BLOG ERAKITA

"Perkongsian Maklumat Masa Kini"

MAJLIS KONVOKESYEN PRA SEKOLAH DAERAH TAMBUNAN MERIAH: tahniah!

Posted by ERAKITA di 1 Disember 2009

 

Para Graduan berbaris menanti saat gemilang menerima skroll di atas pentas

MAJLIS KONVOKESYEN PRA SEKOLAH DAERAH TAMBUNAN MERIAH

tahniah!

  

1 Disember 2009 

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pelajar Pra-Sekolah Daerah Tambunan yang telah berjaya menamatkan pendidikan awal mereka baru-baru ini. Satu majlis khas telah diadakan untuk meraikan tamatnya persekolahan peringkat asas kepada seramai 308 pelajar dari 23 buah sekolah dari seluruh Daerah Tambunan pada 5 November 2009. Majlis Konvokesyen yang diadakan di Dewan Masyarakat Tambunan itu menyaksikan kehadiran luarbiasa ibubapa dan penjaga pelajar-pelajar berkenaan. 

Dianggarkan kehadiran ibubapa dan penjaga serta ahli keluarga masing-masing mencecah 500 orang. Kehadiran luarbiasa ini menunjukkan betapa para ibubapa begitu prihatin terhadap perkembangan dan kemajuan pendidikan anak-anak mereka walaupun di peringkat pra-sekolah. Majlis bersejarah itu dirasmikan oleh Puan Faridah bte Wahid, Pegawai Bahagian Sektor Pedidikan Akademik, Pejabat Pendidikan Daerah Tambunan yang mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Tambunan, Tuan Hj Kaipin Rosmin. 

Menariknya, pelajar-pelajar telah menerima sijil tamat pendidikan Pra-Sekolah dari Guru Besar sekolah masing-masing. Majlis tersebut juga tambah berseri apabila juruacara majlis dikendalikan oleh DJ dari Radio KLfm, Puan Faridah Yunus yang kebetulan bercuti seketika untuk menemani suaminya, Cikgu Ahmad Iznan yang bertugas di SK Kaingaran Tambunan sejak Januari 2009. 

Terdahulu dari itu, ketibaan Puan Faridah Wahid untuk merasmikan majlis tersebut disambut dengan paluan kompang dari Kumpulan Khai, Sekolah Menangah Ugama (SMU) Tambunan. ERAKITA yang sempat bertemu dengan pengurus Kumpulan Khai, Ustaz Ramlin Asri turut dimaklumkan bahawa kumpulan kompang tersebut ditubuhkan pada tahun 2007 dan dianggotai seramai 13 pelajar SMU Tambunan, diketuai oleh adik Mohd Syafie bin Rahman. Kumpulan Khai juga pernah memenangi pertandingan kompang peringkat Daerah Tambunan sempena Festival Nasyid dan Kompang pada tahun 2008. 

Majlis Konvokesyen yang bermula seawal jam 7.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tengahari diserikan dengan pelbagai persembahan dari pelajar-pelajar pra-sekolah sendiri. Antaranya, deklamasi sajak, nyanyian dan tarian. Majlis yang berjalan lancar itu tambah menarik apabila acara penyampaian sijil diselitkan dengan pengumuman dan penyampaian hadiah kepada para ibubapa yang mendapat cabutan tiket bertuah. Para ibubapa dan guru-guru tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama pelajar-pelajar bertuah itu sebagai kenang-kenangan. 

ERAKITA yang turut hadir untuk memberikan semangat dan berkongsi kejayaan dengan anaknya dalam majlis berkenaan begitu teruja dengan suasana ceria dan bersemangat sepanjang majlis berlangsung. Semoga majlis seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang dengan pelbagai pengisian yang menarik dan BERSESUAIAN menurut tahap umur pelajar-pelajar berkenaan, etika, moral dan agama. 

Akhir sekali, tahniah kepada pihak pengajur yang berjaya melaksanakan majlis tersebut dengan jayanya. Kepada para pelajar yang telah menamatkan pendidikan Pra-Sekolah, ERAKITA ucapkan TAHNIAH. Semoga penganugerahan sijil tersebut menjadi titik tolak untuk meneruskan kecemerlangan akademik ke tahap tertinggi pada masa akan datang. Beberapa gambar menarik sepanjang majlis berkenaan dipaparkan di bawah ini untuk tatapan bersama.

Para Graduan dari SK Kipaku bersama Guru Besar En. Nordin Zaini dan Cikgu Aniah bergambar untuk kenangan

Nur Syakirah Ahadin bersama guru kesayangannya Puan Aniah. Tahniah!

Kumpulan Khai terdiri dari pelajar SMU Tambunan dijemput untuk memalu kompang sempena ketibaan pegawai dari Pejabat Pendidikan Tambunan bagi perasmian Majlis Konvokesyen Pra Sekolah. Boleh tahan juga bakal para alim ulama ni!

Kehadiran para ibu bapa yang amat memberangsangkan

Bersedia naik ke pentas.

Penuh debaran adik-adik ni

gembira bersama skroll dan anak patung

Nur Syakirah Ahadin bersama skroll. Ini permulaan untuk kejayaan seterusnya. Tahniah untuk anak kesayangan

Generasi pewaris kepimpinan negara

Puan Faridah Wahid (kiri) mewakili Pegawai Pendidikan Daerah kelihatan kusyuk melihat persembahan adik-adik di pentas

Puan Faridah Yunus, DJ Radio KLfm turut menyerikan majlis sebagai pengacara

Tahniah adik-adik! Belajar tinggi-tinggi ya..

 TERUSKAN KECEMERLANGAN DALAM PENDIDIKAN

 

About these ads

2 Respons to “MAJLIS KONVOKESYEN PRA SEKOLAH DAERAH TAMBUNAN MERIAH: tahniah!”

  1. etuza berkata

    Asalamualaikum.
    Saya hendak tanya, anak erakita tu sekolah di prasekolah di Tambunan ke? saya agak keliru! oh mungkin erakita tumpangkan di rumah kakak erakita tu si Rapini! maybe.. saya agak saja. Kota kinabalu dan Tambunan jauh juga tu hantar anak sekolah. Tekaan saya agak tepat.. hehe sekadar bertanya. Salam

    • ERAKITA berkata

      Wa alaykumsalam wbt.

      Terimakasih atas pertanyaan di atas. Kami sudah setahun lebih tinggal di Tambunan. Anak-anak juga semuanya sekolah di sana. Alhamdulillah, hidup di Tambunan jauh dari kesibukan dan kebisingan kota. Udaranya sungguh segar dan orang-orang sekeliling baik-baik belaka. Perjalanan di jalan raya juga lancar tanpa gangguan kesesakan kenderaan. Alam sekeliling pula diliputi kehijauan kayu kayan, bukit bukau dan sawah padi. Nampak gaya, jiwa dah semakin sebati dengan bumi hijau ini.

      Thanks ETUZA.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: