BLOG ERAKITA

"Perkongsian Maklumat Masa Kini"

BEKAM: memang hebat!

Posted by ERAKITA di 3 Disember 2009

 

Darah bertoksid melekat atas tubuh setelah cawan bekam dibuka. Lihatlah sendiri..

 

BEKAM DAN KEHEBATANNYA: 1

 

3 Disember 2009 

Salah seorang pengamal perubatan bekam dan homeopati terkenal di Malaysia dan si Indonesia ialah Dr Ibrahim. Beliau mendapat kelulusan khusus dalam Sarjana Muda Perbuatan Sains Homeopati dari Majlis Akademi Homeopati Malaysia dengan kerjasama Fakultas Kedokteran Universitas Sumetara Utara Indonesia pada 2005. Beliau juga memiliki Diploma Sains Pengajian kelolaan Majlis Akademi Homeopati Malaysia pada tahun 2002. 

Beliau juga mempunyai kelayakan dalam perubatan Islam apabila dianugerahkan sijil tamat kursus dari Pusat Perubatan Islam Darus Syifa kelolaan Datuk Dr. Harun Din pada tahun 2002. Selain itu, antara kursus tambahan yang dihadiri untuk memantapkan lagi kepakaran beliau dalam bidang homeopati dan bekam ialah Kursus Anatomi, Fisiologi, Biokimia, Gizi dan Kesihatan di Fakultas Kedokteran Universitas Sumatera Utara, Indonesia. 

Beliau telah membuka klinik perubatan Bekam dan Homepati di Batu 9, Kg Melaka, Cheras, Kuala Lumpur. ERAKITA berkesempatan untuk mendapatkan rawatan bekam beliau sebanyak 2 kali sejak tahun 2008. Terbaru, 13 oktober 2009, ERAKITA sekali lagi mendapatkan rawatan bekam di klinik beliau. Cara beliau melakukan rawatan bekam mempunyai kelainan dari para pengamal perubatan bekam lain yang pernah ERAKITA saksikan dan berbekam. 

Kelainan beliau ialah, beliau akan memberi penjelasan yang cukup jelas mengenai penyakit, punca, konsep penyakit dan lebih penting, beliau akan mengulang-ulang untuk mengeluarkan darah dari sesuatu lokasi tubuh sehingga darah yang bertoksid dapat dikeluarkan dalam kuantiti yang memuaskan. Lazimnya, penyedutan di lokasi yang sama dilakukan sehingga 3 hingga 4 kali. Beliau menyatakan bahawa, jika keadaan memerlukan, lokasi tertentu sebenarnya boleh disedut berulang kali sehingga 7 kali. Walau bagaimanapun, hal tersebut banyak bergantung kepada keupayaan dan kekuatan tubuh pesakit sendiri. 

Menariknya, menurut beliau, satu kesilapan yang lazimnya berlaku pada pengamal rawatan bekam ialah apabila mereka tidak mengulangi untuk menyedut lokasi yang sama setelah menyedut darah kali pertama dengan alasan, kawasan tersebut tiada darah kotor. Menurut beliau, kawasan yang tidak banyak keluar darah hitam setelah disedut kali pertama bukanlah menunjukkan bahawa bahagian tersebut tiada sakit atau tidak bertoksid. Menurut pengalaman beliau, kawasan tersebut sebenarnya mengandungi banyak darah bertoksid yang kotor tetapi toksid yang ada telah terkumpul terlalu lama serta mendap di lapisan kulit yang agak tebal. 

Pengulangan untuk mengeluarkan darah secara sedutan di kawasan tersebut seharusnya dilakukan sehingga darah kotor tersebut dikeluarkan. Berdasarkan pemerhatian ERAKITA dan sedikit pengalaman membekam orang, ternyata hal tersebut ada kebenarannya. ERAKITA sendiri telah mencuba kaedah tersebut dan mendapati bahawa sedutan kali kedua atau ketiga di lokasi yang sama akan menghasilkan sedutan darah bertoksid yang banyak dan berwarna hitam legam serta kental. 

ERAKITA yang sempat menimba sedikit ilmu dan pengalaman di samping mendapatkan rawatan bekam dari Dr Ibrahim sendiri dapat menyaksikan sendiri bagaimana beliau melakukan rawatan bekam ke atas pesakit lain. Sambil merawat, beliau tidak kedekut dengan ilmu apabila menerangkan terus kepada ERAKITA kaedah serta kawasan-kawasan yang patut dibekam untuk penyakit-penyakit tertentu. Satu hal yang menarik, apabila Dr Ibrahim menceritakan pengalaman beliau merawat pesakit wanita yang telah mengalami penyakit KANSER PAYU DARA sejak beberapa lama. Pesakit berkenaan telah datang ke Pusat Rawatannya di Kg Padang, Riau Indonesia. 

Beliau telah merawat pesakit berkenaan dengan kaedah perubatan homeopati dan bekam. Beliau juga telah menunjukkan sendiri beberapa gambar yang dirakamkan dalam kamera digital beliau kepada kami. Gambar rakaman memperlihatkan air berwarna kekuningan dan cair terkumpul dari kawasan sekeliling payu dara pesakit yang agak banyak. Gambar payudara pesakit pada mulanya amat teruk. Namun, setelah beberapa minggu rawatan dibuat, akhirnya payudara pesakit semakin cerah dan berwarna kemerahan menunjukkan bahawa darah di bahagian tersebut semakin lancar dan normal. 

Menurut beliau lagi, salah satu cabaran besar yang dihadapi ketika berhadapan pesakit berkenaan ialah pesakit diganggu makhluk halus. Menurut keluarga pesakit, pesakit telah beberapa lama diganggu makhluk halus. Keadaan sedemikian menyebabkan proses rawatan yang sepatutnya lancar adakalanya terganggu. Bagaimanapun, menurut beliau, usaha masih dilakukan agar pesakit berkenaan dapat disembuhkan sepenuhnya menggunakan kaedah homepati dan bekam.

Ketika ini Dr Ibrahim sedang menyiapkan buku mengenai Bekam dan kaitannya dengan Islam dan Sains. Kini, dengan mempunyai pekerja terlatih dalam homepati dan Bekam, beliau sedang mengendalikan Klinik Perubatan Homepati dan Bekam di Riau Indonesia. Beliau juga pernah dijemput untuk ditemuramah secara langsung di TV Riau, Indonesia dan menjawap soalan secara langsung dari para penonton mengenai Homeopati dan Bekam. 

Pelanggan beliau datang dari berbagai tempat. Klinik beliau di Batu 9, Kg Melaka Cheras Kuala Lumpur didatangi oleh pesakit dari seluruh Malaysia. Beberapa siri kursus Refleksiologi dan Bekam dikendalikan oleh beliau di Klinik tersebut sejak beberapa tahun yang lepas. Kursus telah dikendalikan di tempat yang sama pada 7 dan 8 November 2009 baru-baru ini. ERAKITA sendiri pernah menghantar salah seorang anggota keluarga ERAKITA untuk menghadiri kursus Bekam di sini pada bulan Julai 2008. Peserta akan diberikan nota kursus, alat bekam secara percuma dan sijil kursus. 

Ketika ditanya mengenai penyakit H1N1 yang melanda seluruh dunia, beliau menyatakan bahawa penekanan harus diberikan kepada masyarakat supaya memberi keutamaan untuk menguatkan sistem imunisasi dalam tubuh manusia. Imunisasi adalah kekebalan sistem tubuh dari serangan pelbagai penyakit. Semakin kuat sistem pertahanan tubuh, semakin sukarlah penyakit untuk hinggap ditubuh kita. Menurut beliau lagi, salah satu kaedah paling mudah untuk menguatkan sistem pertahanan tubuh manusia ialah dengan cara BERBEKAM.

Melalui bekam, darah yang kotor dan bertoksid (beracun) dapat dikeluarkan terus dari tubuh. Darah yang bersih pula akan semakin lancar mengalir dalam pembuluh darah yang luas. Akhirnya segala makanan atau minuman yang diangkut oleh darah yang mengandungi pelbagai bahan penting yang diperlukan tubuh seperti oksigen, vitamin dan lain-lain lagi akan disebarkan ke seluruh tubuh dalam jangkamasa singkat. 

Untuk melihat lebih lanjut perkembangan perubatan Homepati dan Bekam, klinik beliau ada menyediakan laman web sendiri yang boleh dilayari di alamat www.homepatiindonesia.com. Beliau juga menjual peralatan khas untuk rawatan bekam seperti pen, lenset, cawan dan mesin penyedut eletrik yang diimport dari luar negeri. Peralatan ini amat sesuai dan penting kepada para pengamal rawatan bekam. Peralatan moden sedemikian dapat mengikis tanggapan mengenai kengerian  atau keperitan pesakit untuk mendapatkan rawatan bekam.

Peralatan moden dan sopistikated seperti cawan, pen dan lanset benar-benar menjadikan proses rawatan bekam sesuatu yang tidak mengerikan, tidak menyakitkan dan tidak memudaratkan. Kita akan menyaksikan sendiri bagaimana selepas rawatan bekam, tidak ada luka di bahagian kulit yang kelihatan. Jika ada, hanyalah kulit berwarna kemerahan kesan sedutan darah. 

Dalam artikel yang akan datang, ERAKITA akan menceritakan pula beberapa aspek lagi mengenai rawatan bekam dan kehebatannya. Insyaa Allah. Beberapa gambar untuk tatapan dipaparkan di bawah untuk anda semua.

Peralatan Bekam. Moden, canggih, bersih dan meyakinkan!

Mesin eletrik moden untuk menyedut darah melalui cawan. canggih! bukan lagi macam dulu-dulu

Dr Ibrahim di Pejabat Kliniknya

 

BERBEKAM SUNNAH NABI

 

 

About these ads

27 Respons to “BEKAM: memang hebat!”

  1. wan segamat said

    Salam,

    Saya pernah menghadiri kursus bekam yg beliau anjurkan pd tahun 2007.
    Program yg dijalankan amat menarik dan kita dapat mempraktikkan apa yg dipelajari bagi kebaikan semua.

    Bekam dipandang sepi oleh orang kita sendiri pada hal terlalu banyak kebaikan yg boleh diperolehi drpd berbekam ini. Saya harap semua akan menyedari kebaikan berbekam ini dan menjadikan ia sebagai amalan sesuai dgn sunnah nabi Muhammad S.A.W.

    Jutaan terima juga kpd Dr. Ibrahim di atas kesudian berkongsi ilmu ini.

    Semoga kita semua diberkati dgn menghidupkan sunnah nabi ini.

    Sekian, terima kasih.

    wan segamat
    0197299675
    suhaicw@gmail.com

    • ERAKITA said

      Walaykum salam wbt.

      Terimakasih atas pandangan dan suara hati dari Saudara Wan Segamat di atas. Tahniah kerana anda merupakan salah seorang pencinta Sunnah Nabi ini. Kelebihan suadara ialah saudara telah mengikuti kursus berbekam. Semoga saudara dapat pula menurunkan ilmu tersebut kepada sesiapa jua untuk meneruskan kesinambungan amalan berbekam, sekaligus menjadi amal jariah berguna di hari kemudian. Tahniah dan sama-sama kita hidupkan sunnah Nabi ini.

      Terimakasih

      Wassalam

    • Zulaidah binti Long said

      Assala mu’alaikum. Saya juga merupakan anak murid Dr. Ibrahim. Pernah mengikuti kursus asas reflexology pada tahun 2002 dgn beliau dan menghadiri kursus bekam bahagian asas pada tahun 2006. Alhamdulillah, sekarang saya buat rawatan di rumah saya di kampung padang midin, kuala terengganu. Ada bilik khas untuk rawatan, ada masa pergi juga merawat di luar terengganu seperti di kl, selangor, ipoh

      • ERAKITA said

        Wa’alaykumussalam wbt.

        Alhamdulillah dan tahniah kepada Puan Zulaidah kerana telah menceburi bidang yang murni dan mulia ini. Semoga Allah memberi kekuatan kepada Puan untuk melaksanakan amalan sunnah ini dan seterusnya menyebarluaskan ilmu ini. Selamat maju jaya.

      • syud said

        Salam.. Puan ada no tel x

  2. MASIRIN MARIMIN said

    Saya juga sudah acapkali berbekam, Alhamdulillah hasilnya mmg mgkagumkan, Saya jarang jatuh sakit.

    • ERAKITA said

      ERAKITA ucapkan setinggi-tinggi terimakasih atas sumbangan pengalaman peribadi saudara Masirin mengenai kehebatan BEKAM dalam dunia perubatan. Kehebatannya sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Demikianlah betapa hebatnya BEKAM, satu amalan yang juga merupakan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Bayangkanlah, anjuran mengamalkan BEKAM ini diperolehi oleh Nabi SAW di LANGIT ketika Baginda menjalani peristiwa agung dalam Isra dan Mi’raj. Menurut Hadith, Nabi ada mengatakan bahawa Baginda tidak melalui kumpulan para Malaikat melainkan para Malaikat itu mengatakan “Wahai Muhammad, Suruhlah umat kamu berbekam”.

      Bayangkanlah. Kalau syariat Berbekam ini dapat dari Langit, maknanya, bekam ini memang hebat dan menakjubkan. ERAKITA sendiri mula mengamalkan bekam sejak tahun 2000. Kesakitan di kepala atas tengkuk selama bertahun-tahun hilang dalam tempoh 1-2 minggu selepas berbekam (mengeluarkan darah kotor). Setelah 10 tahun berlalu, penyakit tersebut tidak lagi muncul. Subhanallah. Sejak itulah, ERAKITA terus belajar berbekam dari jurubekam tersebut pada tahun yang sama. Alhamdulillah, untuk bahagian-bahagian tubuh tertentu, ERAKITA membekam sendiri tanpa bantuan orang lain. Ia mudah dan menakjubkan.

      Inshaa Allah, esok 10 April 2010, ERAKITA akan menghadiri kursus berbekam di Bangi selama sehari. Walau telah ada sedikit kemahiran sebelum ini, namun atas dasar perlu mendalami dan menyokong SUNNAH Nabi, ERAKITA akan hadir dalam kursus tersebut. Inshaa Allah.

      Tahniah Saudara Masirin kerana turut menyokong dan mengamalkan BEKAM. Wassalam

  3. liana said

    rawatan bekam mmg mujarab…bgus jadi sunnah

    • ERAKITA said

      Tahniah kepada Saudari Liana kerana menyokong rawatan bekam. Beramal dengan rawatan bekam bermakna kita beramal dengan salah satu sunnah Nabi s.a.w. Mengamalkan sunnah Nabi tidak akan rugi sedikitpun. Malah, untungnya berlipat ganda samada di dunia mahupun akhirat.

  4. Mohd Nizam said

    Salam Dr,

    Boleh tanya? Kenapa lepas Bekam Bp naik pula?

    Betul ke bekam hanya setahun sekali sahaja?

    Orang penyakit Leukimia boleh bekam ke?

    Tq.

    • ERAKITA said

      Wa’alaykumussalam wbt.

      Perubahan aliran darah dalam tubuh badan boleh berlaku dalam jangkamasa yang agak singkat setelah berbekam. Inilah kesan dan kehebatan rawatan bekam.

      Aliran darah bertambah lancar dan segala zat dan makanan yang diperlukan dalam tubuh dapat dibekalkan melalui darah.

      Sudah tentu kadar Bp (blood pressure) boleh saja berubah menurut keadaan tubuh seseorang. Tidak semestinya pula ia disebabkan oleh bekam semata-mata kerana faktor lain juga boleh mempengaruhi tahap Bp. Tekanan, fikiran kusut, pemakanan tak terkawal boleh mempengaruhi kadar Bp.

      Tidak benar kenyataan bahawa berbekam hanya dibolehkan sekali setahun. Berbekam tidak ada ditetapkan tempohnya. Cuma yang paling penting adalah bergantung kepada tubuh seseorang dan lokasi yang hendak dibekam. Sekali dalam tempoh 2 minggu juga tidak jadi masalah kerana pembekaman boleh dilakukan pada lokasi-lokasi lain dalam tubuh. Ia bergantung juga kepada tubuh seseorang, kesihatan seseorang dan penyakit seseorang.

      Apa saja penyakit boleh disembuhkan dengan izin Allah s.w.t. Untuk pesakit leukimia, sebaiknya minta pandangan dari Doktor Perubatan yang pakar agar setiap tindakan yang diambil tidak memudaratkan pesakit tersebut. Ini kerana, rawatan bekam perlu berhati-hati terutama sekali pada pesakit yang menghadapi lemah pada tubuh badan.

      wallahu a’lam.

  5. Tengku osman said

    sALAM. aDAKAH PIHAK TUAN MASDIH MENGADAKAN KURSUS LAGI DAN BILA…tKASEH. HARAP HANTARC EMAIL KE SAYA :osman5157@yahoo.com

    • ERAKITA said

      Wa’alaykumussalam wbt.

      Dr Ibrahim akan mengadakan kursus rawatan bekam dari semasa ke semasa menurut kelapangan.

      Alamat Klinik beliau ada tertera di bawah sebagaimana yang dinyatakan dalam jawapan ERAKITA kepada saudara Zuhairi.

      Selamat meneroka ilmu Sunnah Rasulullah s.a.w.

  6. Zuhairi Khalil said

    Assalamualaikum,

    Saya berminat untuk berbekam kerana ia mempunyai banyak kebaikanya untuk kesihatan disamping ianya Sunnah Nabi SAW.
    Boleh saudara ERAKITA sediakan alamat penuh klinik Dr Ibrahim beserta dengan nombor telefon kepada saya.
    Kerana saya difahamkan klinik beliau disekitar Batu9 Cheras, dan saya tinggal di Batu10 Cheras dimana tidak jauh dari klinik beliau.
    Bantuan daripada saudara ERAKITA amatlah dihargai.

    Terima Kasih.
    Zuhairi Khalil
    zuhairi_khalil@yahoo.com

    • ERAKITA said

      Wa’alaykumussalam wbt.

      Terimakasih atas pertanyaan Saudara Zuhairi di atas. Berikut adalah alama Klinik Rawatan Bekam Dr Ibrahim. Semoga ada manfaatnya maklumat ini. Semoga hasrat saudara untuk memanfaatkan Sunnah Nab s.a.w tercapai. Ameen yaa rabb!

      PERUBATAN HOMEOPATHY & KOMPLIMENTARI
      AL-JAWAD (001381912-A)

      Lot 819-8 Kampung Melaka
      Batu 9 Cheras
      43200 SELANGOR
      Tel : 013-3372214
      Dr(H) Ibrahim bin Burhanuddin PHom,BHMS(Mahm/USU)

      • shukri said

        Salam,

        Saya cuba call no di atas 013-3372214 tapi tiada jawapan. Ada tukar no baru? Boleh sms saya no baru?

        Shukri 012-2058864

  7. mohamad yusof bin mohd rahsid said

    slm…sy ingin mencuba rawatan bekam…sila tuan berikan alamat klinik dan no telefon…sbb sy tinggal di area ceras. tk

    • ERAKITA said

      Wa’alaykumussalam wbt.

      Terimakasih atas pertanyaan Saudara Mohamad Yusof di atas. Alamat tempat rawatan Bekam Dr Ibrahim telah saya nyatakan di atas dalam jawapan kepada pertanyaan Saudara Zuhairi.

      Semoga ada manfaatnya. Jangan lepaskan peluang belajar terus dari beliau kerana bukan mudah mendapatkan ilmu dari yang benar-benar mahir dalam bidang ini.

      Hidupkan Sunnah Nabi s.a.w.

  8. kamarul's bekam, reflexology and massage said

    kami juga seorang jurubekam , reflexologyst dan urutan.

    bekam darah, bekam angin dan bekam sihir.

    019 – 390 9495 kamarul
    019 – 270 9645 mimi

    • ERAKITA said

      Assalamu ‘alaylkum wbt.

      Tahniah kepada anda kerana telahpun menjadi sebahagian dari pengamal sunnah Nabi yang mulia itu. Semoga perniagaan anda bertambah maju dan mendapat keberkatan Allah s.w.t.

  9. rodiah said

    sy pernah berbekam sekali 3 bulan lepas. 20 cup serentak selama 10 minit. (bukan di klinik ini) pembekam sy tu beritahu sy ada macam2 masalah seolah2 sy ni byk penyakit. lepas berbekam sy langsung tidak rasa perubahan. ape yg sy rasekan ialah pembekam tersebut hanya mengejar keuntungan. sy rs tiada keikhlasan di situ. sy kesal dgn sikap yg begini. seolah mendesak untuk dibekam. darah yg keluar juge tidak byk. kenapa rawatan untuk berbekam mahal? modalnye cume alat bekam je kan…. sy hanya komen melulu ni tanpa ilmu….

    • ERAKITA said

      Assalamu ‘alaykum wbt.

      Pengalaman yang dilalui oleh Saudari Rodiah menggambarkan bahawa wujudnya manusia yang hanya mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan semata-mata tanpa menekankan kualiti rawatan bekam berkenaan. Erakita sukar untuk mengatakan secara yakin bahawa orang berkenaan telah mengambil kesempatan ke atas saudari. Hanya Allah yang lebih mengetahuinya.

      Bagaimanapun, sebagai perkongsian ilmu, meletakkan 20 cup ke atas tubuh seseorang secara serentak sudah cukup menjadikan tubuh berkenaan terseksa dan sakit. Perawat sewajarnya memastikan bahawa pesakit benar-benar bersedia untuk menerima pertambahan bilangan cup ke atas badan. Jika tidak, tekanan boleh berlaku dan akan mengakibatkan pesakit pitam atau pengsan. Lazimnya, pesakit akan merasa pening, tak stabil tubuh dan menyatakan rasa nak pitam.

      Sebab itu, biarlah ia dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak tergesa-gesa. Tenangkan si pesakit dan tanya dia samada ia masih sanggup jika cup ditambah lagi di tubuhnya. Jika ia sanggup, penambahan cup boleh dilakukan tetapi untuk meletakkan sehingga melebihi 10 cup dalam satu-satu masa juga dielakkan bagi mengelakkan berlakuknya perkara yang tidak diingini.

      Soal kos rawatan bekam, ianya adalah terserahlah kepada pengamal bekam berkenaan. Namun, bagi mengelak tohmah dan fitnah, sebaiknya kosnya adalah pada kadar yang sederhana dan tidak membebankan. Biarlah amalan ini dilihat indah dan menarik minat lebih ramai orang. Wallahu a’lam.

  10. arif said

    salam tuan,

    berapa harga bekam sekarang? saya baru bekam petang td di warta bangi, 35 cup rm700. rasa terlalu mahal.

    • ems said

      Maximum per hour Rm130 sejam. Per cup dalam rm6 to rm15. Kalau rm700 , mmg mahal. Nie termasuk sewa kedai sekali

    • Mohd Nizam said

      Kalau d trengganu harga rm5 hingga rm8 per cup .

    • ERAKITA said

      Wa’alaykumussalam wbt.

      Meletakkan 35 cup dengan kos RM700 dalam satu tubuh untuk pembekaman adalah suatu yang agak luarbiasa. Menurut pengalaman dan pengetahuan Erakita, rawatan bekam tidak memerlukan jurubekam meletakkan sebegitu banyak cup pada tubuh pesakit. Apatah lagi pesakit tersebut telah uzur atau lemah tubuhnya. Perlu diingat bahawa bekam adalah Sunnah Nabi s.a.w yang hebat, unik dan begitu berkesan. Ia perlu diamalkan dengan niat ibadah, tidak menyusahkan, diperhaluskan dan diperindahkan sehingga tidak ada unsur-unsur yang mendatangkan fitnah dan tohmahan.

      Erakita berpendapat, adalah afdhal jurubekam berkenaan menilai semula kadar upah yang ditetapkan. Ia kelihatan “terlalu tinggi” berbanding tenaga dan kos yang dikeluarkan oleh jurubekam itu sendiri. Sudah dimaklumi bahawa peralatan bekam bukanlah mahal harganya. Peralatan tidaklah mencecah ribuan ringgit, ia sekadar pada harga antara RM200-RM500.00. Pen juga dalam sekitar RM100. Lencet (jarum) pula dalam sekitar RM20.00-RM35.00 sahaja di farmasi.

      Hanya barangkali sewa premis (bangunan) yang tinggi dan gaji pembantu jika ada. Bagi Erakita, biarlah upah tu pada kadar yang menasabah. Paling penting adalah niat melaksanakannya adalah nak buat ibadah, nak ikut Sunnah Nabi s.a.w dan nak bantu orang. Bukannya nak kaut untung. Kalau nak kaut untung, akhirnya pesakit tak akan datang lagi kerana merasa teraniaya. Nama kita akan tercemar. Tidak ada sebutan atau pujian yang baik, sebaliknya kemarahan, rasa tak puas hati, rasa ditipu, dizalimi dan lain-lain lagi eclaan dan cemuhan. Kita tak nak hal ini berlaku. Rasanya meletakkan harga 1 cup sekitar RM5.00-RM10.00 adalah kadar yang menasabah. Namun jangan pula meletakkan cup yang begitu banyak pada tubuh untuk mendapat untung lebih.

      Yang penting adalah kualiti pembekaman itu sendiri. Biarlah hanya menggunakan 3-5 cup sahaja tetapi lokasi pembekaman adalah tepat dan sedutan darah dibuat berulang-ulang antara 3-5 kali mengikut keadaan tubuh seseorang. Tidak ada masalah pula untuk pesakit tersebut datang pada minggu-minggu seterusnya untuk rawatan bekam pada lokasi yang lain. Biarkanlah pesakit itu merasa tenang, selesa dan selamat. Tidak keterlaluan juga untuk dikongsi di sini bahawa bagi pembekaman di bahagian kepala, memadai menggunakan 1 cup yang sederhana besarnya sahaja pada 1 lokasi. Ini adalah baik untuk jangkamasa panjang bagi pesakit itu sendiri dan lebih-lebih lagi bagi perniagaan rawatan bekam itu sendiri. Kaedah inilah yang diamalkan oleh Erakita selama ini.

      Wallahu a’lam.

  11. Nor Hayati Malek said

    Assalamualaikum Dr. Ibrahim. Saya dah cuba menghubungi Dr. menggunakan no. yang tertera di blog , tetapi takda jawaban. Saya berminat nak beli mesin vacuum yang digunakan untuk sedut darah. Berapa kosnya dan macam mana cara pembeliannya. Saya ada juga melawati blog2 Indonesia yang menjual alat yang seakan sama untuk tujuan bekam..Saya ialah pembekam.Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: