbul juga urusan untuk menentukan nasab anak ini nanti di mahkamah syariah. Ini kerana, amalan di Jabatan Pendaftaran Negera (JPN) ialah, anak yang didaftarkan kelahirannya tanpa adanya sijil nikah sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal ehwal Agama Islam negeri akan dibin atau dibintikan kepada Abdullah.

      JPN lazimnya akan meminta pihak ibubapa anak tersebut untuk mendapatkan satu perintah pengesahan nasab (keturunan) anak tersebut dari mahkamah syariah terlebih dahulu sebelum anak tersebut dapat dibin atau dibintikan kepada bapa sebenar. Justeru, jika ada zuriat hasil perkahwinan di Thailand itu, maka, erakita berpendapat bahawa perlulah dimaklumkan hal yang sebenar kepada Pendaftar Nikah Cerai rujuk di Jabatan Agama mengenai pernikahan di Thailand.

      Pernikahan tersebut pula perlu disahkan terlebih dahulu samada sah atau tidak. Jika tak sah, mahkamah akan menfarakkan nikah tersebut dan kedua pihak akan dinasihatkan nikah semula jika mahu hidup semula sebagai suami isteri. jika sah nikah di thailand itu, maka, mahkamah akan keluarkan perintah pengesahan nikah dan perintah pendaftaran nikah di Jabatan Agama tertakluk kepada pendakwaan atas kesalahan kahwin berlawanan dengan enakmen undang-undang keluarga Islam. Hanya setelah didakwa di mahkamah, baharulah nikah tersebut didaftarkan bagi pengeluaran sijil nikah.

      Jika telah ada sijil nikah, baharulah pasangan samada suami atatu isteri boleh menfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat di luar mahkamah (perceraian yang berlaku di Thailand). Semua proses ini lazimnya akan dilalui jika sekiranya nikah tersebut sah.

      Bagaimanapun, jika tidak ada zuriat hasil pernikahan pasangan di Thailand itu, urusan jadi lebih mudah. Pernikahan semula boleh dilaksanakan jika semuanya teratur dan tidak ada halangan syarie atau apa-apa keadaan yang berlawanan dengan hukum syarak.

      Erakita juga menyarankan agar nasihat diperolehi dari mana-mana peguam syarie yang berpengalaman. Begitu juga, tak salah untuk terus saja bertemu sendiri dengan Pegawai Pendaftar Pernikah Perceraian dan Rujuk di Jabatan Agama Islam untuk mendapatkan pandangan. Elakkan dari bertindak sendirian bagi mengelak kesilapan dalam mengambil tindakan. Biarlah betul dan teratur walaupun terpaksa mengambil sedikit masa.

      Wallahu a’lam.

  62. hanna said

    Saya akan bicara hri ini kes cerai fasakh masalahnya saya dalam berkeadaan datang haid dapatkh saya hadir

    • ERAKITA said

      Salam.

      Tiada masalah. Kehadiran anda di Mahkamah adalah penting. Kedudukan anda yang sedang dalam haid tak menghalang untuk hadir dalam kes tuntutan fasakh di mahkamah. Malah, jika anda tidak hadir tanpa permohonan tangguh atau pemakluman kepada mahkamah boleh menyebabkan kes anda dibuang. Justeru, hadirlah ke mahkamah tanpa ragu-ragu atau was-was. Semoga urusan dipermudahkan Allah.

      Wallahu a’lam.

  63. fauzi said

    Adakah lafas perkataan c sahaja melalui sms kira cerai..sms berbunyi begini..”kau bagi balik 10 k..aku c kan kau..masa tu bini saya tengah datang bulan..terima kasih

    • ERAKITA said

      Salam.

      Jatuhnya talaq samada 1 atau 2 atau 3 tidak mengenal masa. Ia boleh berlaku walau dilafazkan samada main-main, gurau senda atau sungguh-sungguh. Termasuklah dalam keadaan isteri sedang datang bulan atau haid. Bagaimanapun, dari segi hukum, antara keadaan yang ditegah untuk menjatuhkan talaq adalah ketika isteri dalam keadaan haid.

      Mengenai pertanyaan mengenai lafaz cerai yang hanya menggunakan huruf “C”, erakita menasihatkan kepada Saudara Fauzi agar merujukkan hal tersebut kepada mahkamah syariah. Failkan permohonan bagi mendapatkan pengesahan samada lafaz tersebut dikira telah gugur atau tidak.

      Sebagai makluman, antara perkara penting dalam lafaz tersebut yang boleh ditimbulkan dalam mahkamah adalah antaranya:

      (1): Makna atau maksud huruf “C” dalam lafaz tersebut.
      (2): Kalau maksud huruf “C” itu cerai, apakah lafaz “kau bagi balik 10 k..aku c kau” itu tergolong dalam kumpulan lafaz ta’liq.
      (3): Jika ia tergolong dalam lafaz ta’liq, apakah isteri telah benar-benar memberikan atau mengembalikan atau menyerahkan 10k pada mana-mana waktu selepas lafaz tersebut dibuat oleh suami.

      Bagaimanapun, perlu diingat bahawa lafaz cerai yang dibuat menerusi tulisan tidak kira emel, sms, tulisan tangan dan yang seumpamanya adalah memerlukan niat sewaktu tulisan berkenaan dibuat. Erakita menasihatkan agar saudara berterus terang dan benar-benar jujur untuk menjawap apa sahaja yang bakal ditanya di mahkamah nanti. Keterangan jujur dari saudara di mahkamah akan dapat membantu mahkamah membuat keputusan yang tepat.

      Justeru, bersegeralah menfailkan permohonan di mahkamah bagi menghilangkan sebarang was-was dalam hati.

      Wallahu a’lam

      • fish fisher said

        Salam..sy nk bertnya..kalau sy ckp “abg dh fikir masak2..pack your thing..selepas itu bini sy nak kemas brg dia..sy tarik bini sy lps tu sy peluk dia dan berkata..” abg sayang ana”..adakah itu dikira lafas..terima kasih

      • fish fisher said

        Salam..sy nk bertnya..kalau sy ckp “abg dh fikir masak2..pack your thing..selepas itu bini sy nak kemas brg dia..sy tarik bini sy lps tu sy peluk dia dan berkata..” abg sayang ana”..adakah itu dikira lafas..saya cuma acah sahaja..tak ada niat utk berpisah..terima kasih

      • fish fisher said

        Salam .sy nk bertanya ..jika sy ada berckp dengan isteri ” kita x boleh bersama lagi”.tp masa tu saya x ada niat utk x bersama dgn isreri..saya cuma acah je nk tgk bini saya nacamana. Tk

      • ERAKITA said

        Salam.

        Mengenai 3 pertanyaan di atas, sayugia dimaklumkan bahawa lafaz-layaz saudara di atas adalah cenderung kepada lafaz kinayah. Lafaz cerai secara kinayah memerlukan niat ketika melafazkannya. Jika tidak ada terniat dalam hati untuk menceraikan isteri ketika melafazkan kata-kata itu, maka tiadalah gugur talaq.

        Sebaliknya, jika terniat dalam hati untuk menceraikan isteri ketika mengeluarkan kata-kata berbentuk kinayah, maka akan gugurlah talaq. Ini adalah hukum asas bagi mana-mana lafaz talaq berbentuk kinayah. Dalam kes saudara di atas, erakita lebih suka menasihatkan agar saudara ke mahkamah syariah untuk memohon pengesahan mengenai lafaz tersebut. Biarlah mahkamah yang putuskan memandangkan boleh jadi terdapat lagi lafaz-lafaz lain yang saudara telah keluarkan kepada isteri yang mungkin berbentu perceraian yang tidak lagi memerlukan niat. Siapa tahu dalam masa pergaduhan, macam-macam kata-kata boleh keluar dari mulut seorang suami yang sebenarnya merupakan lafaz cerai. Cuba saudara ingat semula dan jika ada, ada baiknya bersegeralah ke mahkamah syariah bagi mendapatkan pengesahan mengenainya.

        Wallahu a’lam

  64. mat tepu said

    Saya hendak bercerai sb saya dh ckup bersbar dgn isteri saya yg curang secara terangan sehingga maruah saya tercalar tp saya masih bersabar kerana saya bosan dengan karenah mahkamah. Terlalu byk prosiding dan merumitkan keadaan.

    • ERAKITA said

      Salam.

      Erakita mengucapkan terimakasih atas pertanyaan di atas. Bagimanapun, erakita amat bersukacita sekiranya saudara dapat menerangkan samada saudara Mat Tepu sudahpun menfailkan permohonan bagi membubarkan perkahwinan di mahkamah syariah. Jika sudah, sukacita juga agar saudara memberitahu apakah jenis permohonan atau tuntutan perceraian yang saudara failkan di mahkamah. Pertanyaan ini dibuat memandangkan saudara ada menyatakan di penghujung soalan tersebut bahawa saudara bisan dengan kerenah mahkamah dan terlalu banyak prosiding di mahkamah.

      Terimakasih dan wassalam

  65. hana said

    Assalamualaikum sya ingin bertanya.abg kandung saya telah melafazkan cerai talak 3 kepada isterinya pada bulan disember tahun lepas.abg saya memang ingin bercerai tetapi ingin merujuk dahulu kepada mahkamah,pada lebih kurang 20 disember tahun lepas keluarga bekas isteri telah memanggil abg sya ke rumah salah seorang ahli keluarga mereka di n9.disitu telah berlaku pertengkaran yang mana di dlm rumah tersebut terdapat ramai ahli keluarga bekas isteri termasuk pak cik,mak cik dan sepupu2..mereka telah mencaci serta memaki hamun abg sya serta keluarga saya.mereka juga telah cuba memukul abg saya dah kawan abg saya yg ikut bersama.ketika abg sya cuba keluar dr rumah tersebut dia telah ditahan oleh abg serta pak cik bekas abg ipar dan diminta supaya menceraikan bekas isteri dgn talak3,untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini abg sya menurut dgn menceraikan isteri dengan talak 3.adakah abg saya perlu membayar denda kerana lafaz cerai di luar mahkamah??

    • ERAKITA said

      Walaikumussalam wbt.

      Erakita menasihatkan agar bersegeralah membuat permohonan bagi mendapatkan pengesahan lafaz cerai yang telah berlaku di luar mahkamah. Jangan biarkan hal ini tanpa penyelesaian menurut undang-undang dan hukum syarak. Hanya mahkamah syariah yang mempunyai kuasa untuk menentukan samada telah gugur talaq atau tidak dalam keadaan seperti di atas. Dari situasi yang digambarkan di atas, terdapat elemen kekerasan atau paksaan ke atas abang saudari yang akhirnya menyebabkan atau mendorong lafaz talaq dibuat oleh abang saudari.

      Abang saudari perlu hadir di mahkamah semasa pendengaran kes itu nanti. Ceritakan keadaan sebenar. Tidak semestinya mahkamah akan memutuskan telah jatuh talaq dengan lafaz tersebut semata-mata kerana lafaznya soreh atau terang. Mahkamah mempunyai pendekatan untuk membuat keputusan yang adil dengan mengambil kira banyak perkara sebelum penghakiman diumumkan. Unsur-unsur paksaan ketika lafaz talaq dibuat akan diambil kira untuk menentukan samada sah gugur talaq atau tidak.

      Justeru, buatlah permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah secepat mungkin. Jika perlu, dapatkan khidmat guaman syarie untuk memudahkan perjalanan kes ini.

      Wallahu a’lam

  66. erwin abadi said

    Saya tak bermaksud dan terniat menceraikan isteri saya.masa tu saya ajak isteri bersama kali ke 5 tp dia tak mahu alasan nya berma cam2 las sekali kata nya pergi umah bpk.rumah berhampiran .adakah jatuh talak .sya ingin bertanya jawapan nya

    • ERAKITA said

      Salam.

      erakita sarankan agar saudara Erwin membuat permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah secepat mungkin. Cuba ingat semula tarikh lafaz SMS tersebut dibuat. Jelaskan dengan penuh jujur kepada mahkamah apa-apa yang berkaitan dengan lafaz tersebut.

      Pemerhatian awal erakita menunjukkan bahawa terdapat perkataan “akan bercerai”. kata-kata seumpama itu adalah menggambarkan bahawa suatu lafaz cerai akan dibuat pada masa yang akan datang. Ia kelihatan bahawa ada perancangan dari suami untuk menceraikan isteri pada masa hadapan. Soalnya adakah lafaz cerai dibuat selepas itu? Boleh jadi persoalan seperti ini akan dikemukakan kepada saudara semasa kes ini didengar di mahkamah nanti.

      Mahkamah pastinya akan membuat keputusan hanya setelah berpuashati dengan segala keterangan yang ada. Justeru, segeralah ke mahkamah untuk membuat permohonan bagi pengesahan samada gugur atau tidak talaq dengan kata-kata suami melalui SMS sebagaimana lafaz di atas. Wallahu a’lam

  67. Askum.. sya nak bertanya adakah msj yg saya hantar ini bermaksud telah jatuh talak..pADA 2/2014 AKU AKAN BERCERAI BERTALAK2 DENGAN ISTERI KU DI ATAS PERMINTAANNYA DAYUS AKU KALAU TAK TUNAIKAN PERMINTAANYA.MUNGKIN DIA DAH ADA JANTAN LAIN.tapi saya masa tulis msj ni di warung kopi,tanpa niat.puncanya saya ajak dia bersama sudah seminggu dia tolak.sampai satu hari tu sya ajak dia lagi dia bagi sya msj.SAYA MINTA CARA BAIK TLG LEPASKAN SAYA.PINTU HATI SAYA DAH TUTUP UNTUK AWAK EWIN.msj ini dia kirim dri rumah org tua nya berhampiran rumah kami.alasan pergi rumah org tuanya diorg panggil.masa dia pergi sya pun ke kedai.tq

  68. Sara said

    Mohon pencerahan;

    Diberitakan suami telah kahwin lagi, namun istri kedua beliau baharu bercerai dan belum daftar perceraian. tapi telah nikah di thailand dgn suami.. mohon pencerahan.. adakah nikah mereka sah?

    • ERAKITA said

      Salam.

      Terimakasih atas pertanyaan Puan di atas. Bagaimanapun, sebelum menjawabnya, sukacita kiranya Puan dapat mencerahkan lagi bentuk soalan di atas bagi memudahkan erakita memberikan pandangan.

      Terimakasih dan wassalam

  69. Norulrafidah said

    Assalamualaikum,
    Suami saya telah memfailkan utk menceraikan saya. Kali pertama kami di panggil bicara dimahkamah syariah. Penceraian tidak boleh dilaksanakan kerana saya tidak bersetuju. Hakim syarie mencadangkan kepada suami saya utk melafazkan cerai diluar mahkamah. Saya mengambil inisiatif utk kami diadakan kaunseling. Malangnya suami saya tidak hadir. Sekali lagi perbicaraan diadakan. Saya meminta suami saya menyatakan dihadapan mahkamah apakah sbb2 dia utk menceraikan saya yg dia cuba selindungi dr saya. Dia gagal mengemukakan. Saya merayu kepada hakim utk mengadakan majlis hakam tetapi ditolak keras oleh hakim. Dengan alasan tiada faedah kerana suami mahu bercerai dan x sayangkan saya tanpa saya tahu apa salah saya. Sekali lagi hakim memberi jalan kepada suami saya utk pergi kepada mana2 imam untuk melafazkan cerai diluar mahkamah. Dimanakah kedudukan saya? Dimanakah hukum munkahat akan tanggungjawab dlm berumahtangga? Saya kebuntuan apa dan dimana harus saya rujuk bagi membela penganiayaan ini.

    • ERAKITA said

      Walaikumussalam wbt.

      Berdasarkan kepada kenyataan Puan di atas, dapat difahami bahawa kes ini sudahpun berjalan prosiding di hadapan Hakim di Mahkamah Syariah. Lazimnya dalam kes permohonan untuk bercerai di bawah seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, apabila satu pihak tidak setuju atau membantah permohonan bercerai, Mahkamah akan memerintahkan kes tersebut untuk dirujukkan kepada Jawatankuasa Pendamai. Jawatan kuasa Pendamai ini hendaklah berfungsi untuk mengadakan perdamaian bagi kedua suami isteri dalam tempoh 6 bulan.

      Jika masih tidak perdamaian samada berbaik dan hidup semula sebagai suami isteri atau bercerai secara baik dengan talaq 1, kes berkenaan baharulah dirujukkan kepada Majlis Hakam di bawah seksyen 48 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam. Pada peringkat ini, Mahkamah mempunyai kuasa untuk memberikan kuasa kepada pasangan berkenaan untuk menceraikan pasangannya jika masih tiada persefahaman dan perdamaian.

      Berdasarkan kepada undang-undang yang ada, adalah suatu kesalahan untuk seorang suami menceraikan isterinya di luar mahkamah sekalipun di hadapan Imam bertauliah jika tidak ada kebenaran khas dari hakim syarie untuk berbuat demikian.

      Bagi menangani kes ini, Erakita nasihatkan agar Puan mendapatkan khidmat guaman syarie dari Jabatan Bantuan Guaman bagi mewakili Puan di Mahkamah. Jelaskan keadaan yang Puan hadapi kepada Peguam berkenaan. Biarlah peguam berkenaan melakukan yang terbaik untuk Puan menurut undang-undang yang ada. Justeru, jangan tunggu lama-lama. Datanglah ke pejabatan Bantuan Guaman untuk mendapatkan bantuan.

      Terimakasih dan wassalam

  70. ida said

    salam,sy nk bertanya kes perceraian adk sy,,adk sy dah bercerai talak1 hinga 3,,talak 1 ,adk sy rujuk sdri,talak 2 pun rujuk sdri tanpa pi mahkamah,sebelum talak 3,adk sy adk pi mahkamah nk buka fail,adk sy dah ambil borang,tp x hantar,terus diam macam 2..sehingga talak 3,sy ada hantar ada pi mahkamah buka kes perceraian ,,ambil borang jugak,tp x hantar,diam terus macam 2,,setahu sy kalau dah talak 3..memang x boleh duduk sama..setahu sy,,dah 1 tahun kes talak3 ni…tp mereka duduk 1 rumah..seolah olah bg mereka macam kes talak ni x de ape2..makna…sy memang ada tegur,tp adk sy suka mjawap…adk beradik sy yg lain pun malas nk cara…sbb sikap nya…tp sy dh tegur,2 dosa dia dgan allah…lah..sy pun x tau cam mana lg nk tolong..lg pun adk sy wat x tau jer…sy nk minta pandangan atau cadangan bagai mana nk menyelesai kan masalah ini???…makin lama dibiar,makin rase bersalah….

    • ERAKITA said

      Salam.

      Jelaslah bahawa Puan Ida seorang kakak yang amat prihatin terhadap keadaan adik Puan itu. Lebih-lebih lagi keadaan ini ada kaitan dengan hukum syarak. Berdasarkan situasi di atas, tidak ada jalan lain melainkan adik Puan atau suaminya perlu sangat-sangat menfailkan permohonan pengesahan perceraian luar mahkamah. Jika diteliti, terdapat 3 kali lafaz cerai dibuat oleh suami kepada adik Puan.

      Di Mahkamah, setiap lafaz tersebut akan diteliti. SUkar ditentukan samada lafaz yang dikeluarkan oleh suami adalah soreh atau terang atau tidak terang. Sebab itu, untuk menentukan lafaz cerai itu sah atau tidak, hanya mahkamah yang boleh menentukannya.

      Apa yang dibimbankan ialah, jika benar telah berlaku talaq 3, situasi adik Puan dan suaminya jatuh pada tahap paling bahaya dan kritikal. Tindakan membiarkan diri untuk terus bersekedudukan tanpa mempedulikan bahawa perceraian talaq tiga telahpun berlaku menjerumuskan pasangan ini kepada dosa yang cukup hebat. Ini kerana, apabila telah berlaku talaq 3, mereka sudah tak boleh rujuk dan nikah semula melainkan bekas isteri bernikah dengna lelaki lain dan kemudiannya ditakdirkan bercerai. Selepas habis eddahnya, baharulah boleh bernikah dengan bekas suami terdahulu yang pertama.

      Justeru, tidak ada kompromi sama sekali untuk keduanya terus tinggal bersama seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Ini cukup bahaya. Hukum Islam tidak boleh ambil ringan. Hukum hakam mengenai rumahtangga begitu jelas.

      Semoga adik Puan terbuka hatinya untuk menfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah secepat mungkin. Jangan tunggu lama-lama. Wallahu a,lam

  71. siti said

    suami sy ad melafazkan,”pergi la balik umah mak,sy dh lepaskan awak”.. kemudian langsung tak bercakap dgn sy.. dia mendiamkan diri,langsung taknak berbincang tp die tetap tak pergi daftarkan penceraian kt mahkamah.. nafkah zahir die tetap bagi pd sy.. sy baru nk pergi dapatkan tuntutan pengesahan lafaz cerai setelah sebulan lebih status perkahwinan sy tergantung mcm ni.. apa pndgn ustaz?

    • ERAKITA said

      Salam.

      Tindakan Puan untuk menfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di mahkamah adalah tepat. Lagi cepat, lagi cepat lagi baik. Mahkamah akan menentukan apakah niat suami ketika mengatakan lafaz berkenaan. Ia tergolong dalam lafaz kinayah yang memerlukan niat untuk menceraikan. Jika suami tidak niat menceraikan, maka tiadalah gugur talaq. Jika suami meniatkan talaq, maka gururlah talaq, asalkan lafaz tersebut dibuat dalam keadaan suami waras tanpa paksaan.

      Terimakasih dan wassalam

  72. rahimah said

    Saya nak tanya apakah hukumannya kalau melambat2 daftar peceraian..saya he dak daftar tapi suami minta tangguh sbb duit masih belom cukup utk bayar sedenda..adakah betul keputusan yg saya buat ne utk tunggu sampai dia cukup duit

    • ERAKITA said

      Salam.

      Apa yang perlu dilakukan sebaik berlakunya lafaz cerai oleh suami ke atas isteri ialah pasangan tersebut perlu bersegera menfailkan permohonan bagi mendapatkan pengesahan dari Mahkamah Syariah samada lafaz cerai tersebut telah menggugurkan talaq atau tidak. Perkara seperti ini tidak harus dibiar atau dilambatkan. Dalam kes antara Puan Rahimah dan suami di atas, salah satu pihak boleh failkan permohonan tersebut di mahkamah. Jika suami minta tangguh, itu bukan tindakan yang betul. Ia mendedahkan rumahtangga itu kepada kecelaruan, ketidaktentuan, keragu-raguan dan was-was. INi kerana, pasangan akan dikejar oleh igauan lafaz cerai tersebut. Mereka akan sentiasa berasa was-was samada mereka sebenarnya masih lagi suami isteri atau tidak.

      Erakita berpendapat bahawa Puan tak perlu menurut permintaan suami untuk menangguhkan hasrat untuk menfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di mahkamah. Ini kerana lafaz cerai telahpun berlaku di luar mahkamah. Cuma tak pasti samada gugur atau tidak. Sebaliknya, jika belum ada lafaz cerai dikeluarkan oleh suami, permintaan suami untuk menanguhkan permohonan kebenaran bercerai di mahkamah itu adalah munasabah. Ini kerana tidak ada lafaz yang perlu disahkan oleh mahkamah. Tambahan pula, Islam memang menganjurkan untuk kedua pihak berusaha sedaya upaya untuk melakukan perdamaian bagi mengelak berlakunya perceraian.

      Mengenai denda, hal tersebut tidak timbul sama sekali di peringkat permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah. Persoalan mengenai hukuman denda atau penjara hanya timbul dalam perngkat pendakwaan bagi kes jenayah. Memanglah menceraikan isteri di luar mahkamah tanpa kebenaran mahkamah adalah satu kesalahan jenayah syariah. Suami boleh didakwa. Jika sabit salah, suami boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tak lebih dari 6 bulan atau kedua-dua sekali. Bagaimanapun, hal ini hanya berlaku jika sekairanya telah jelas berlaku perceraian di luar mahkamah dan telah ada pendakwaan jenayah dijalankan oleh pihak pendakwa syarie ke atas suami.

      Justeru, bersegeralah untuk menfailkan permohonan untuk pengesahan perceraian luar mahkamah tanpa perlu menunggu suami mengumpul wang bagi membayar denda. Wallahu a’lam.

      Terima kasih dan wassalam

  73. asrah asrahass said

    salam…sya nk tnya, bagaimana dn apa ka hukum nya dan ada ka ia bleh rujuk semulah atau pn tidak?? Jika si suami dha melafaz kn cerai skali dgan talak 3 dn tiada saksi hnya si suami,istri dn juga si anak yng bru berusiah 1bulan tetapi tk memiliki surat nikah.? Mohom penjelasan nya.

    • ERAKITA said

      Salam.

      Dapat difahami bahawa pernikahan melibatkan pasangan di atas belum didaftarkan. Lazimnya pernikahan begini berlaku akibat pernikahan dilangsungkan tanpa melalui saluran yang betul iaitu mendapatkan kebenaran berkahwin dari Pendaftar Pernikahan di Jabatan Agama Islam. Lazimnya, pernikahan begini dilaksanakan oleh jurunikah tak bertauliah. Implikasi atau kesannya amat besar dan berat. Pernikahan tersebut tidak boleh didaftarkan melainkan pasangan tersebut mahu tak mahu, mesti juga melalui proses perundangan.

      Apa yang boleh dilakukan ialah pasangan berkenaan perlu hadir di hadapan Pendaftar Perkahwinan di pejabat Jabatan Agama dengan hati yang suci dan bersih tanpa sebarang niat untuk menyembunyikan fakta sebenar mengenai pernikahan mereka. Sedapat mungkin, biarlah pasangan suami dan isteri berkenaan hadir bersama untuk memudahkan tugas dan tindakan seterusnya oleh pihak Pendaftar Perkahwinan.

      Berterus teranglah sejujur-jujurnya kepada pegawai pendaftar berkenaan. Jika pernikahan tersebut dilangsungkan sempadan Thailand umpamanya, jelaskanlah hal tersebut tanpa berselindung.

      Jika berlaku perlanggaran undang-undang, perkahwinan tersebut tidak akan didaftarkan terus oleh pendaftar perkahwinan. Sebaliknya pasangan tersebut diminta untuk memohon di mahkamah syariah bagi mendapatkan pengesahan dari mahkamah syariah bagi menentukan samada pernikahan mereka sah atau tidak. Di penghujung kes, mahkamah akan membuat keputusan samada sah atau tidak perkahwinan berkenaan.

      Jika sah, pengesahan bahawa nikah tersebut adalah sah akan dikeluarkan. Mahkamah lazimnya akan memerintahkan pasangan agar mendaftarkan pernikahan tersebut di pejabat pendaftar pernikahan tertakluk kepada proses perundangan. Jika nikah dilakukan tanpa mendapat kebenaran, lazimnya pasangan akan didakwa atas kesalahan jenayah syariah iaitu bernikah tanpa k ebenaran dari Pendaftar Perkahwinan. Selepas didakwa dan sabitan dibuat, baharulah nikah tersebut didaftarkan dan satu sijil nikah akan dikeluarkan oleh pendaftar perkahwinan.

      Jika tak sah nikah tersebut, mahkamah akan memerintahkan perkahwinan tersebut difaraq atau dibubarkan dan pasangan dinasihatkan untuk bernikah semula menurut undang-undang yang ada.

      Jika sah dan setelah pendaftaran nikah dibuat, baharulah satu sijil nikah dikeluarkan kepada pasangan berkenaan. Dengan sijil nikah inilah nanti pasangan tersebut dapat mendaftarkan kelahiran anak mereka di Jabatan Pendaftaran Negara sebagaimana pasangan suami isteri yang lain.

      Dengan sijil nikah inilah juga pasangan tersebut mempunyai asas di sisi undang-undang untuk menuntut dan mendapatkan hak mereka di sisi undang-undang di mahkamah. Salah satu perkara yang boleh dituntut adalah perceraian. Tanpa sijil nikah, pasangan tersebut akan berhadapan dengan masalah untuk menuntut hak di mahkamah seperti nafkah, perceraian dan lain-lain yang terbit dalam perkahwinan. Segalanya memerlukan sijil nikah. Perlu ditegaskan sekali lagi iaitu betapa perlunya sijil nikah disertakan bersama dalam dokumen permohonan atau tuntutan yang dikemukakan di mahkamah.

      Berbalik kepada situasi saudara di atas, ternyata bahawa pasangan berkenaan belum ada sijil nikah. Untuk menfailkan permohonan bagi mendapatkan pengesahan lafaz cerai yang dibuat di luar mahkamah, ianya sesuatu yang sukar kerana tiada sijil nikah sebagai dokumen asas di mahkamah. Soal samada bolehkah lagi suami merujuk isteri yang telah diceraikan suami dengan talaq 3 tidak timbul samada sekali pada peringkat ini. Ini kerana, status kesahihan pernikahan pasangan berkenaan belum dapat dipastikan samada pernikahan mereka benar-benar sah di sisi hukum syarak. Tiada makna andaikata si suami melafazkan cerai beribu kali sekiranya pernikahan mereka tidak sah. Tiada makna suami membuat rujuk kepada isteri jika sekiranya status kesahihan pernikahan mereka belum dapat ditentukan.

      Apa yang erakita boleh nasihatkan ialah pasangan berkenaan kena berusaha untuk mendaftarkan dahulu pernikahan mereka. Jika diminta mendapatkan pengesahan perkahwinan di mahkamah syariah oleh pendaftar perkahwinan, ikut sajalah permintaan tersebut. Sudah tentu agak panjang proses yang perlu dilalui. Erakita mendoakan agar pasangan berkenaan bersabar, tabah hati dan mengambil tindakan yang seberapa segera bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi.

      Wallahu a’lam

  74. azz said

    Assalamualaikum. .sya ingin bertanya..suami sya telah melafazkan cerai dua kali dgn sya..tetapi selepas suami melafazkan cerai kami masih melakukan persetubuhan. .tetapi suami sya perna curang dan sya pun telah berlaku curang. .apakah hukuman yg akan di kenakan di mahkamah nanti?

    • ERAKITA said

      Walaikumussalam wbt.

      Keutamaan yang perlu dilakukan dalam situasi sekarang adalah menfailkan permohonan bagi mendapatkan pengesahan lafaz cerai yang berlaku di luar mahkamah. Elakkan dari berdiam diri. Jika benar yakin suami ada melafaz cerai, elakkan dahulu dari melakukan persetubuhan. Apa yang perlu dilakukan segera adalah mendapatkan pengesahan dari mahkamah samada lafaz tersebut sah sabit gugur dan jika sah, berapa bilangan talaq yang telah gugur.

      Berterus teranglah di hadapan hakim apabila diminta memberikan keterangan. Tidak makna menyembunyikan apa yang yang sebenarnya berlaku. Jika sekiranya ternyata perceraian telah berlaku, laksanakanlah rujuk nikah secepat mungkin jika sekiranya talaq yang gugur adalah talaq rajie samada talaq 1 atau 2. Yang penting, tempoh eddah isteri belum tamat. Jika telah tamat tempoh eddahnya, bekas suami boleh kembali bersama dengan bekas isterinya dengan jalan bernikah semula sebagaimana nikah yang pernah dilalui sebelum ini.

      Soal pasangan suami atau isteri berlaku curang, hal tersebut sememangnya terlarang dan mengundang dosa yang besar di sisi Allah khususnya jika kecurangan itu melibatkan hubungan kelamin dengan orang lain. Kecurangan samada oleh si suami mahupun si isteri dengan orang lain jelas menunjukkan betapa pasangan ini tidak serasi dan sukar meneruskan perkahwinan mereka walaupun tidak mustahil untuk bertaut semula dengan jalan taubat kepada Allah.

      Perlu diingatkan bahawa bagi permohonan mendapatkan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah, perihal kecurangan pasangan tidaklah perlu dizahirkan di mahkamah sekiranya tidak diminta untuk berbuat demikian oleh mahkamah. Memadailah dengan menyatakan dengan jelas bentuk lafaz cerai yang dibuat oleh suami. Nyatakan tarikh dan keadaan suami semasa melafazkannya samada dalam keadaan waras, terpaksa dan sebagainya.

      Mengenai kecurangan dalam rumahtangga, erakita menasihatkan agar pasangan ini menghentikan serta merta perlakuan tersebut. Menghentikan kecurangan bererti berhentilah dosa dari terus bertambah. Dekati Allah dan mohonlah ampun dengan taubat nasuha iaitu berhenti terus dari kecurangan itu dan menyesali sungguh-sungguh apa yang telah dilakukan selama ini. Paling penting, berusahalah sedaya upaya untuk tidak mengulangi perbuatan dosa itu.

      Justeru, erakita menasihatkan pasangan ini agar cepat-cepat membuat permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah di mahkamah yang terdekat.

      Wallahu a’lam

  75. Sarah Maisarah said

    Assalammualaikum wbt .

    Saya ingin berkahwin dengan seorang lelaki duda . Secara jujurnya , beliau telah bercerai di luar mahkamah sejak tahun 2011 tetapi pihak mahkamah syariah telah memfailkan saman/denda kepada beliau kerana beliau dan pasangan yang sebelumnya telah berbuat sedemikian dan menghalang beliau untuk berkahwin lagi sebelum kes ini selesai . Soalan saya :-

    1. Adakah beliau akan dikenakan saman/denda sekiranya beliau mengabaikan seruan mahkamah dan seterusnya berkahwin dengan saya .
    2. Ataupun beliau mesti menunggu kes beliau selesai barulah beliau layak untuk berkahwin lagi?
    3. Adakah undang-undang ini wujud untuk lelaki islam di Malaysia ?

    Saya memerlukan jawapan yang tepat dan cepat untuk merungkai persoalan ini . Saya berharap pihak tuan dapat memberi respon dengan cepat . Terima kasih.

    • ERAKITA said

      Walaikumussalam wbt.

      Berdasarkan undang-undang yang ada, adalah menjadi satu kesalahan bagi seorang suami menceraikan isteri tanpa kebenaran Mahkamah. Termasuk kesalahan itu adalah lafaz cerai yang dibuat oleh suami di hadapan mahkamah sedangkan mahkamah belum memberi kebenaran kepada suami untuk melafazkannya.

      Jika telah berlaku kejadian di mana suami telah melafazkan cerai kepada isteri di luar mahkamah tanpa kebenaran mahkamah, samada isteri atau suami berkenaan sewajarnya tanpa berlengah menfailkan permohonan di mahkamah syariah bagi mendapatkan pengesahan samada perceraian benar-benar telah berlaku atau tidak. Jika berlaku perceraian, bilangan talaq juga akan diputuskan oleh mahkamah.

      Dalam kes saudari di atas, erakita berpendapat bahawa mahkamah hanya mendaftarkan sebarang permohonan atau tuntutan dari orang awam dan bukannya menfailkan saman atau denda. Pihak yang menfailkan permohonan atau saman lazimnya adalah pihak-pihak yang berkepentingan samada pemohon atau plaintif. Mahkamah juga tidak berperanan untuk menfailkan denda. Mahkamah hanya berfungsi untuk menerima apa-apa permohonan atau tuntutan. Setelah lengkap, baharulah mahkamah mendaftarkan permohonan atau tuntutan tersebut samada dalam bentuk notis permohonan atau saman. Denda pula adalah bentuk hukuman yang diputuskan oleh mahkamah dalam kes jenayah syariah jika orang yang kena tuduh atau OKT disabitkan bersalah. Denda pula adalah salah satu bentuk hukuman selain penjara yang diperuntukkan oleh undang-undang kepada pesalah jenayah.

      Lazimnya, setelah mahkamah mensabitkan bahawa telah berlaku perceraian antara suami dan isteri yang melibatkan perceraian di luar mahkamah tanpa kebenaran mahkamah, laporan mengenai perceraian tersebut akan dihantar kepada pihak berkuasa agama membabitkan Pendaftar Pernikahan Perceraian dan Rujuk dan Pegawai Penguatkuasa Agama. Terserahlah kepada pendaftar perkahwinan samada mendaftarkan tersebut perceraian tersebut tanpa menunggu si suami tersebut didakwa di mahkamah atau sebaliknya. Ada juga amalan di sesetengah negeri di mana sijil perceraian tidak akan dikeluarkan oleh pendaftar perkahwinan perceraian dan rujuk selagi si suami tidak didakwa atas kesalahan menceraikan isteri tanpa kebenaran mahkamah.

      Jika belum didaftar dan dikeluarkan sijil perceraian kepada bekas suami dan isteri tadi, maka sudah tentu akan berlaku keadaan di mana pasangan berkenaan khususnya bekas suami untuk bernikah dengan pasangan baru. Erakita menasihatkan saudari agar mendapatkan penjelasan mengenai kedudukan sebenar kes melibatkan bakal suami di jabatan khususnya bahagian pendaftaran pernikahan perceraian dan rujuk. Dapatkan maklumat mengenai punca yang menghalang saudari untuk bernikah dengan bakal suami.

      Perlu diingat bahawa tanpa kebenaran bertulis berkahwin dari pendaftar perkahwinan, perkahwinan yang dilangsungkan adalah menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang. Saudari akan menghadapi masalah untuk mendaftarkannya sebagaimana yang dijelaskan oleh erakita dalam artikel di atas dan jawapan-jawapan kepada pertanyaan di atas.

      Jika kes pendakwaan terhadap bakal suami sedang berjalan, erakita nasihatkan agar saudari elakkan dari meneruskan pernikahan tersebut. Tunggulah sehingga kes jenayah syariah ke atas bakal suami yang telah menceraikan bekas isterinya tanpa kebenaran mahkamah selesai sepenuhnya. Jika pendakwaan lambat dijalankan, usahakan untuk merujuk hal tersebut di bahagian pendakwaan di Jabatan Agama Islam. Mohonlah budibicara kepada pegawai pendakwa agar mengusahakan penyelesaian pendakwaan secepat mungkin di mahkamah syariah. Bagaimanapun, saudari perlu berhemah ketika berurusan dengan bahagian pendakwaan bagi membolehkan kes tersebut dapat dijalankan menurut yang sepatutnya. Perlu juga diingat bahawa di sesetengah tempat, bahagian pendakwa menghadapi masalah untuk mendapatkan tarikh terawal dari mahkamah untuk penjadualan kes jenayah atas sebab tertentu yang meliputi lambakan kes yang banyak di sesetengah mahkamah dan kekurangan hakim.

      Justeru, erakita nasihatkan sekali lagi agar saudari bersabar di samping mendapatkan terus penjelasan dari pihak berkaitan di jabatan agama. Ikuti undang-undang yang ada bagi kebaikan jangkamasa panjang. Semoga penjelasan ini ada manfaatnya. Wallahu a’lam.

      • Sarah Maisarah said

        Terima kasih atas penjelasan walaupun ada sedikit kekeliruan yang mungkin di luar pemahaman saya . Insya’Allah , semoga segalanya dipermudahkan , amiin .

  76. Itu Aku said

    Assalamualaikum.

    Saya telah melafazkan ceria talak satu pada isteri saya di saksikan sendiri hadapan adik lelaki tiri beliau. (Seibu )dalam keadaan saya tidak tahan dengan isteri saya menjerit jerit pada jam 3 pagi – di rumah kelamin kami. Kerana saya tidak mahu memanjangkan panas.. Dan hendak hentikan dri beliau membuat bising .. (Malu dgn jiran sebelah) saya mengucap dan beristifar sebelum saya menjatukan talak. . Dengan sebutan.sya.. ” bismillahirahman nirahim.. (Nama penuh beliau) pada jam 3:34 pagi. Tarik xx.xx.2014 hari xxxx SAYA ( nama penuh saya xxxxx) menceraikan awak dengan talak satu.” Persoalanya..adakah sy akan di denda oleh mahkamah walaupun isteri saya mempuyai saksi..?

    Sebelum itu isteri saya meminta izin untuk keluar dgn menghantar sms. “Saya nak keluar” dan saya hanya menbalas “ok” Ketika itu saya sedang bertugas. Dan menganggap beliau akan pulang pada sebelum magrib pada hari yg sama .Tetapi setelah hanya seminggu , baru isteri saya pulang ke rumah kelamin kami bersama adik lelaki tiri (seibu) . . Saya tidak mencari atau hubungi beliau kerana ketika itu kami dalam keadaan tegang. Setelah pulang.. Saya hanya bertanya kemana selama seminggu ini. Isteri beritahu bahawa ibunya suruh dia pulang..

    Saya mengizinkan beliau keluar.. Benar… Tapi Keluar rumah tanpa saya tahu kemana dia pergi dan berapa lama? Adakah itu satu kesalahan pada beliau? Apakah hukum nya?

    Punca masalah kami adalah saya hanya ingin meminta kebenaran berpoligami secara baik.. Minta keizinan .. Jika izin ..sy teruskan dan jika beliau tidak izin.. Sy tidak akan teruskan

    • ERAKITA said

      Wa;aikumussalam wbt.

      Jika sudah terlafaz dengan lafaz yang disebutkan di atas, erakita nasihatkan agar bersegeralah membuat permohonan bagi mendapatkan pengesahan lafaz cerai tersebut di mahkamah syariah. Elakkan dari sikap bertangguh-tangguh untuk menguruskan hal sepenting ini. Lagi lama dibiarkan, lagi banyak masalah yang akan timbul di belakang hari.

      Apa yang perlu saudara nyatakan kepada mahkamah ialah menjelaskan keadaan sebenar saudara semasa lafaz tersebut terkeluar dari mulut saudara. Mahkamah akan memutuskan suatu kes dengan melihat kepada pelbagai keadaan, situasi ketika lafaz tersebut dibuat. Ada juga ketikanya mahkamah membuat keputusan tidak mengesahkan lafaz tersebut disebabkan keadaan si suami seperti tidak waras atau dalam keadaan terpaksa.

      Jika mahkamah mengesahkan bahawa talaq telah gugur dengan lafaz tersebut, maka si suami akan terdedah kepada pendakwaan di mahkamah syariah atas kesalahan jenayah menceraikan isteri tanpa kebenaran mahkamah. Di sisi undang-undang, adalah menjadi satu kesalahan jika seorang suami menceraikan isterinya di luar mahkamah tanpa kebenaran dari mahkamah. Kehadiran saksi semasa suami melafazkan cerai berkenaan bukanlah satu pengecualian kepada kesalahan ini. Hatta, seorang suami tetap dianggap bersalah jika ia menceraikan isteri di hadapan pegawai agama atau kaunseling di Pejabat Agama selagimana si suami tidak mendapat kebenaran dari mahkamah untuk menceraikan isterinya.

      Sebaiknya, jika sekiranya sabit gugur talaq di mahkamah nanti, rujuklah semula isteri saudara andaikata saudara masih sayang dengan isteri. Rasanya isteri juga masih sayang dengan saudara. Kelihatannya wujud tanda bahawa isteri saudara tidak sanggup untuk hidup bermadu. Tindakan agresif isteri termasuk bermalam di rumah keluarganya beberapa hari menunjukkan betapa ia tidak sanggup bermadu atau menghadapi hidpu berpoligami. Justeru, jika saudara maklum perkara ini, ada baiknya saudara membatalkan atau sekurang-kurangnya menangguhkan dahulu hasrat berpoligami tersebut. Saudara juga mengakui bahawa jika isteri tidak mengizinkan, saudara juga tidak akan meneruskan poligami itu.

      Erakita hanya mampu menasihatkan agar muhasabah diri masing-masing. Setiap kita ada lebih dan ada kurangnya dalam hidup. Hidup ada medan ujian dari Allah. Insafilah bahawa tidak ada rumahtangga yang tidak bergolak langsung. Pasti juga ada pasang dan surutnya. Ada masa ia sejuk, ada masa ia panas. Ini sudah lumrah hidpu dalam rumahtangga. Dekati diri kepada Allah. Bertaubat atas segala kesilapan dan kesalahan lalu yang pernah dilakukan.

      Jika dapat, lazimkanlah bersedekah. Moga-moga bersedekah dengan ikhlas itu akan menghindarkan bala dan menjemput rezeki. Rezeki pula bukan hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta tetapi termasuklah kebahagiaan dan ketenangan rumahtangga.

      Wallahu a’lam.

      • Itu Aku said

        Terima kasih atas penjelasan erakita tersebut. Pada hari ini 14/5/2014 saya telah pun ke mahkamah syariah kuantan. Kes seksyen 57- permohonan pengesahan talaq yg di failkan oleh isteri saya. Tetapi kes itu di tangguhkan ke tarikh 29/5/2014 kerana saya tidak dapat surat borang permohonan pengesahan talaq dari pihak isteri mahupun mahkamah. Tuan hakim telah menetapkan tarikh baru dan meminta saya meneliti borang permohohan pengesahan talaq terlebih dahulu.

        Soalan saya. Jika saya ingin rujuk kembali pada isteri saya . Sebeleum edah nya berakhir pada 26/5/2014. Apa yang perlu saya lakukan.

        Tetapi masalahnya. Keluarga sebelah pihak isteri saya tidak lagi dapat menerima saya kembali. Niat saya berpoligami juga telah saya batalkan dan ini telah di ketahui oleh kedua kedua belah pihak keluarga. Perlukah saya teruskan hasrat saya untuk rujuk walaupun dapat tentangan dr keluarga isteri saya.?

      • ERAKITA said

        Salam.

        Alhamdulillah. Tindakan membawa kes berkenaan ke mahkamah adalah tepat. Tidak kisahlah kes itu difailkan oleh isteri atau suami. Bagi perceraian yang melibatkan talaq rajie samada talaq 1 atau talaq 2, suami boleh merujuk isteri selagi isteri dalam tempoh eddah. Bagi isteri yang masih mempunyai haid, tempoh eddahnya adalah 3 kali suci.

        Tak perlu risau soal rujuk. Di sisi syarak, rujuk adalah kuasa suami. Keluarga isteri tidak berhak untuk menghalang rujuk tersebut. Samada keluarga setuju atau tidak, hal ini adalah urusan antara suami dan isteri. Erakita nasihatkan agar saudara berbincang dengan penuh berhemah dan berbaik baik dengan isteri. Nyatakan dengan penuh meyakinkan bahawa saudara sudah memuktamadkan niat untuk tidak meneruskan poligami itu.

        Mengenai rujuk, soal itu sukar dibuat pada ketika ini selagi status perceraian di mahkamah belum diketahui. Ini kerana hanya mahkamah saja yang boleh memutuskan samada perceraian telah berlaku atau tidak. Rujuk hanya berlaku apabila jelas perceraian telah berlaku. Bagaimanapun, untuk maklumat lanjut, saudara ada baiknya mendapatkan maklumat dan pandangan dari pendaftar perkahwinan di Jabatan Agama mengenai hal rujuk dari semasa ke semasa.

        Wallahu a’lam

  77. nor said

    salam..jikalau suami telah lafaz talak melalui sms, adakah proses pengesahan cerai akan mengambil masa yang lama jika suami tidak hadir ke mahkamah..adakah pengesahan cerai itu akan dilakukan sehingga suami menghadiri mahkamah?..bagaimana pula jika suami memang tidak akan hadir ke mahkamah?

    • ERAKITA said

      salam.

      Lafaz talaq melalui SMS perlu disahkan oleh mahkamah syariah. Menurut Arahan Amalan, mahkamah perlu membuat sebutan kes berkenaan dalam tempoh 21 hari dari tarikh kes didaftarkan. Jika pada hari sebutan kedua pihak hadir, mahkamah boleh mendengar keterangan kedua pihak mengenai lafaz berkenaan sekiranya mahkamah mempunyai masa berbuat demikian. Mahkamah juga boleh membuat keputusan mengenai lafaz berkenaan samada gugur atau tidak pada hri yang sama sekiranya semua keterangan berkaitan telah diperolehi.

      Masalah boleh timbul sekiranya pihak yang satu lagi tidak hadir mahkamah. Ketidak hadiran boleh disebabkan notis permohonan atau saman tidak berjaya diserahkan kepada pihak yang satu lagi. Ini menyebabkan kes berkenaan terpaksa dijadualkan lagi pada tarikh akan datang bagi memastikan penyerahan notis mahupun saman berjaya dibuat kepada pihak yang satu lagi. Jika tidak dapat juga, baharulah penyampaian secar agantian dilaksanakan seperti tampalan notis atau saman di premis kali terakhir pihak responden atau defendan berada, tampalan di papan kenyataan mahkamah dan juga iklan di surat khabar tempatan atau nasional, mengikut yang berkaitan. Kes hanya akan dijalankan setelah semua proses ini dipatuhi.

      Ketidak hadiran juga boleh disebabkan keengkaran pihak yang satu lagi hadir ke mahkamah sedangkan notis atau saman telah berjaya diserahkan kepadanya. Dalam hal ini, satu waran tangkap boleh dikeluarkan oleh mahkamah ke atas orang berkenaan atas keengkarannya hadir mahkamah.

      Perlu diingat bahawa jika sukar mendapatkan kehadiran pihak suami ke mahkamah di sebabkan tidak diketahui di mana berada atau waran tangkap tidak dapat dilaksanakan, maka sayugia bolehlah si isteri mengambil tindakan perundangan yang lain iaitu fasakh atau ta;liq ke atas suami jika mempunyai alasan yang berkaitan. Bagi fasakh umpamanya, isteri boleh menuntut fasakh atas alasan bahawa suaminya telah gagal atau cuai dengan tidak memberikan nafkah kepadanya selama 3 bulan atau lebih.

      Justeru, erakita mencadangkan kepada Puan Nor untuk mendapatkan khidmat peguam syarie bagi meneruskan tindakan di mahakamah. Penggunaan peguam akan lebih memudahkan pengurusan perjalanan kes berkenaan. Di samping itu, barangkali Puan juga bolehlah memikirkan samada nak menuntut perkara-perkara lain lagi ke atas suami seperti hadanah atau penjagaan anak-anak, nafkah anak, harta sepencarian dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan hak isteri selepas perceraian.

      Justeru, mengenai tempaoh penyelesaian pengesahan lafaz cerai tersebut, ianya subjektif dan tergantung kepada keadaan sebagaimana yang erakita sebutkan di atas. wallahu a’lam.

  78. nor said

    salam..saya sekarang dalam proses fasakh..tetapi suami telah lafaz talak melalui sms..jikalau suami telah lafaz talak melalui sms, adakah proses pengesahan cerai akan mengambil masa yang lama jika suami tidak hadir ke mahkamah..adakah pengesahan cerai itu akan dilakukan sehingga suami menghadiri mahkamah?..bagaimana pula jika suami memang tidak akan hadir ke mahkamah?

    • ERAKITA said

      Salam.

      Penjelasan telah diberikan di atas. Sekiranya tuntutan fasakh telah difailkan, teruskan saja dengan tuntutan fasakh tersebut. Lebih-lebih lagi suami tidak hadir ke mahkamah. Yang penting, Puan mempunyai alasan untuk menuntut fasakh. Sebaliknya jika sekiranya suami hadir di mahkamah semasa prosiding kes fasakh dan menyatakan pengakuan bahaw aia telahpun melafazkan cerai melalui sms, maka Mahkamah mempunyai budi bicara untuk meminda tuntutan fasakh kepada pengesahan perceraian luar mahkamah.

      Mahkamah boleh juga mengarahkan Puan untuk menfailkan permohonan pengesahan perceraian luar mahkamah bagi menentukan samada telah berlaku perceraian atau tidak dengan lafaz cerai melalui sms itu. Dalam masa yang sama, kes fasakh bolehlah ditangguhkan sementara bagi menentukan keputusan kes pengesahan lafaz cerai itu. Jika ternyata telah sah perceraian, maka kes fasakh bolehlah ditarik balik atau ditutup. Jika tiada sabitan perceraian, kes fasakh bolehkan diteruskan semula.

      Wallahu a’lam

  79. Rasyid said

    Seorang lelaki berpoligami & berkahwin di Golok. Sekembali dr Golok, pasangan hanya ada surat nikah tanpa surat kebenaran dr konsulat msia & surat kebenaran dr MAIS. Atas permintaan perempuan, nikah dirahsiakan & jgn didaftar. Selepas sebln, lelaki melafaskn talak atas kerelaan & kesedaran melalui sms & tel. Adakah talak telah jatuh ke atas perempuan tersebut. Bagaimana jika prosidur cerai di lakukan di Golok juga.

  80. fennila said

    Assalam. Jika nikah berlaku di thailand tanpa dokumen sah & asal, tentulah sukar utk daftar nikah di malaysia. kemudian berlakunya cerai. kedua pasangan memilih utk mendiamkn saja hal tersebut. nikah & cerai hanya mereka & kluarga mereka yg tahu. Pihak perempuan pun maklum bahawa hubungan itu berakhir begitu saja. bagaimana tu. dr segi hukum syarak camna. dr segi hukum syariah, mmg lah perempuan xpat buat apa2 tuntutan & aduan

  81. fairuz said

    Hari tu sy bergado gan jiran seblh sy.suami bila jiran , adakah jatuh talak, sy guna no tel suami ta kepada bapak mentua sy..sy mtk cerai kan sy sebab jiran sy tak suka sy dok taman yg saya duduk tu..lepas tu bapak mentua sy ta mesej ke pada anak sulong dia pergi bual bisacara agama. Pastu dpt surat g mahkamah .adakah sy ni dah jatuh talak.tp sy yg tail mesej guna tel suami.maaf ayat sy kurang faham ..

  82. zara said

    Assalamualaikum..saya nak tahu lebih lanjut berkenaan dgn penceraian ni sbb saya ni muallaf dan bru sebulan lebih dah kahwin..semalam saya dgn suami bgaduh teruk saya memaksa dia menceraikan saya dlm masa yang sama saya tengah mengandung 2 minggu.saya pun tak pasti cerai tu dah jatuh ke tidak sebab suami ceraikan saya dengan talak 1.saya dh pergi mahkamah syariah mengenai kes ni.tetapi saya dgn suami dah berbaik dan nk rujuk semula dlm masa terdekat ni..tak pasti la dpt ke tak mhkmah settlekan semua ni dan kita org nak rujuk balik sbb ingt ank yang dlm perut ni..dan masa perceraian nnti dpt ke tak rujuk semula pada masa dan hari yang sma?

  83. nursyaza said

    assalammualaikum ustaz,
    sy ingin minta pandangan ustaz…sy dan suami sllu brtengkar dan kami sdh bbrpa kali pergi muis…tp seringkali dimuis suruh brdamai..tp kembali bgitu kmbali..masalahnya skrg ustaz,suami sfh brulang kali ucap crai tp bila sy rujuk pengesahan lafaz cerai tuh dimuis smpai skrg xda apa2….sy pn binggung status kami bgaimna.sedangkn suami anggap itu perkara biasa saja sedangkn sy rasa sprt dipermainkn ungkapan2 bgitu…..tambahan lg kami sllu bergaduh mmbuatkn sy benar2 sdh tahan lg sama sikap suami…dan secara jujur sy mmng sdh xtahan lg sma suami……tolong la ustaz bgaimna??

  84. afiq faiz said

    assalammualaikum
    sy nak tau mcm na cara nak brcerai brjauhan contoh ny sy dan pasangan tinggal brjauhan…sy duduk d kl dan pasangan duduk d sabah…perkara tentang penceraian sudah d bincang dgn pasangan kmi brdua sudah brsejutuh….persoalan skrg sy tidak ada masa utk pg ke sabah utk mengurus atau mnfail kn penceraian itu…adakh cara yg termudah utk d urus…

  85. pinkhyppo said

    Sy ingin bertnykn pd ustaz kalau suami sy secara xsengaja melafazkan talak 3 kpd sy dan waktu sy masih dlm keadaan tdk suci adakah talak itu sah ustaz tlg beri penerangan supaya jelas sy ingin tahu

  86. jajali said

    Maaf . jika seseorang itu telah terlanjur mengadakan hubungan dan telah diketahui oleh keluarga. Keluarga pula mendesak untuk dinikahkan. Dan pasangan itu bersetuju untuk dinikahkan dengan syarat mereka terus bercerai sejurus selepas dinikahkan dalam hari yang sama. Kerana hanya ingin memenuhi kehendak keluarga. Apa pendapat tuan? Adakah ia dibenarkan?

  87. siti said

    Assalam.. Jika suami melafazkan talaq dlm keadaan die mnghidu gam.. Hayal.. X sedar apa yg dilafazkan.. Dan setelah bbrapa minit bru die sedar yg die melafazkan talaq.. Sebwlum prtgkaran mmg die dlm keadaan hayal mnhidu gam.. Adakah sah talak trsebut dn bgaimana kah prosedurnye

  88. maya said

    aslmkm… nak tanya, saya telah berkahwin dengan seorang warga Iran. bulan may yg lepas, dia dah balik ke negara asal dia. kemudian atas sebab yg tertentu dia telah memberitahu saya yang dia dah tak sayangkan saya lagi dan jangan tunggu dia lagi.. adakah jatuh talak? kemudian kami ada juga berbincang pasal cerai dan sekarang masing masing telah setuju untuk bercerai disebabkan dah tiada lagi jalan untuk bersama. sah ke talak kami berdua ni? sebab dia jauh.. lagipun kami cuma guna kan chatting di ym saja sbg medium komunikasi sepanjang dia pergi… nak dapatkan bukti jatuh talak tu memang susah… tolong saya..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: